Nuffnang

Followers

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, November 5, 2019

Superb SERAMMM!!! Jom terjah Nights Of Frights 7!

Okkeh, harini aku aku nak share pengalaman menyeramkan tapi menyeronokkan kat Nights Of Frights! Jumaat lepas kami berpeluang sertai sambutan ulang tahun pertama realme di Nights Of Frights 7 bertempat kat Sunway Lagoon. Kalau nak tahu, realme adalah rakan smartphone rasmi bagi program NOF7 ni. Inilah julung kali kami sekeluarga berkesempatan ke rumah hantu yang besar dan paling meriah. Memang enjoy betul dari mula sampai hingga habis event!

Acara ini diadakan setiap hari jumaat, sabtu dan ahad bermula pada 4 oktober hingga 9 november 2019 dari jam 7.30 petang hingga 11.30 malam. Throwback masa kami ke Disneyland Paris tahun lepas. Ngam jam 6.00 petang pengunjung mula diminta keluar dari taman tema tu bagi beri peluang tema halloween pada malam hari pula. Macam tu la style NOF7 ni agaknya. Pengunjung NOF7 cuma boleh masuk lepas jam 7.30 petang. Memang gamat sungguh kat entrance sebelum nak masuk tu.

Memang ramai giler orang. Panjang orang beratur. Eh, lupa nak cerita. Terhad kepada pengunjung berusia 13 tahun ke atas je tau. Kat kaunter masuk, staf akan tanya kat anak sendiri umur dorang ehehe... Mia siap kena tanya tarikh lahir dengan tahunnya haha... sis is redha. 

Masuk saja ke dalam penuh dah para hantu pelbagai spesis bergentayangan. Ada hantu yang moody, nak bergambar pun rasa arkward gila. Ada yang terlajak mesra, kita dok menyembang dia pun sakan sibuk nak join sekaki. Ada yang jenis kerek, laju-laju lari dari orang haha... Paling seram sekitar haunted houses. Ganas-ganas betul hantunya. Nak survey tempat makan pun kena kejar haha... Pastu ada pulak pengunjung yang jenis dramatik pakai costume hantu. Tak tahu nak beza mana staf member dan pengunjung sebab sama-sama naik mengusik! Kalau nak tau ada booth makeover gak kat NOF7 ni. Memang worth it!

Kami sempat masuk Sharknado Alive! Jenuh bergelak ketawa dalam tu sebab team kitorang gila-gila jugak. Survey kata tempat ni paling tak seram. Tapi korang standby jantunglah jugak ye, sebab banyak scene terkejut-kejut. Dalam dok kata tak seram konon (sedapkan hati) termelatahlah juga kakak ni hahahah....

Sponsor bersama tema NOF7 ni semestinya realme  so aku tak lepaskan peluang bergambar dalam photobooth ni. Nasip baik takde extra props aka geng hantu jengah masuk join bergambar sekali hahaha...

Ada 8 jenis rumah hantu. Sharknado Alive. 1 teater berhantu, BOMOH: Kat sini standby la jantung, sebab asik kena usik dengan hantu yang bergentayang sana sini. 2 scare zones, hantu pelbagai spesis kat sini. Dari nun, zombi, Annabelle dan lain-lain lagi. 11 thrilling rides dan 2 pentas persembahan sempena NOF7. Ikutkan memang tak dapat nak pergi semua tempat dalam sehari sebab ramai sangat pengunjung sepanjang hari.

Sempat belikan Zombie juice bag (air ribena) dan Devil's Horn untuk Mia. Dua-dua item tu berharga RM15 setiap satu. Ada juga Cursed Tumbler RM32 per piece. Apa pun  memang tak rugi datang ke sini. Best giler!




Saturday, February 3, 2018

Minyak TYT Herbal Medicated Oil

Masa bersalinkan Mia dulu, macam-macam jenis minyak urut yang famili syorkan. Tapi yang kekal kakak pakai sampai kini, Minyak TYT Herbal Medicated Oil. Maknanya dah lebih 10 tahun setia dengan produk ni. Botol sekecil ini pun tahan lama. Tak silap yang ini harganya dalam RM5.00 lebih saja. Hari-hari pakai urut kaki dan belakang badan pun, masih tahan lama lebih sebulan ke tiga bulan.

Yang ini botol bersaiz besar. Harganya RM8.00 lebih saja. Kalau pergi farmasi, kedai ubat, Mydin, Giant, jumpalah produk ni. Memang mujarab. Selain minyak herba, ada juga herba rendaman kaki dan mandian TYT. Masa arwah abah sakit dulu. Kaki abah selalu sejuk-sejuk. Belikan Herba Rendaman Kaki TYT, abah suka sangat. Rendam di kaki dengan air panas, meruap ke kepala segarnya. Muka pucat tampak lebih segar kemerahan. Bagus sangat herbanya. Kalau ibu yang berpantang pun boleh pakai produk ni.

Baru-baru ni kepala asyik gatal-gatal je. Niat nak gunting rambut dah, bagi pendek ala Sofea Jane (lagi haha). Kakak memang tak boleh berambut panjang sangat. Cepat stress. Yang geram, kelumumur pun mudah sangat merebak kalau tak jaga rapi. Lambat syampu dan tak pakai perapi. Habisss... bersalji kepala. Dalam geram nak capai gunting potong sendiri. Teringat pula tips masa event penyampaian hadiah TYT dulu. 

Tak ambik masa lama, terus lumur sampai ke kulit kepala. Tahu apa? Tak sampai seminit hilang gatal kepala. Lagi terkejut, rasa sengal-sengal kat bahu pun hilang sama. Magik je rasa. Semuanya sebab minyak berubat ni memang terkandung herba yang baik dan mujarab. Tak sia-sia selalu ada simpanan. 

Kalau korang jenis suka pakai minyak angin. Try lah beli TYT. Seawal baby sampai orang tua semua boleh pakai. Minyak ni tak panas langsung. Baunya pun segar dan tak tengik. Tapi memulihkan dengan cepat. Nak-nak untuk sengal badan. Sebab tiap urutan melancarkan aliran darah. 

Saja kongsi pengalaman dengan minyak TYT. 
Sebelum tidur lumurlah kat kaki. 
Macam pakai minyak terapi. 

Monday, January 8, 2018

Tribes And Empires Storm Of Prophecy

Dah lama tak layan drama China. Rasanya last tengok masa sekolah rendah. Jam 7 petang kat TV2. Masa tu macam-macam drama cina yang best sangat. Sampaikan aktor dia pun boleh hafal. Tapi baru-baru ni terdetik nak follow drama Tribes and Empires Storm of Prophecy. Baca tajuk pun dah boleh agak storyline dia kan? Ingatkan cerita ni cliche history drama je. Tapi bila tengok costume, set pengambaran yang super cool, terus jadi teruja nak layan cerita ni dari episod ke episod. Setakat ni dah masuk episod ke 20. Lambat lagi nak habis. Ada 75 episod.

King Muyun Qin (raja yang boleh kata, malang) dan Empress Nanku Mingyi, watak jahat utama (setakat ni). Ratu ni walaupun lawa tapi punya rasa cemburu buta sebab Maharaja lebih sayangkan  gundiknya YinRong. 

YinRong ni golongan orang bunian (spirit). Ada kuasa magik. Waktu King Muyun Qin nak bunuh YingRong, aura jahat tu terpantul balik kat King Muyun Qin  Puncanya sebab abang King Muyun Qin tuduh YinRong guna magik nak bagi King Muyun Qin dapat takhta. Tapi sebab sayangkan Maharaja, YinRong try serap balik aura tu dan effect kat kecantikan dia. Jadi tua kerepot. Spoiler ni. Tapi lantaklah, asal korang dapat tips sikit la pasal YinRong ni. Apa pun watak dia ni masih misteri (untuk episod ke 20). Tunggu nak hujung2 nanti maybe ada kejutan lagi pasal dia. Nak-nak apa kaitan YinRong dengan PinXi. 

PinXi watak orang bunian dalam bebola kristal. Cuma Muyun Sheng dan Muyun De dapat tengok PinXi. Spoiler: sebenarnya PinXi ni hamba kepada... Tak pasti jugak. Cerita belum sampai tu. Kadang-kadang rasa annoyed gak kat PinXi ni sebab kuat merajuk. Nasip baik comel haha.. Muyun Sheng kira watak utama drama ni. Diramalkan bakal jadi maharaja yang akan binasakan dunia. Sebabkan dia kacukan manusia dan bunian. Muyun Sheng pun ada kuasa sakti macam mak dia. Bapa dia, King Muyun Qin jatuh sakit misteri sebab terkena kuasa Muyun Sheng. 

Watak utama kedua, Muru Han Jiang. Setakat ni suka kat couple ni. Muru Han Jiang diramalkan akan rampas tahta diraja. Sebab tu dia kena buang masa kecik. Membesar secara gelandangan. Han Jiang belajar ilmu pertahankan diri dari sifoo dia. Hari sifoo dia mati, dia terjumpa dengan perempuan yang diramalkan bakal jadi maharani satu hari nanti, Su Yu Ning.

Watak utama ketiga. Shuofeng Heye. Sejak kecik dia diramalkan bakal jadi Ruler of the Seas and Land. Antara generasi akhir Suofeng clan sebab semua puak tu dibunuh kejam sebab bapa dia cuba rampas wilayah puak yang lain. Shuofeng Heye bakal balas dendam dan satukan puak nomad dan berikan rumah pada mereka seperti yang bapa dia hajatkan.

Sebab utama layan cerita ni, costume dan effect grafik kat poster dia. Tiap kali ada effect khas dalam drama ni, tak pejam mata tengok. Memang tabiklah designer dorang. Dari pereka fesyen, grafik sampailah sound effect. Semuanya hebat belaka. Terfikir berapa la gaji dorang. Sampai ke situ... haha

Muyun Family. Sejarah dorang ni berselirat. Tapi sebelum Muyun Sheng jadi maharaja nanti, habis abang-abang dia mangkat. Maybe kena bunuh sebab pakcik dia nak rampas kuasa. 

Muru Family. Keluarga ni bersumpah akan taat setia pertahankan keluarga Muyun. Sebab tu bapa Han Jiang terpaksa buang dia, sebab percaya pada ramalan, Han Jiang akan malukan keluarga. Rampas tahkta dari maharaja.

Nanku Family. Famili jahat. Rumusan boleh bagi setakat ni haha...

Shuofeng Tribe. Famili yang malang. Macam mana pun hubungan famili ni sangat erat. Cuma malangnya tinggal beberapa orang je sebab yang lain mati dibunuh askar Muku. Sebab tu ShuoFeng Heye anti sangat dengan Muku famili. Ironinya 1st wife dia ada darah Muku. Tapi sebab kena fitnah dengan Helan Tieyuan atas hasutan Helan TieDuo, bini dia bunuh diri. Sedih part ni. 

Harap dapat tengok habislah cerita ni. Kakak kalau dah suka, 75 episod boleh habis tengok seminggu. Tapi main tipulah. Pass laju-laju part yang bosan. Tapi sebabkan tak nak missed semua adengan (nak2 nak fahamkan jalan citer). Sanggup tu tolerate dengan cerita ni. 

Rating for graphic 5 bintang.
Rating storyline 4 bintang.


Wednesday, December 20, 2017

Jom cuti-cuti | Sunway Lagoon! - part II

Sambungan dari Jom cuti-cuti | Sunway Lagoon! - part I. Dari Main Entrance, kami jelajah Wildlife Park seterusnya menuju ke Nickelodeon Lost Lagoon. Ini pertama kali kakak datang ke sini. Bukan je anak-anak excited, mommy dan ayahnya pun teruja!

Kami melalui Wildlife Park untuk ke Nickelodeon Lost Lagoon. Tengok map macam jauh, tapi bila berjalan sambil bergambar, kejap je rasanya perjalanan.  Kat sebelah kanan tu ada surau. Sangat selesa untuk para muslim mendirikan solat. 

Caution! Dah warning kat gegurl cousin ni awal-awal. No paw-paw! Enjoy permainan sekitar Sunway Lagoon semahunya. Akhirnya mommy yang terjebak beli souvenir menarik kat sini. Offer pun mengancam. Contohnya magnet Spongebob SquarePants beli satu, percuma satu. Ada juga promosi separuh harga. Sekeping magnet RM5.00 ke RM19.00 sahaja. Kalau nak borong Keychain pun berbaloi, seutas dalam RM6.00 sahaja. 

Jam 4 petang gunung berapi tu akan meletus! Kat situlah persembahan Tale of Mount Berapi dan Volcano Show diadakan. Jam 2.20 petang persembahan Pirates of the Wonderland Show diadakan sekitar Pirate's Revenge. Kena semak jadual dalam pamplet Sunway Lagoon untuk maklumat lanjut ye.

Perkara wajib singgah kat sini, ambik gambar dengan mascot Spongebob, Patrick dan Ninja Turtles!  Acara Meet & Greet ni bermula jam 12.00 dan 12.30 tengahari. Ini je gambar berempat yang sempat kami ambil. Punya teruja ke sana sini. Sampai gambar sekeluarga pun lupa!

Luncheon kat Cubes Pizza. Sekarang ni dah pelbagai jualan makanan disediakan. Pilihan makanan pun banyak. Tak hadapi kesukaran nak pilih menu bersesuaian untuk keluarga.

Part paling mengujakan. Bawa anak-anak bermain air. Kami ronda-ronda sekitar Nickelodeon Lost Lagoon. Sempatlah Damia dan Esya bermain beberapa permainan. Selebihnya kena skip sebab Esya tak cukup ketinggian. Oh ya, setiap jam 3.30 petang, pengunjung boleh berlumur dalam air hijau dalam acara Slime Time sekitar SpongeBob Splash Adventure! 

Beach time! Panas lit lit area ni. Auntie pun rasa nak terjun kolam sekali. Kenangkan jadi makcik jaga beg, sabar je la.  Ayahnya la paling kesian. Sana sini usung pelampung besar tu. Boleh rujuk harga sewa pelampung di sini: https://sunwaylagoon.com/pricing/. Yang penting anak-anak enjoy sangat kat sini. Siap bina istana pasir juga.

Sebelum merayap sekitar Kalahari Kids, Little Zimbabwe dan Wave Pool, singgahlah shower dulu kat Water Disco. Standby melalui kawasan target utama kanak-kanak. Memang sentiasa sesak dari baby sampai orang dewasa.


Letih sudah. Lepas makan-makan, bersihkan diri, kami bersiap untuk balik. Sementara tunggu mommy solat asar. Budak-budak ni bermain sekitar Nickelodeon Lost Lagoon. Nampak mascot SpongeBob dan Patrick sibuk bergambar dengan pengunjung. Pastu kena kejar! hahha... pandai bergurau ye.. Sayang, ayahnya tak sempat nak capture the moment. Takpelah, asal jadi ingatan abadi kat budak berdua ni haha...

All Terrain Vehicle. Pernah try sukan lasak ni? Size budak-budak pun ada. Boleh cari sukan ni kat Extreme Park. Banyak lagi suka lasak kat sini. Tapi kena bayar berasingan. Tidak termasuk harga tiket all in one yang macam Mia pakai tu.

Last but not least. Peluklah mascot itik ni sebelum balik. Bye Bye Sunway Lagoon! Memang seronok bawa keluarga bercuti kat sini. Sehari rasa tak puas nak jelajah semua taman tema. Keseronokan seisi keluarga di Sunway Lagoon! Sampai kita jumpa lagi.

Untuk pengetahuan kalian, Sunway Lagoon Malaysia meraikan 25 tahun sambutan Wonder Years. Pelbagai pakej disediakan. Nikmati pakej cuti sekolah akhir tahun seperti:

FamFun untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak: RM390
4-To-Go untuk 4 dewasa: RM456.00
Beli 3 dewasa percuma 3 dewasa: RM510.00

Untuk maklumat lanjut sila layari 
Hubungi: +603 5639 000