Semalam secara rasminya hari pertama Aliya Damia bersekolah darjah 1. Lepas perhimpunan isnin, murid-murid di bawa masuk ke kelas masing-masing. Kata suami, Damia pilih meja paling depan, duduk bersebelahan dengan kawan baru yang dikenali pada hari pendaftaran minggu lepas. Teruja dapat kawan, Damia sampai lupa mommy dan ayah perhati dari luar kelas. Hihi... Alhamdulillah... anak mommy tak menangis. Itulah perkara yang paling hakak risau. Kalau dibuatnya moody, takut langsung tak mahu ke sekolah. Tapi semalam, telatah Damia cukup menyenangkan. Semoga Damia bersemangat nak ke sekolah setiap hari, amin...
9.40 pagi, latihan ke kantin sekolah. Murid-murid dipandu oleh guru kelas masing-masing. Dibawa ke kantin untuk belajar cara membeli makanan di kantin. Kawan aku kata, murid-murid darjah satu sebelum ni mengkayakan tokey kantin tak tentu pasal. RM5 dibayar untuk harga seketul kuih. Tak sempat makcik kantin nak bagi baki, berdesup lari.
Sebab tu sebelum anak kita pandai mengira dan membahagikan duit, eloklah bagi duit dalam nilai yang kecil. RM1 ke. Syiling ke. Karang, tak pasal-pasal ada staff kantin yang ambil kesempatan pula. RM5 sehari? Pergh... Zaman hakak dulu, 0.50sen pun dah besar betul nilainya huhu....
Damia belajar membeli. Harga sepinggan nasi goreng kosong, RM1. Hmmm... mahallah pada hakak. Tak berbaloi. Kalau letak ayam secoit pun takpelah jugak. Almaklum sepinggan nasi budak. Kecil saja. Tapi nak kata apa kan... Zaman duit ni semuanya mahal. Redho jelah...
Tak nak berenggang langsung dari kawannya. Dalam kelas Mia ada sepasang kembar perempuan. Mungkin disebabkan banyak menemankan Damia, budak-budak sekelas Damia ter'attach sekali dengan hakak. Seronok melayan peel kanak-kanak. Tiba-tiba rasa nak jadi cikgu sekolah haha....
Damia masuk kelas KAFA waktu petangnya. Kain saja ditukar, tambah tudung. Waktu tengahari lepas makan, murid-murid diminta tukar pakaian sekolah KAFA. Lepas tu makan tengahari dan bersiap untuk solat zohor. Terus masuk kelas KAFA sampai waktu asar, kembali solat berjemaah. Ibu bapa yang dah ada pengalaman, bagi tips. Anak perempuan seeloknya jangan simpan baju di bilik transit. Sebab banyak kali terjadi kes baju hilang. Ironinya pelajar perempuan kerap hadapi masalah macam tu. Compare pelajar lelaki yang kena salin 1 sut baju melayu siap bersamping. Langkah pencegahan, mungkin cari hanger yang lain dari lain. Sebab tak boleh jangka juga waktu lunch boleh makan sekali tak dengan Damia. So, nak tak nak kena ajar juga Damia berdikari. Baju tu memang akan diganti setiap hari.
Kelas KAFA Damia duduk bersebelahan dengan kawan taska lamanya. Dapat juga kawan. Takdelah bimbang sangat. Mudah-mudahan mudah Damia serap pelajaran. Mudah fahami kata-kata cikgu, amin...
2 comments:
Damia dah darjah 1...gud girl damia steady jek x takut...belajor elok2 yea damia...jadik budak pandai2...
Tulah, risau gak mula2 dia buat pangai xnk g skolah. tapi gamaknya seronok sbb dpt jumpa ramai kawan :)
Post a Comment