Dalam perjalanan balik ke Putrajaya lepas, sempat dengar tazkirah dalam radio. Tak ingat pula ustazah mana yang ucapkan. Namun kata-katanya melekat di kepala hingga memanggil aku menulisnya dalam blog. Sekadar renungan bersama ye. Bukan ditujukan kepada sesiapa.
Ayatnya lebih kurang gini.... Barangsiapa yang memutuskan jalinan silaturrahim sesama insan, maka jangka hayat hidupnya akan dipendekkan. Diperintahkan oleh ALLAH swt pada malaikat maut, cabutlah nyawa orang ini walaupun hayatnya sepatutnya 30 tahun. Dek kerana sikap suka memutuskan hubungan silaturrahim insan lain, maka hayatnya tinggal 3 hari!
Nah... bagi yang suka mengumpat, adu domba, ucapkan kata fitnah. Renung-renungkanlah... Tabiat tersebut mengundang kepada putusnya jalinan silaturrahim sesama insan. Sama ada dengan atau tanpa niat kita. Walaupun kita sekadar nak berbasa basi melepaskan boring, sekadar hobi suka cerita hal orang lain atau nak luahkan perasaan ketidakpuasan hati kita pada orang lain.
Kena fikir, kita boleh sedap-sedap umpat fitnah orang pastu selamba je minta maaf kat mangsa kita tu. Dengan harapan dosa-dosa kita pada dia terhapus gitu-gitu je. Tapi... adakah sanggup kita nak maklumkan balik pada mangsa tu apa yang telah kita umpat fitnahkan pasal dia? Mestilah tak sanggupkan... Silap-silap... maunya kena pelangkung kepala waktu-waktu tu jugak.
Ingat! Dosa sesama manusia hanya boleh diampunkan oleh manusia itu sendiri. Selagi tidak diampunkan dengan ikhlas, selagi itulah kita memikul beban dosa kerana berbuat aniaya, mengata fitnah segalanya. Maka berpada-padalah bila nak bergosip tu. Jangan sampai menjerut leher sendiri dengan ayat sendiri.
Wallahualam...
10 comments:
thanks wan for sharing.
yep, penah baca jugak. kalo kita putuskan silaturahim, hati kita gelisah, hidup tak tenang, kesihatan tak baik = cepat mati (pendek usia).
harap2 kita tak tergolong dalam golongan yg memutuskan silratulrahim kan wan. selamat hari raya :)
Wan, thanks.. nk kopipes sket ayat tu boleh ya!
kadang2 manusia ni tak sedar apa yg dorg ucapkan. mulut ckp xsuka mengumpat, xpernah bergosip. diam2 dialah yg buat bnyk angkara. oh, kesan bnyk sngt tgk drama melayu baru2 ni hahha...
boleh yus, yg baik elok dikongsi2kan :)
mmg betul tu :)
thanks for sharing
Sangat berguna info ni wan..
Thanks wan atas ingatan bersama..
Lama x menjenguk wan..
Moga wan sekeluarga sihat2 belaka..
Selamat Hari Raya wan..
Maaf Zahir & Batin..
Selamat Hari Merdeka!!
Happy weekend & TC yer.. ;)
Setuju! Saya juga pernah terkena benda ni. Takpela, maafkan jela walaupun luka di hati masih belum sembuh sepenuhnya.:( Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.
Post a Comment