Nuffnang

Monday, April 8, 2013

Oh! My TeliPONG!!!

Klasik kan... Bukan setakat penchahayaan saja yang unik. Bunyiknya pun ikut sama unik. Percayalah kataku! Eh eh... kenapa ton bergema dalam halkum aku berbunyik ala-ala skrip 60-an ni? Bwahahaha....

Hari pertama bekerja kat pejabat ni. Gadget pertama yang aku dapat untuk isikan meja berdebu lagi serba kosong di sini ialah sebuah telifon (kerja). Inilah rupanya. Tapi aku tak kisah sangat. Siapa aku peduli nak telifon hari pertama kerja kan. Sesi suai kenal seluruh bahagian pun tak habis lagi hingga ke hari ini. Jadi biarlah ia terpinggir di balik meja tanpa teman, tanpa nombor panggilan. Sebab opismate kata, nombor asal di meja ini telah dialihkan ke bahagian depan, unit pentadbiran. Jadi aku pun tak kisah.... baikkan aku... tak kisahhhhh je manjang. 

Hari-hari kian berlalu, maka fungsi telifon ini mulalah dirasakan perlu. Dengan nombor unik yang aku sendiri susah nak ingat. Member sebilik yang kena ingatkan aku. Kebetulan kakak sorang tu ada kelebihan menghafal yang jarang-jarang ada pada orang lain. Orang macam aku yang punya RAM (ingatan) rendah, memang kena salute habislah dengan kakak tu hahah... Kesudahannya nah... sticker khas, tulis nombor phone sendiri, tepek atas telifon. Kot lah orang yang telifon tanya nombor aku kan... Walhal sah-sah dorang dah dail nombor haku hahah... Kenapalah aku menyampah sangat dengan subjek matematik? Kan dah susah nak menghafal 4 angka nombor phone sendiri. Seksaaaa....

Berbalik pada tajuk asal. Ya, telifon ini klasik. Jangan tertipu dengan bentuk modennya yang hitam berkilat. Aku tak tambah apa-apa kesan khas pun nak bagi telifon ni nampak polish. Efek cahaya lampu di siling je. Menariknya... aku kata menarik sebab ini pertama kali berdepan dengan telifon yang banyak penyakit ni. Kadang kala bila aku buat kerja. Dia tiba-tiba bersreeeeeettttt srooooottttt.... berbunyik sendiri. Bunyi phone engaged, atau mati dengan saksamanya sekalipun di saat aku perlu sesangat pada khidmatnya. Justeru... DAMMM!!! DUMMMM!!! aku hempuk je... Baru dia berfungsi secara normal. Dah... degil sangat.... Sapa suruh rosak? 

Bila dail nombor orang khususnya nombor luar dari opis. Kesan bunyinya memang mendebarkan. Macam dail guna telifon lama tu. Betul! Aku tak tipu.... Takde pekdah aku nak tipu korang deh! Itulah hakikatnya yang buat aku terfikir-fikir... Termenung-menung kadang-kadang kala mendail tu. Korang paham-paham je la pesen telifon lama ni. Sekali dia nak gerak detdetdetdet.... detdetdetdet.... detdetdetdet.... Selagi tak habis nombor tu selagi tu kot berbunyi. Gamaknya siapalah supplier telifon kat opis ni heh. Ada ciri-ciri veteren sudah fungsinya. Yang jadi lebih tanda tanya tu, setakat ni, hanya telifon ni je yang ada ciri dan penyakit kronik macam ni. Telifon kat meja-meja orang lain ok-ok je. Takdelah efek detdetdetdet.... atau berbunyi kala tak diperlukan..... atau mati kutu secara tiba-tiba.... atau ber-engaged secara misterinya. Semua tu kepelikkan bagi aku.

Kadang-kadang aku menyampah sungguh dengan telifon ni. Sampai tahap rasa nak cabut wayar dan muatkan dalam tong sampah. Opis lama dulu berlambak sungguh telifon terpakai DAN ada yang masih tidak terbuka lagi dari kotak asalnya. Yang terlebih-lebih tu kitorang buat hiasan atas meja tak guna je. Sebab takde kabel phone. Terfikir je haku nak ambil telifon lama kat opis lama yang sebenarnya dah dalam status lupus tu.  Ewww... Simpanglah nak bawa ke sini harta benda opis lama. Rasa macam membawa tukun pula, heh!

Saat aku suka? Bila aku takde kerja atau kala aku sangat sibuk bekerja. Waktu-waktu begitu aku lebih redho bila telifon aku rosak. Biar takde gangguan. Yaaa.... hidup ini akan terasa lebih aman tanpa panggilan. Biasanya telifon aku takde lain pasal suruh buat design ATAU tanya status design.  Memang tak mahukan gangguan. Nak-nak lagi kala kesibukan terlampau. Tengah layan kerja urgent, masa tu laaaa masuk panggilan yang kasi tambah lagi kerja baru.  Double, triple kerja dalam satu-satu masa. Semua orang tak suka, betul tak? Tak setuju suka hatilah.... lalala....

Dalam proses mohon telifon baru. Jika dah dapat, siaplah kau... Ke tong sampahlah tempat kau aku sediakan muahaahhaha.... Tapi selagi belum dapat ni, baik-baiklah berkhidmat dengan aku ye. Manatau, hati aku tak gamak nak buang kau, bolehlah aku buat telifon ni sebagai tukun baru. Hiasan di meja tanpa kabelnya. 

Hm.... aku memang ada ciri-ciri seorang junk collector juga sebenarnya. Baru sedar.



2 comments:

Nafisa81 said...

kih kih kih...seram jugak tu..mengeluarkan bunyi tanpa sebab dan alasan...

Wansteddy Tales said...

kalau jam 530pm mula la naik seram tu. sbb wan je sorg yg tinggal selalunya. org lain pakat balik P1 & P2. Huhu...