Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, December 12, 2012

Al fatihah...~ Belasungkawa Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama.
 
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011 ((BERNAMA).
 
Sumber dari laman facebook: Social Media Network (RTM)
 
Al fatihah... Saban tahun... dari kecik-kecik lagi.... tiap kali excited nak tunggu penetapan Hari Raya Aidilfitri (selalunya), mesti kitorang adik beradik, para sepupu sepapat, main teka-teka dulu. Esokkah, lusakah.... Siap boleh jadi sangat  tension bila arwah Engku sebut sepatah... sepatah... perkataan nak sudahkan ayat tu. Tapi tahun ni serius rasa lain dan kurang sangat bila tempatnya digantikan orang lain. Tak sama rasa  excitednya :(  
 
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah....

2 comments:

Wan Amira said...

Al fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

Eliss Mie said...

Al- Fatihah. Bapa saudara kwn sekolah saya ni.