Nuffnang

Followers

Tuesday, January 20, 2015

Puteri Gunung Ledang


Dalam meeting pegawai tadi, seperti biasa hakak melukis untuk menghilangkan kantuk teruk ni. Al maklum tidur jam 2 bangun jam 6, hari-hari. Rasa nak pitam. Tapi dengan melakar lukisan selain boleh menghilangkan boring, boleh juga mengasah bakat yang kian tumpul ni, yakni melukis. Lukisan hari ini: Puteri Gunung Ledang. Bagi yang belum tahu, hakak sebenarnya fanatik kisah-kisah puteri-puteri Melayu. 

Masa kecik-kecik dulu, suka tercongok depan tv tengok filem melayu klasik. Antara filem klasik yang mengangkat kisah dongeng kegemaran hakak tentunya kisah Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah dan lain-lain lagi. Bukan sekadar kagum dengan costume dan tutur kata bahasa melayu lama, lakonan yang terkesan dengan props yang menyakinkan antara penyebab kenapa filem lama sangat diingati. 

Dalam zaman teknologi kian canggih ni, terfikir jugak kenapa ye tak ada pengarah filem melayu yang sudi mengangkat kisah-kisah lagenda melayu di layar perak? Kita banyak kisah lagenda yang boleh diperkenalkan ke peringkat antarabangsa. Kisah-kisah yang hanya diceritakan dari mulut ke mulut dan dijilidkan buku. 

Anak-anak kita lebih mengenal princess Disney seperti Cinderella, Snow White, Rapunzel dan lain-lain sebab kerapkali filem berkenaan watak ini difilemkan dalam pelbagai genre. Apa salahnya kita perkenalkan puteri-puteri dan pahlawan wanita melayu yang seharusnya kita banggakan. Antaranya Puteri Gunung Ledang, Tun Teja, Hang Li Po dan ramai lagi. Teringin nak tahu tentang sejarah puteri-puteri melayu di setiap negeri di Malaya. Tak kisahlah kisah tu didongengkan ataupun berdasarkan fakta sejarah.

Setiap negeri punya pakaian tradisional yang tersendiri. Sambil memperkenalkan puteri Malaya, kita boleh mengenal rekaan pakaian dan rumah tradisional yang mewakili negeri masing-masing. Biar generasi muda kini lebih mengenali putera puteri di negara sendiri berbanding membanggakan sangat prince dan princess Disney.

Menariknya rakyat Thailand lebih dulu membuat filem Queen Of Langkasuka yang menyingkap sejarah Melayu Pattani. Hakak tak berkesempatan menghayati lanjut filem ni. Cuma tengok seimbas lalu sebab tak faham penggunaan bahasa Thai tu. nak cuba lagi cari filem ni yang sediakan subtitle dalam youtube nanti, insya'allah... Meskipun turut menyelitkan unsur mitos, tapi garapan cerita yang diolah dari sejarah melayu lama sangatlah menarik. Kalaulah ada produksi filem negara yang ambil inisiatif membuat filem ini dalam versi Melayu tentu menarik jadinya.

Hikayat Merong Mahawangsa

Puteri Gunung Ledang

Setakat ni hanya filem Puteri Gunung Ledang lakonan Datin Tiara Jacquelina dan Hikayat Merong Mahawangsa yang masih menyerlah dan tampak gah dengan unsur tradisional. Semoga Industri  Perfileman Negara akan bangkit dengan kisah-kisah dongeng, kisah klasik dan lagenda melayu asli. Cukup-cukuplah filem tentang cinta, kahwin paksa, hantu lawak dan lain-lain. Sajikanlah filem yang punya intipati bukan sekadar nak kaut untung basi. 

Hakak salute habis dengan produksi animasi Les' Copaque yang berani menampilkan idea segar dan baru dengan mencipta watak animasi puteri Melayu yang tidak tipikal macam princess Disney melalui animasi pendek, PUTERI. Unsur magikal dan elemen tradisional yang ditengahkan secara tak langsung memperkenalkan elemen Melayu. Diharapkan animasi ini akan terus berkembang dan diminati ramai seperti kejayaan Upin Ipin yang dah terkenal di peringkat antarabangsa. 

No comments: