Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, September 12, 2014

Maggi Ketam @ Slero D Timur Ayer8, Putrajaya


Pernah tak makan maggi ketam? Mak ai... sedap! Pertama kali cuba kat Slero D Timur Ayer8, Putrajaya. Pertama kali tau pasal maggi ketam ni bila tengok rancangan memasak kat TV. Macam besh je, macam sedappp je, tak sangka kat Putrajaya pun ada jual. (Nak masak sendiri, sorrylah: rumahku spesis dapur tak berasap, sabtu ahad je mungkin masak). 

Semangkuk RM30 lebih gitu. Ambik 2 mangkuk laki bini, korang imagine la harga bil macam mana. Tak termasuk lagi nasi ayam kukus untuk anak haha... Sekali-sekala.... (kataku sambil mengesat peluh didahi). Yang bagusnya maggi ketam ni, mee dia tak mudah kembang. So kalau makan lama, lambat sikit, rasanya takde masalah kot. Pastu kita siap diberi penukul dan pengumpil kulit ketam. Serius hakak kau jakun. Kuketuk-ketuk ketamku sampai terpercik ke muka dan baju. Suami jeling sebelah mata. Part ketam dia, langsung tak terusik. Nampak sangat gelojoh gelagat bini dia, tak sudi dia nak follow haha...

Untuk dessert suami pilih Delicious Banana Fritters with Ice Cream (coklat). Yang ini picca dari FB SDT sendiri. Tak sempat nak kurakam gambar hidangan sendiri, kala perut mintak diisi haha... Fritters ni memang sedap. Makan paneh-paneh dengan kopi O satu, memang pergh~!

Okey, kalau berminat nak try maggi ketam ni, bolehlah berkunjung di Slero D Timur kat Ayer8 Putrajaya. Dijamin sedap, cuma kena standby wallet tebal sket eh. Agak pricy, tapi memang berbaloi dengan rasanya. Gambar diambil dari facebook rasmi Slero D Timur Ayer8 Putrajaya. 


No comments: