Nuffnang

Followers

Thursday, October 4, 2012

Alergik teruk mengundang kantuk

Sebenarnya masuk harini dah 3 hari aku tak berapa sihat. Penangan alergik. Kena telan ubat selsema yang bagi efek mengantuk gila baban. Dan baru semalam mulakan rutin makan ubat alergik pula. Dah macam farmasi bergerak dah hakak kau ni... 

Kalau nak kata tabah tu tabahlah jugak. Sebab dalam keadaan sakit-sakit gini hakak sedia berkhidmat demi negara juga tau. Gigih datang kerja. Walhal eloknya masa ni aku berehat kat rumah saja.

Semalam lepas balik kerja, ajak hubby ke klinik. Takut alergik ni makin teruk. Aku tak ingat nama poliklinik yang aku pergi semalam. Tapi klinik ni bertentanganlah dengan Poliklinik An-Nur, Presint 15. Biasanya aku ke klinik An-Nur. Tapi tengok banyak pula selipar dan kasut bersepah depan pintu masuk. Aku turun tangga, seberang jalan saja hala tuju perginya. Nasip baiklah tak ramai pesakit datang menunggu. Aku giliran nombor dua. Kemungkinannya sebab masa tu dah masuk waktu maghrib, ramai yang target datang malam-malam sikit.

Lepas daftar, aku terus cari seat. Bersembang dengan ibu pada baby boy yang sakit mata. Katanya tak biasa duduk di taska baru. Sian... Tapi sakit-sakit camtu sangat ramah babynya. Terhibur aku waktu menunggu tu. 

Waktu jumpa doktor yang sangat ramah mesra, aku terus tunjuk tangan yang kena alergik tu. "Owh... habislah... dah tak cantik dah...." Tergelak-gelak dah aku. Doktor ni boleh tahan kelakarnya. Sayangnya aku lupa nak tengok name tagnya. Sibuk bercerita saja dengan doktor tu. Doktor kata kena jangkitan. Kalau tak rawat segera takut merebak kat bahagian lain pula. Doktor tanya gak la aku makan apa, dan lain-lain soalan yang masuk otak kanak keluar otak kiri. Proses menjawab instant, aku tak simpan dalam memori. al maklum ram memori ingatan aku kadang kalanya lemah sikit kebelakangan ni. Tu yang selalu blur blur...

Aku tolak ubat selsema. Cukuplah stok kat rumah tu bikin sakit kepala. Asyik lalok je tau. Aku amik ubat antibiotik dan krim sapu. Ada antibiotik dalam ubat tu. Mudah-mudahan serasilah dengan aku kan. Sebab doktor cakap, kalau tak sembuh juga "sila datang semula, kita cucuk!" Gulp! Dengarkan perkataan akhir saja automatik aku rasa sihat segar bugar serta merta! hahahah...

Doktor offer aku mc. Laju je aku tolak. Memikirkan banyak kerja nak diselesaikan, segera. Bila balik rumah, aku story la dengan hubby dan my Mia, blablabla... mc... Sekali hubby tanya, "kenapa tak amik je mc tu? Boleh sambung kerja kat rumah je. Artwork tu bos kata boleh email je" WHATTTTTTT.... Aku tercengang barang beberapa minit selang berkata "Rugi Rugi Rugi..." Bak kata ayat majmuk X-boss aku selalu sebut huhu...

Baiklah baiklah... aku nak sambung kerja. Oh ya, doakan aku kembali sembuh ya. Terima kasih :)

No comments: