Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, September 29, 2014

Hari Inovasi 2014~ Anugerah Kecemerlangan 5S

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Sambutan Hari Inovasi anjuran MoA 2014. Lega bila segala penat lelah dapat dijayakan. Meskipun ada sedikit kepincangan dan kekurangan, namun segalanya selamat dalam peraturan. TQ Allah berikan daku ilham dan permudahkan segala urusan dan tugasanku. 

Ini design intro montaj untuk Hari Inovasi. Akulah jurukamera tak bertauliahnya. Turun naik setiap level yang bertanding bagi 3 anugerah berbeza. Akulah jua designer yang kena design segala mak nenek. Semuanya projek saat akhir. Terima kasih banyak atas semua bantuan dan sokongan dari warga MoA sepanjang pengambaran dilakukan. Sayangnya montaj daku tak dapat dipaparkan. Saat akhir pegawai Unit Majlis yang volunteer buatkan montajnya. Syukurlah. Kebetulan ada job urgent lain kena handle dalam masa yang sama. Buat sijil pemenang KIK. Serius, rasa tension jugak dalam proses penghasilan ni semua. Tapi segalanya rasa berbaloi bila dah selesai. 

Hadiah tempat ketiga Anugerah Amalan 5S dimenangi oleh Unit Penerbitan! Alhamdulillah... Memang segala usaha tu perit nak dimulakan. Apatah lagi baru tahun ni, lebih tepat lagi pada bulan 4 tahun 2014 aku menyandang jawatan penyelaras tu. Rasa gentar, susah hati tak payah cakap. Memang stress. Nak-nak rasa tak menang tangan dengan tugasan hakiki lainnya. Tapi bila Unit Penerbitan buat pertama kalinya: menang, rasa happy tak terkata. At least, kalau tahun depan dah bertukar penyelaras baru, sempat jugalah merasa kemenangan pertama yang sangat bermakna. Syukurlah~

5 comments:

eyriqazz said...

Tahniah..

Wansteddy Tales said...

TQ SIFOO :)

Emmy said...

oh jiran sebelah bangunan rupanya kita....

Wansteddy Tales said...

Emmy, yeke.... keje kat mana? wn baru setahun lebih kat MoA :)

Emmy said...

Oic....saya kat menara prisma...