Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, February 4, 2015

Bila emak call~

Pagi-pagi mak telefon. Mak tanya "nape tak balas wasap?" Amboih... mak hakak kan... Berteknologi sungguh ngalahkan doter dia haha... Hakak jawab, "kadang-kadang orang tak online mak". Dengan tak sengajanya dah terkecikkan hati orang tua kan bila kita tak balas panggilan emak huhu... Terasa jadi anak durhaka pula. Apa pun hakak tak sengaja. Memang tak belek pun wasap semalam. Malas nak online kengkadang tu. 

Masa bagai tak cukup-cukup nak buat semua benda. Nak-nak sejak Damia bersekolah. Mana nak luangkan waktu untuk tinjau kerja sekolah dia. Mana waktu nak buat contest. Selalunya hakak bergilir dengan suami bab kerja sekolah Mia. Mana yang hakak rasa suami boleh ajar, hakak minta suami. Mana yang hakak rasa tak sempat nak ajar, hakak mintak suami. Tolerate laki bini. Demi anak apa salahnya kan...

Mak bukan apa, risau saja. Manatau jadi apa-apa. Kadang-kadang instinct orang tua kan. Hakak faham tu, sebab kadang hakak pun selalu rasa khuatir pasal Damia. Walhal kita tahu anak kita letak kat sekolah. Apa pun, naluri mak-mak ni kuat. Kalau terdetik rasa gusar tu eloklah cepat-cepat ambil tahu hal anak. Manalah tahu jadi apa-apa.

Berborak sakan dengan emak tadi. Walhal baru sabtu lepas berborak sakan. Tapi harini hakak luangkan masa bekerja untuk mak. Kepala hakak sarat dengan kerja. Minda serabut nak fikirkan idea design. Tapi hakak fikir, kalaulah masa seminit dua ini hakak kedekut nak luang untuk mak. Jangan hairan hakak rugi sejam dua sepanjang hari ini. Yang penting kena gembirakan emak.


2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

bercakap dengan mak ni umpama terapi buat diri...

Wansteddy Tales said...

Kadang tu mcm xtau nk ckp apa. Tp sekali call mcm2 cerita haha