Nuffnang

Followers

Monday, March 5, 2012

Won 12 Prosperity 24K Gold Dragon contest!

Kisah kotak misteri yang diperolehi minggu lepas, Wan singkap dalam entry ini. Rabu lepas Wan dapat panggilan dari pihak penaja mengatakan Wan salah seorang pemenang 12 Prosperity 24K Gold Dragon contest. Hadiah akan diserahkan melalui kiriman kurier. Disebabkan sangatlah blur, tak tahu contest yang mana satu yang Wan menang ni, takdelah soal jawab banyak selain meng'iyakan saja. Yang confirm, contest ni anjuran P&G. Gigihlah Wan geledah meja dan beg contest tercari-cari form lama kot simpan lagi. Nasip baik ada simpan lagi. Memang dah jadi kebiasaan, kalau dah habis satu contest tu Wan pastikan simpan 1 borang manalah tahu menang, boleh telek-telek baca balik kan hehe... Dan mata hampir nak terbelalak keluar tengok hadiahnya. Memang menggigil baca isi kandungan borang tu. Petang khamisnya Wan terima bungkusan kotak misteri tu. Dup dap dup dap masa nak buka kotak, dan walla! Hadiahnya seperti di bawah...

Syukur alhamdulillah... Rezeki besar setakat tahun 2012 ni. Dan nilai hadiah ni antara yang tertinggi sejak ceburkan diri dengan hobi join contest ni. Alhamdulillah... 12 Prosperity 24K Gold Dragon contest ni anjuran syarikat P&G.  Contest bermula dari 1 Disember hingga 31 Januari 2012. Kena beli produk P&G bernilai RM28 ke atas, tandakan gambar dengan zodiak yang betul, lengkapkan slogan dan hantar. Wan cuma isi sekeping form, tak sangka-sangka tersangkut! Syukur sangat-sangat.

Jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM68,000 untuk 18 pemenang. Maknanya jumlah hadiah ni hampir RM3800! Memang berat juga bakul emas ni. Diperkemaskan dalam kotak yang berukir cantik. Kotak luar pun siap bereben bagai. Memang besh sangat. 

Masa nak redeem hadiah tu Wan baca seimbas pandang nama pemenang lain. Tapi sebab dah excited sangat nak ambil hadiah ni, Wan tak hafal nama pemenang. Adalah dalam 6 orang dalam list kurier tu. Apa pun terima kasih banyak pada penganjur. Terubat hati bila menang contest ni. Contest P&G  lepas Jom Cuci & Menang Bersama Giant & Dynamo Wan cuma menang 2 buah beg gym. Target nak mesin basuh bernilai RM2099 sebijik. Tapi takde rezeki. Pasrah dengan keadaan tu, tak sangka Tuhan balas dengan hadiah yang lebih bermakna.  Debaran mendapat hadiah ni ditambah lagi dengan kemenangan besar lain. Minggu lepas peroleh berita-berita kemenangan bermakna. Syukur alhamdulillah... Cerita selanjutnya di entry lain.

11 comments:

gewecun said...

wow..tahniah2 menang emas..:-)

Devi da Lil' DeviL said...

takde rezeki washing machine, tapi hhaaaaa..ambik terus gold! lagi best..heheehe..tahniah wan! u r on a roll!:)

Wansteddy Tales said...

gewecun ~ dok rasa melayang tak percaya lagi ni hehe

Wansteddy Tales said...

Devi da Lil' DeviL ~ slogan base devi. mmg xyakin terus. bnyk2 cnts P&G mmg xcnfident yg ni. nyaris nk cancel join. tapi sbb dah terbeli POP dia, gigih jugaklah isi form ^^

nad said...

jual balik ke ni? ;)

Wansteddy Tales said...

Nad @ MamaZakwan ~ entahlah nad, agak2 worth tak kalau jual balik ni? ke simpan kat bank je hehe

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah..Tahniah :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wah , wan dah teror buat slogan lah.. hehe

Mama Zharfan said...

congrats wan!! ni boleh convert to cash ker :)

pacubob said...

tahniah....jual emas beli mesin basuh.....hehe

Ezna Khalili said...

Alhamdulilah Gold berbaloi baloi sangat Wan...:-) Tahniah...