Sebenarnya dah lama aku lukis dolly pengantin ni. Sekitar tahun ni jugak rasanya (kuat sungguh daya pelupa aku kebelakangan ni). Pemiliknya ialah Cik Lyn aka Cadlyn dari blog ItU aKu! Lyn sebenarnya nak tempah order design dolly. Tapi aku ni asyiklah bertangguh lukiskan. Due yang Lyn bagi sekian-sekian tarikh masuk bulan berikut-berikutnya baru aku siapkan. Teruk sungguh eh. Dan atas rasa bersalah itu aku niat bagi je lukisan dolly kat Lyn secara percuma. Itu sajalah sumbangan hadiah perkahwinan untuk Lyn dan suaminya.
Lyn antara member blog yang aku lukiskan dolly untuk blog dulu. Bab touchingnya sampai sekarang Lyn guna lagi dolly yang aku lukis tu. Member blog lain memang dah lama delete dah design aku dari header memasing. Aku pun dah lama tak buat kerja design untuk blogger. Sekali sekala timbul jugak hasrat nak kembali aktif melukis. Nak-nak bila tengok member designer update story design memasing. Tapi kenangkan kekangan masa, aku tak berani langsung nak buka tempahan. Biarlah aku simpan je angan-angan tu dari menyusahkan orang lain, menanti penuh harapan. Sebab aku tau, soal masa memang aku agak bermasalah. Phew~ kesat peluh.
Gambar kat atas ni gambar bunting yang Lyn tempah sendiri dengan syarikat printing kat luar. Simple tapi cukup istimewa :) Thanx pada Lyn sudi beri kepercayaan kat Wan buat dolly pengantin-pengantin. Lyn le pengantin pertama Wan lukis tau. Tingin lama dah lukis dolly pengantin ni, sebab suka lace-lace, gorgeous2, tapi sindrom M (malas) memang kuat sangat ahahaha...
Tah bila la aku nak update lagi story pasal dolly-dolly ni sob3....
Bz je manjang.
2 comments:
wan kalau bebila lah rajin..
nak tempah lukis utk header blog jgk ..
:) - ct
Hehe... Insya'Allah... saya ni jenis lambat buat kerja design. Takut org tgu lama, tu yg smpai skrg tolak je permintaan pelanggan ^^
Post a Comment