Pada hari Jumaat lepas, yakni bertarikh 2 Januari 2015 adalah hari pendaftaran persekolahan Damia. Sekolah Mia tak jauh. Sebelah rumah je.
Cik Mia, pagi-pagi dah kena bangkit tidur, pergi sekolah. Kena berjalan masuk dewan sekolah. Dengan breakfast tak seberapa nak berselera, maka Damia pun bermuka monyok pagi tu. Gamaknya dalam hati berdebar sama kot kena masuk sekolah. Ironinya Damia dapat nombor 3 dalam senarai nama. Dan warna biru warna tema kelasnya. Bila relate dengan Frozen, baru menyengih happy. Kena bodek sikit, baru mood naik haha...
Nak jadi rezeki, nama Damia naik sebagai pelajar pertama terima saguhati dari UMNO Putrajaya. Hadiah disampaikan oleh wakil UMNO Putrajaya. Tak tahulah macam mana boleh terpilih tu. Yang pastinya rawak je. Berat sungguh beg tu sebab disertakan sekali kotak pensil dan buku teks tahun 1 untuk pelajar.
Sementara menunggu ayah dan mommy daftar sekolah kafa Damia, bagi budak kecik ni buku dan pensil. Isi masa. Tak lama lepas tu student diminta beratur di laman sekolah untuk meninjau sekeliling sekolah. Ibu bapa tak perlu ikut. Sebab dorang bawa keliling sekolah. Lawat perpustakaan, kantin, tandas dan lain-lain. Aku sebagai ibu pun baru pertama kali tengok tak mengingat lagi. Budak-budak ni apatahlah lagi kan. Makanya, minggu depan, bermulalah sesi berkampung mommy dan ayah di sekolah Damia secara bergilir-gilir. Anak yang nak bersekolah, hati emak pulak yang dedau rasanya... Tak sangka, kejap je masa berlalu. 7 tahun sudah anak mommy tahun ini.
Ya, Allah... permudahkan urusan persekolahan Aliya Damia. Permudahkan anak kami menerima pelajaran dan memahami pengajaran dari gurunya. Jadikanlah anakku, anak yang bijak dan patuh pada suruhan Allah swt. Amin....
No comments:
Post a Comment