Bila last aku lukis dolly? Rasanya untuk projek kerja, kot. Pastu terus tak buat dah. Bukan malas. Hadap kerja pejabat yang tak habis-habis ni. Aku design doll & logo Hanz ni pun curik-curik masa kerja. Kat umah memang aku tak hadap pc dah unless terdesak. Letih Bedah pagi petang siang malam tengok screen ngko. Kena rehatkan mata dan minda jugak. Tolak tengok screen henset yo~
Bila adik nak kawin, kakak dia yang volunteer nak buatkan kad. Pehtu, stress hakak sebab nak restart drawing, kena ada mood. Serius, aku ni jenis mudah stress. Dan aku suka menyusahkan diri kalau dapat projek. Sebab aku pentingkan sangat-sangat kualiti dan kepuasan diri.
Kadang tu customer pulak kena beralah dengan kedegilan aku nak buat camtu camni. Biasanya kalau libatkan artwork untuk famili la kan. Kalau projek freelance, nak tak nak kena akur kehendak customer babe. Dorang bayar. So, bila Hanz Jamaludin pm request untuk design logo jumaat lepas. Aku dah macam, aaa? Blur jap. Nak terima... tak nak. Coz aku kejar deadline kerja hakiki di pejabat dan yang famili aku order. Termasuklah design untuk kedai kakak. Ah, minah tu. Memang suka dera adik dia tau. Bila kenangkan ini mungkin permulaan untuk megendurkan urat terik yang dah lama tak guna design dolly. Aku terima dengan gembiranya. Sementelah Hanz antara customer yang tak cerewet langsung. Bincang pun mudah. Thru FB je. Discus, imagine, rujuk dan design. Jadilah dolly macam ni. Eh tak, mula-mula aku draw logo Natural Parenting dulu. Boleh rujuk last artwork yang aku sharing dalam entry ni.
Actually Hanz mintak 1 doll je, full figure. Tapi aku memang cadang nak design 2. 1 full body. 1 lagi half dengan name tag. Kira surprise untuk Hanz jugak. Tema untuk dolly Hanz, chic & glamz. Cameleon tak tinggal ye Hanz hihi... Kali ni tak colourfull macam cameleon asal logo Hanz dulu. Sebab aku nak kontraskan warna baju Hanz n cameleon tu. Satu lagi sebab nak bagi color keduanya tampak firm.
Full figure. Ala-ala mini stage.
Okey, ini logo Natural Perenting. Dapat highest vote dari 2 logo pilihan akhir Hanz. Jika diperhati, logo ni ada elemen ibu, anak dan ayah bersepadu dengan ranting pokok. Colourful background sebagai rimbunan. Basic warna tanah, hijau, coklat dan pastel color. Alhamdulillah... Done 3 logo untuk Hanz. Harapnya Hanz happy dengan hasilnya :)
4 comments:
siyes sgt cun!!
bestnye wan sudi buat utk dia... tak aciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tq mama zharfan :D
Salam. Hee sungguh berbakat.
Post a Comment