Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, January 23, 2013

Bila ANAK & IBU BAPA menjadi mangsa keadaan

Ada perkara boleh kita tutup demi nak menjaga air muka orang. Tapi ada perkara perlu didedahkan demi memelihara nasip orang lain. Kalau sesuatu terjadi pada anak-anak kita, tentu kita yang susah hati bukan kepalang. Jadi, kalau kes itu melibatkan anak orang lain, patut ke kita pejam mata dan katup mulut rapat-rapat. Tidak meminta penjelasan tepat. Tidak peduli masalah yang menimpa orang lain.  
 
"SEBAB YANG KENA BUKAN ANAK KITA." 
 
Harus ke? 
Dan bila mana kebenaran ditutup dengan kepalsuan. 
 
Hari ini kita diamkan kes anak orang. Kita tak kisah pun apa yang terjadi padanya. Kita tak peduli pun untung nasip ibu bapanya. Peranan kita, diam dan tunggu je tindakan dari pihak lain. Tunggu orang lain berkompang. Kita usah sertai. Bimbang nanti kita pula kena tindakan. Bimbang anak kita pula jadi mangsa keadaan.
 
Oh, please lah! Jangan rasa diri kita selamat sangat. Anak dia perempuan mudah kena serang. Anak aku lelaki gagah dan boleh bela diri. Anak dia kecik lagi, senang kena buli. Anak aku dah besar boleh si buli dikasi ajar. Jangan confident sangat ya. Perempuan lelaki semua orang belasah je sekarang. Depan belakang boleh dijadikan sasaran. Kesimpulannya anak-anak kita pun belum tentu selamat. 
 
Kalau Tuhan nak duga, esok-esok kita pula diuji dengan dugaan yang sama. Masa tu janganlah baru terhegeh-hegeh nak cari ibu bapa dan mangsa. Nak raih simpati dan sokongan. Masa tu rasanya dah terlambat. Sebab ketika mereka memerlukan kita sekarang, kita tegar berpeluk tubuh.
 
Dunia akhir zaman.
Yang menjadi mangsa kian ditindas-tindas.
Yang ada kuasa menebarkan penafian dan kezaliman!

No comments: