Nuffnang

Followers

Friday, July 25, 2014

Won Himalaya Lucky Winners Contest


Selamat terima hadiah dari Himalaya Malaysia dengan kerjasama Guardian Malaysia sempena peraduan Himalaya Lucky Winners Contest. Syukur alhamdulillah... Hadiahnya berupa sebuah kaca mata Ray Ban bernilai RM700! Melaram dengan spec barulah raya nanti hihi...

Al kisahnya, isi form contest ni pada hari nak bertolak ke Brazil lepas. Haha... Slogan pun perah otak dan-dan tu jugak. Nasip baik panjang jugak masa nak masuk balai berlepas tu. Sempat makan malam dulu kat OldTown dengan adik bersama isterinya (baru nikah masa tu). Pastu alang-alang niat nak drop form, amik masa fikirkan idea slogan. Yang buat saat akhir itu pula terpilih. Hantar pun sehelai borang je dengan penuh tawakalnya. 

5 pemenang ditentukan oleh pihak juri membawa pulang spec Ray Ban bernilai RM700. Salah seorang dari 5 pemenang tu termasuklah daku dan bakal besanku Ayu Rafikah. Alololooo... Boleh buat berbalas hantaran nanti ye besan ye... Kuikuikui...

No comments: