Tengok... tajuk in english, homputeh sangat bila nak marah. Jangan sampai hakak speaking London!
Al kisah bengkeknya: Dah 2 hari kedudukan punch card berubah. Kelmarin (selasa) tempat kad aku kosong, gigih teliti tiap tempat, tersorok di celah-celah kad orang lain. Pagi ni punch in baru perasan ruang punch out semalam KOSONG!
Persoalannya, kad siapa yang aku punch semalam??? Kadang tu diri sendiri juga yang cuai. Tak baca nama kad. Terus tarik dari kedudukan kad. Dah hafal no tempat kan. Bulan disember, kad hilang. Entah sapa rajin collect awal, tau-tau PT kata kad aku missing. Wah... dalam banyak-banyak orang, kad aku jugak suka di'aim ye.
Menariknya pernah sekali kedudukan kad sengaja diisi dengan kad staff lain. Sengaja. Aku malas nak tuduh sapa-sapa. Aku anggap ada kuasa ghaib yang maha hebat je yang rajin buat kerja prank ni. Sebab dulu bila mengadu kena sabotaj, aku didakwa 'berfikiran negatif!'. Sekali dua, ya... anggaplah tak sengaja, bergurau senda, meski mereka tahu kesan perbuatan niaya macm tu kat aku. Aku kena berlapang dada, itu cuma gurauan manja. Tapi, bila dah masuk berkali-kali terkena, dengan pelbagai cara. Sabar pun ada batasnya!
Childish sangat prank bodoh macam ni. SERIUS BODOH. Aku nak marah pun tak kuasa. Aku nak adu pun rasa bagai hilang hak bersuara. Keseronokan nak bekerja merudum macam tu saja. Spoil mood habis walaupun orang lain boleh kata, "alah... benda kecik pun nak berkira." "Tak boleh bawak bergurau"
Dude, ngko nak bergurau, silakan. Tapi jangan heret aku dengan MASALAH atas perbuatan KAMU!
1 comment:
Aslm encik, saya ada emel encik.. wansteddy@gmail.com
Harap encik dapat balas jika ada kelapangan. Terima kasih.
Post a Comment