Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri, mohon maaf andai ada salah dan silapku. Rasa kekurangan sangat raya kali ni. Biasanya ada emak dan abah sambut kepulangan kami. Sayangnya tahun ni, cuma emak yang dapat merai kami. Mengenangkan abah, hati jadi sedih bukan kepalang. Tuhan saja yang tahu. Sambil menaip entry ni, lagu Doa di Hari Mulia dendangan Uji Rashid berdendangan di iTunes. Secara kebetulannya lagu ni sinonim untuk abah, bekas tentera. Ya Allah... Kalaulah punya kesempatan, aku nak peluk abah. Nak cium kedua pipi abah macam tahun-tahun sudah. Ya Allah... kalaulah aku tahu, tahun lepas kali terakhir kami raikan Aidilfitri bersamanya, akan aku raikan lebih meriah lagi. Akan aku gembirakan abah sepuas hatinya.

Tak kan ada lagi kelibat abah memotong rumput di keliling rumah sempena nak rai anak-anak balik kampung. Tak kan ada lagi muka serius, dahi dan badan penuh peluh memasak lemang yang jadi aktiviti wajib abah setiap tahun. Tak kan ada lagi senyuman dan ketawa besar abah melayan karenah anak dan cucu di pagi raya. Paling menyayat hati, takkan ada lagi suara laungan takbir raya dari abah. Suara takbirnya yang selalu membuatkan hatiku rasa sayu di pagi raya. Sedih hati ni...

Doa anakanda untuk ayahanda Haji Wan Zahari Wan Nik, semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohmu abah. Getir hati mengenangkan bulan Ramadhan yang tinggal tak berapa hari lagi habisnya. Ya Allah... Permudahkanlah segalanya buat arwah abah... Hanya doa, sedekah dan ayat suci al-Quran dapat anakanda titipkan buatmu ayahanda. Semoga Allah terima amal ibadatku ini. Semoga sampai niat dan doaku untuk abah, amin....

Salam Aidilftri, maaf zahir dan batin...

No comments: