Contest
ni anjuran AEON bersama Korea Strawberry. Nak join kena beli 2 bungkus
Strawberry Korea kat mana-mana AEON, pastu lengkapkan slogan dalam bahasa
inggeris. Cakap homputeh hakak kau. Speaking London berterabur, sangkut jugak
menang, tak sangka, sengih. Alhamdulillah...
Salah faham semalam. Aku pun tak menyempat
pulak nak respon balik penangan sibuk bershopping kat Alamanda semalam. Tup-tup
dapat wish tahniah menang p Korea. Kepala dok toing toing memikir... ada ke
join contest menang trip p Korea pulak? Rupa-rupanya pasal semalam bagi
maklumat kat facebook tak cukup nota. Ok takpe, amik kisah ni ke arah positif.
Kata orang tua-tua, kata-kata suatu doa. Manalah tahu... dek kerana
ucapan berbilang tahniah dan penghargaan ni dapat mengundang rezeki baru
betul-betul p Korea free! Wuhoooo.... Amin....
Nota Berkaki Ayam: Antara Korea dan Jepun, aku
amat kepinginnnn nak ke negara matahari terbit tu. Antara destinasi travel
dalam wishlist aku. Namun apa kan daya, nyarissss lagi nak dapat Japan
Disneyland. Sikittt lagi. Sikittttttt lagi. Tapi dapat kembali bercuti kat
Disneyland Hong Kong. Ah, info pasal tu nanti-nanti saja akan aku maklumkan
kembali. Rasa berdebar nak tunggu surat hadiah. Selagi tak nampak hitam putih
depan mata, selagi tu rasa was-was. Cerita bercuti ke Disneyland Hong Kong
tahun lepas pun aku tak sempat nak mengarang lagi kan. Ah,
besok-besoklah.
Apa pun daku bersyukur jua seadanya. Apa pun rezeki yang Allah kurniakan, kusyukuri penuh redha dan keseronokan, Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment