Nuffnang

Followers

Monday, October 3, 2016

TRIP to HONG KONG - part 2

Entry ni berkenaan perjalanan dari Hostel Panda, Nathan Road HK ke Hotel Disneyland HK. Inilah bilik kami di Hotel Panda. Bilik 309. Walaupun hostel ni terletak di dalam bangunan seolah-olah rumah kedai, dah agak kecil. Tapi kebersihannya memang tip top. Yang beshnya hostel ni terletak di kawasan yang mudah untuk dapatkan makanan halal. Dan dekat dengan stesen kereta api.

Kami menapak ke bangunan sebelah hostel. Tunggu bas persiaran yang akan bawa kami ke Taman Tema Disneyland. Sementara dok melangut tunggu tu. Sempat lagi pusing-pusing sekitar mall tengok perhiasan krismas yang gahnya.

Seronok si kecik ni cuci mata.

Dalam setengah jam jugaklah menunggu. Barulah bas pelancongan ni sampai. Penumpang tak ramai pun, tapi semuanya memang menghala ke destinasi yang sama Disneyland Theme Park. Tiket masuk diberikan waktu tu. So tak perlulah kami beratur panjang beli tiket.

Permandangan sekitar HK menghala ke Lantau Island.

Sepanjang perjalanan merengek bila nak sampai. Bila nak sampai. Excited nak pergi Disneyland. Tak jemu-jemu tengok pamplet Disneyland ni.

Lenggang, sebab masih awal pagi. Bas pelancongan drop penumpang di sini. Kami pulak siap dengan bagasi sebab akan stay kat Hotel Disneyland pada malamnya. Jadi kami ambil shuttle bus kat sini untuk ke hotel. Bas ni boleh bawa penumpang ke Hotel Disneyland dan Hotel Disney Hollywood secara percuma. 

Sampai saja di hotel, Damia terus tengok tv di ruangan kecil ni. Tak berapa lama datang beberapa kawan baru join sekaki tengok tv.

Bahagian kaunter perkhidmatan. Terus reserve bilik (pre check in) dan simpan bagasi.

Sekali lagi dapat gentle reminder dari Tuan Puteri. Dah highlight beberapa tempat yang dia nak pergi.

Tempat simpan bagasi.

Entrance Disneyland Hotel.

Cubaan memetik bunga.

Bersedia untuk pengembaraan di Taman Tema Disneyland Hong Kong! Ikuti kisah selanjutnya dalam entry TRIP to HONG KONG - Part 3

Link:

No comments: