Dah lama tak shopping kat Zalora. Kalau tak silap, last beli casing kalis air kamera DSLR. Dan benda alah tu la jadi penyebab lens kamera DSLR aku makin teleng sekarang. Silap sendiri, tak reti guna.
Baru-baru ni masa join Konvensyen MyGAP kat Hotel Everly, secara tak sengajanya aku telah mencederakan tumit kasut Zaloraku. Punyalah ralat. Walaupun tak punah ranah, tapi bunyi bergemerincing la jugak bila tumit yang dah tercabut, tinggal skru berlaga dengan lantai marmar ruang legar pejabat. Punya kepit jalan macam perempuan Jepun terakhir pakai kimono ko. Nak tahan bunyi tu, tak nak bagi bingit sangat. Dengan yang demikian, tahulah aku bahawasanya aku bukan perempuan jenis ladies-ladies yang boleh bergaya dengan tumit runcing. Perempuan ganas macam aku selayaknya tumit bapak besar macam ni.
Gambo fresh petang tadi. Bukak kotak, terus pakai haha...
Nama kasut ni Mule Heel Sandals by Zalora. Klik link sebelah, direct kat produk tu. Bagi senang korang search. Ko nak berlari, berjoget, semua boleh. Bukan nak kata takkan rosak, tapi payah sikitlah, haha... Sampai ke rumah dok meraban memikir pasal kasut yang dah kiok tu. Tak pikir panjang, ye memang tak pikir panjang pun. Terus search cari kasut tu kat website Zalora dan terbeli yang ini. TERrrr... ye terr... Terbang rm148 untuk sepasang kasut.
Cerita TER tak habis kat atas. Bila aku gatai-gatai jari cari blouse belah tepi. Teringat kat cik Farah, adik praktikal kat Library yang pernah pakai blouse style ni. Tapi tak terfikir lak nak tanya kat mana dia beli, brand apa dll. Demi ternampak baju ni sekali lagi tak pikir panjang. Main add je dalam bakul dan terbayar. RM99 sehelai brand Zalia. Sekali lagi, klik je link sebelah. Direct produk Zalia kat Zalora. Pejam mata dan aku doa-doalah baju ni ngam untuk aku yang bertatih balik proses berdiet ni.
Dah bayar tu baru aku perasan, tak dapat bukti pengesahan beli produk Zalora. Pagi tadi gigih p pm Zalora tanya. Tengahari orang datang opis delivery barang. Pergh! Punyalah pantas. Thanx Zalora! Memang puas hati dengan service korang. Eh, jangan pikir aku tulis pasal Zalora ni, sebab dapat upah macam blogger femes lain tu ye. Ni kisah peribadi aku je. Testimoni sebagai pembeli.
Bila dapat baju Zalia tadi punyalah besh. Material kain sejuk je. Dan yang tak sangka tu rantai tu memang sedia sangkut kat baju. Dok memikir macam mana aku nak basuh dalam mesin basuh nanti aa? Agaknya part rantai tu bikin mahai kot. Tadi ni dok search balik baju ni. Sebab jumaat lepas ada 2 color. Hitam dan peach. Tapi hari tengok, dah macam takde kaler peach tu. Ala laa.... takde rezeki. Kot ada mungkin akan TERrrrbeli lagi haha...
Apa pun beli kat Zalora memang besh, mudah dan pantas. Cuma kalau dapat salah saiz tu nasiplah! Return la balik dan mintak tukar saiz yang lebih sesuai. Itu pun kalau stok ada. Takde, ko juallah kat kawan. Senang citer.
No comments:
Post a Comment