Nuffnang

Followers

Monday, August 26, 2013

PENGHASUT

Pernah berdepan dengan situasi macam kartun ni? 

Si A serkap jarang pada si B.
Pada si C si A putar belit cerita.
Kesannya si B jadi mangsa.

Kadang-kadang kita beranggapan bahawa kitalah mangsa keadaan macam situasi si C tu. Tanpa sedar hakikatnya kitalah pencetus masalah berlarutan. Apa-apa salah faham perlu diselesaikan dengan cara perbincangan. Bukan mengharapkan masa menenangkan keadaan. Sebab esok lusa manalah tahu wujud lagi dalang macam si A, yang tak boleh tengok orang lain aman, gembira dan bahagia. Ada-ada saja cara nak pecah belahkan silaturrahim. Justeru luka lama berdarah kembali, permusuhan berlarutan. Hanya kerana tidak mahu mendengarkan penjelasan.

Mohon dijauhkan dari mara bahaya di dunia dan akhirat.
Amin...

Sorry kartun ni 'kartun' sangat. Aku tak inking molek-molek. Lukis tak berapa minit je sebab idea datang spontan. Rasa nak lampiaskan terus atas kertas, tak perlu simpan-simpan dalam kepala. Sebab lambat laun aku mesti terlupa adegan ni kikiki...

3 comments:

AzianKhalil said...

itulah kehidupa sekeliling kita

Salma Othman said...

memang ada sorang opismet macam ni.tapi semua org dah tau perangai dia.so bila dia cerita something pasal orang lain, kitorang pekakkan telinga je.

AtieAbid said...

manusia mmg ada jugak yg suka adu domba kawan2 sendiri..ntah apa yg dia dapat..seronok kot..ehmm..mintak dijauhkan..