Nuffnang

Followers

Friday, January 9, 2015

Gambar passport Damia

Harini buat sesi pengambaran dengan Damia. Tak jauh. Buat kat sekitar pejabat mommy je. Yang penting pengcahayaan tu jelas. Kalau ambik gambar indoor alamatnya malaplah gambar. Sebab tu ambik gambar sekitar fountain kat MoA ni. Background tangga naik ke aras atas je. Senang nak ambil gambar bila Damia duduk. Kalau tidak badannya bergoyang-goyang, kepala terteleng-teleng. Fokus mata ke arah lain. Al maklum bukan model kan. Nak turut kehendak mommy cara bergambar pun jenuh nak follow arahan. Sudahnya pilih gambar yang ini nampak sesuai.

Gambar selepas edit. Macam gambar ambik kat Kedai gambar Ah Seng Gerik kan. Hhahaa... Edit tak banyak. Adjuz tang bahu saja. Done. Nasip baik kebetulan 2 bulan lepas beli sweater biru yang ala-ala coat untuk Mia. Tak payah pening kepala nak touch up pic dengan crop kepala. Kan ada software khas untuk costume korporat pic passport tu. Kalau silap crop gambar nampak tak natural. So malas nak ambil risiko. Kita guna saja actual picture lagi cantik. Maka inilah hasilnya.

Untuk makluman: Ukuran standart gambar passport ialah 3.5cm x 5cm. Latar belakang gradient biru putih. Biasanya ada border putih. Tapi ada sesetengah gambar takde border. Terserah pada permintaan atau jenis gambar yang disediakan oleh kedai gambar tu sendiri. 

Sebenarnya dah buat dari isnin lepas gambar passport Mia. Tapi baju ni nampak casual sangat. Sebab tu sanggup buat sesi fotografi sekali lagi untuk Mia. Alhamdulillah... misi terlaksana. Gambar ni untuk diberikan kepada pihak sekolah. 

PS: Nasip baik emaknya kerja kat Unit Penerbitan. Tak payah upah Ah Seng fotografer tolong ambik dan printkan gambar. Jimat RM20 untuk 20 keping passport picture :)


No comments: