Nuffnang

Followers

Friday, September 12, 2014

Khaki Goliath Armor Backpack

Aku beli online beg Khaki Goliath Armor Backpack ni melalui website Rakuten Online Shopping. Benda yang tak tersimpan dalam kepala nak beli. Dapat voucher RM100 sempena join contest Brand OKI dulu. Pastu tak tahu nak beli apa. Website ni pulak hanya boleh bukak waktu rehat je. Jadik, aku pun gunakan kesempatan masa rehat panjang hari jumaat ni untuk skodeng benda besh kat website Rakuten ni.

Sisi belakang. Nampak kemas dan selesa. 


Mula-mula rasa macam nak belikan pendant Disney untuk Mia. Tapi rasa macam tak berbaloi pulak. Nak-nak rantai emas Mia hilang dulu, sampai sekarang tak dapat dikesan. Mak dia serik nak pakaikan barang kemas lagi untuk anak. Biarlah bila dah besar sikit, baru beli yang baru. Nak beli kasut, macam tak berbaloi. Pakai sorang. Last-last teringat kata-kata suami masa nak bercuti ke Brazil lepas. Kalau ada backpack kan besh. So belilah yang ini. Aku tengok design ni je yang nampak praktikal dan ada kelainan. Compare design army lain, aku rasa tak berapa masuk dengan jiwa pemiliknya nanti.

Molek bebenarlah kalau nak dibawak berjalan bila outstation ke atau ada kerja luar ke kan. Takyah dah bawak beg travel yang dabak makan space tu. Er... macamlah job aku kena keluar outstation :P Langsung tak sama dengan job masa kay Jabatan Penerangan dulu. Terperukkkkk je depan PC waktu kerja.

No comments: