Nuffnang

Wednesday, June 19, 2013

Bila niat baik jadi terbalik


Terkejut bila terima risalah mohon derma kat pejabat. Disertakan bersama sejumlah-sejumlah harga yang ditetapkan pula. Minima sumbangan layak diterima berjumlah RM100!

Pelik sungguh cara orang minta dan beri derma sekarang. Kalau menghulur mesti nak sedia bersama cek replika besar. Ambil gambar masuk surat khabar. Kalau sikit mesti nak beserta dengan resit.

Sejak kecik kita dah diajar cara berhemah nak bersedekah. Tangan kanan menghulur, jangan sampai tangan kiri mengetahui. Maknanya, bila bersedekah, tak payahlah nak dedah-dedah, nak ungkit-ungkit. Sebab nawaitu kita tu hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI. Meskipun niat kita bercerita tu mungkin sebab nak bagi kesedaran manfaat bersedekah pada orang lain. Ganjaran pahala yang kita terima dengan amalan baik begitu. Tapi bila menunjuk macam tu dan mengharapkan orang lain puji memuji. Jatuh hukum RIAK pula. Nauzubillah... 

Kalau kita berjalan kat pasar malam pun ada orang minta derma dengan cara begini. Kita hulur rm2 pun dorang offer nak bagi resit. Kalau ditawar, biasanya aku tolak je. Nak buat apa dengan resit tu? Bukan boleh bungkus nasi lemak pun. Nak jadikan simpanan buat koleksi buku 'hasil dermaan saya'? Macam nak menunjuk pula. Tah sejak bila trend hulur duit dapat resit ni bermula. Tapi pada aku memang tak wajar. Letak je la sebekas kotak dengan tulisan besar-besar DERMA. Insya'allah ada la orang yang baik budi hulurkan barang RM1 dan lebih. Nak-nak bulan Ramadhan nak menjelang ni. Masa ni la muslim muslimat nak tambah ganjaran pahala dengan bersedakah. Tapi memang tak boleh nak nafikan, mesti akan ada orang lain yang akan ambil kesempatan. Khususnya peminta-peminta sedekah profesional. Dorang dah arif sangat lokasi dan masa sesuai nak minta sedekah. Sebab orang-orang kat Malaysia ni memang murah-murah hati belaka.

Dan tiba-tiba teringat dalam facebook ada sorang non muslim yang bersedekah ribu-ribuan pada tabung masjid. Masya'allah... Walaupun berlainan agama, namun beliau tak lokek langsung nak menghulur. Semoga dirinya dibuka hidayah dan dilimpahi rezeki berlipat kali ganda, amin...

Niat kena ikhlas.


Tiba-tiba teringat lirik lagu dari Ruhil Amani bertajuk Tangan yang Memberi~

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti tuhan maha mengetahui

Tangan yang memberi
lebih baik dari yangmenerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara 
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti tuhan maha mengetahui

Sikit sama merasa Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa

Tangan yang memberi
lebih baik dari yangmenerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia



1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

btul.. lg prefer bagi je kat mak.. pepandaila mak bagi kt mana2 masjid/ muaalaf..