Nuffnang

Followers

Tuesday, March 10, 2015

Design Doll admin & Majlis Perpisahan dan Persaraan staff

Ini projek ASAP jumaat lepas. Kak Ani admin request dari hakak buatkan dolly untuk 4 orang kakitangan admin yang nak bersara dan berpindah atas kenaikan pangkat. Hakak pun, laju-laju design gambar big boss petang tu. Tak siap jugak... Sudahnya bawak balik laptop pinjam dari BPM. Tak boleh install Adobe Illustrator. Sabor je la. Nasip baiklah ada mac pro suami, pakailah jugak sebab nak siapkan dolly ni. Tum tam tum tam siap 4 doll.  

Semalam patutnya ada meeting. Tapi hakak ponteng, cukup sekadar jenguk kepala di balik pintu, big boss nampak kelibat kita jadilah kan... Lagipun bilik meeting penuh. Nak masuk pun jenuh. Hakak pergi ke bilik Kak Ani, bikin ini deco. Potong bulat bulat bulat bulat... Nampak simple tapi renyah. Cuma bila kita memang suka main kraf-kraf memang rasa tak kisah sangat dah. Seronok mendeco sambil borak-borak dengan Kak Ani dan Mai. Jamuan makan di PICC, Kak Ani bawa hasil deco yang selamat disusun kepala dolly atas brownies. Comel jadinya. Nak-nak bila letak figure frame kat depan. Macam main cak-cak pulak.

Tarangggg.... Inilah rupanya bila dicucuk-cucuk atas brownies. Kak Ani susun selang seli. Yang kiri untuk staf naik pangkat, Encik Rafie bakal ke JPM dan Encik Ladoh yang akan ke Perak 16 Mac 2015 nanti. Manakala yang sebelah kanan khas untuk staf berpencen yakni big boss sendiri, Encik Leman dan CC kami. Hakak tak kenal rapat dengan CC. Bila design dolly CC, dah macam rupa kak Anum, sebab memori hakak lebih kepada kak Anum yang vouge. 

Untuk 3 gambar di atas, kredit diberikan kepada Kak Nad fotografer yang sudi ambil gambar dengan iPhone beliau. Hakak sendiri berat bontot nak bangun pergi snap gambar. Ko tengok peranan fotografer profesional. Tak payah nanti disuruh, dorang pandai sendiri cari view dan subjek yang nak diambil gambar. Jangan jadi berat bontot macam hakak. Melopong takde gambar. Nasip baik Kak Nad sudi nak share koleksi gambar beliau. Thanx kak Nad :)

Okeh wallpaper ni hakak belasah je tak susun betul lagi. Hakak lupa nak print out dan jadikan kertas pembalut hadiah. Lagipun rasa tak perlu jugak sebab staff penerbitan awal-awal dah balut dengan wallpaper baru  MOA. Hihi... Mesti mention sebab hakak yang design wallpaper tu. Maaf kata wallpaper tu very simple. Tapi kita ambik mode grafik. Less is more. Kadang-kadang tak perlu design grafik bombastik dumdamdumdam, hasilnya ke laut. Yang simple tu kadangnya lebih indah.

4 comments:

Mieza S said...

alah comel ^_^

Syazwani Mazlan said...

bolehlah doodle kan muka saya ni....hahaha

Wansteddy Tales said...

tQ Mieza Suhaini :D

Wansteddy Tales said...

hakak seorg yg mengikut mood bab2 dolly kartun ni hahahah Syazwani Mazlan