Tengah buat projek kerja kursus pasal Kevin Zahri. Sebelum ni memang tahu Kevin Zahri ni instruktor kesihatan. Tapi tak banyak info yang aku tahu. Jika kalian berminat nak belajar dan dapatkan banyak tips kesihatan bolehlah layari laman web Kevin Zahri. Aku tak boleh nak surf waktu pejabat. Office block (Teruk betul, ptui!). Kat sini nak share 25 tips kurus dari Kevin Zahri. Semoga memberi manfaat buat kita SEMUA. Caps lock semua supaya jadi peringatan kat diri sendiri juga. BACA dan AMAL. Ni tak, Baca, amik tahu, share dengan kawan, tapi sendiri tak amal heheh.... Cliche!
Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah?
Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.
Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5
Minggu.
1-10:
Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari
kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan
besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan
tenaga anda berterusan sepanjang hari.
2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda
kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan
akan menurun.
3. Kenali keperlukan kalori
seharian anda.
Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau
tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
4. Roti canai … hmm berapa
kalori tu?
Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian
anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com
untuk panduan percuma.
5. Elakkan kalori daripada
minuman. Ini
adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman
bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula,
anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya?
Rujuk kepada eBook 25
Calorie Saving Tips saya.
6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa
kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi
elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan
anda.
7. Jangan makan buah-buahan
dengan berlebihan.
Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi
kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
8. Segenggam tangan
karbohidrat.
Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat),
pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang,
tambah lauk.
9. Pastikan kuantiti
pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg
berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding
karbohidrat.
10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal
nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau
nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu
makan dalam eBook percuma
45 Craving Saving Tips.
11-20:
Senaman
Senaman
sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman
yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup
dan minat anda.
11. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan
berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu
mempercepatkan usaha anda.
12. Angkat berat! Tak kira
jantina dan umur Pastikan
anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia
membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus
pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
13. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya
bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman
anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau
tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
14. Pastikan anda bakar lemak
dan bukannya glukos.
Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak,
pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
15. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu
hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih …
penting kualiti senaman.
16. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs
sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan
lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada
senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
17. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16.
Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan
yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan
Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
18. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai
untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan,
kardio jauh lebih baik.
19. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu
mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
20. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti
seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga
dapat mengurangkan stres.
21-25:
Suplemen dan makanan tambahan
Jika
digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan
tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan
anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
21. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga,
tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan
pemakanan asas yang baik. Mustahil.
22. Adakah pembakar lemak
berkesan?
Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima
badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran
kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat
saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
23. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau
membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan
kedua-dua.
24. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik
sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah
dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
25. Dapatkan suplemn
multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik.
Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan
jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
Herbalife adalah contoh makanan
pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan
khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib
berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.
---------------------------------------------------------------------------------------
Boleh start dengan cara berpuasa.
2 comments:
TQ sharing..
Antara nak buat dengan tak je tip2 ni kan :D
Myra Jay ~ Betui2 sesangat. kdg2 bila teruja nk cuba (nak2 bila tgk peha kian tebal, mesin timbang kian merendah (tampung berat pengguna) baru bersungguh2 nk cuba tip2 ni haha
Post a Comment