Kenangan Abah dan mak baru balik dari menunaikan haji pada 2013
seterusnya bersama raikan hari konvokesyen adikku.
Teringat abah pernah sebut waktu aku masih di alam persekolahan dulu. "Abah teringin nak tengok anak-anak abah pergi universiti" Alhamdulillah impian abah terlaksana bila aku anaknya yang pertama berjaya ke UiTM Melaka. Disusuli adikku Aten di UiA. Meskipun abang tak belajar ke pringkat U, tapi bila abang berjaya laksanakan kursus Navinya di Paris dulu, aku rasa itulah peringkat pengajian tertinggi berbanding kami adik-adiknya yang lain. Dan kakak yang dapat teruskan pengajiannya di Kolej Kejururawatan, meneruskan legasi keluarga dalam bidang perubatan. Sayang adik bongsu tak sempat habiskan pengajian, namun soal rezeki bukan diukur pada tinggi rendah tahap pembelajaran. Usaha , doa dan tawakal penentu kejayaan setiap insan, pastinya. Insya'allah...
Dah lama nak berkongsi gambar di Hari Konvokesyen adik aku Aten. Sorry la Ten, rasa tak boleh nak sorok nama timangan kau ni. Rasa kekok nak tulis nama ko sendiri. Aku kan kakak yang jujur haha... Bila godek-godek album ni, hati terus rasa sebak. Tiap kali skrol folder, gambar abah di mana-mana. Maaflah, aku tak betah lagi memanggil abah dengan panggilan arwah. Pada aku, abah masih hidup. Masa ada dekat di hati dan di sisi kami sekeluarga. Bukan tak mampu menerima hakikat. Rasanya dengan menyebut panggilan abah buat aku rasa lebih dekat dengan abah. Al Fatihah buat abah.
Ada masa nanti kena burn gambar adik-adik dalam DVD. Banyaknya gambar belum burn lagi terutama sekali gambar sempena Konvokesyen Aten, Hari perkahwinan Eli dan banyak lagi gambar-gambar melancong di luar negara. Semua tu kena burn sebelum mac pejabat ni buat masalah huhu...
1 comment:
alfatihah buat abah tuh yee., uHHuu
Post a Comment