Nuffnang

Followers

Sunday, January 1, 2017

MacBook Pro

Dah lama mengidam nak menang hadiah yang satu ni. Tapi tiap kali join contest, tak pernah ada dalam list hadiah. Kalau ada pun, bukan jenis contest fav. Tunggu punya tunggu bulan tak turun, turun. Maka hajat nak mendapat cik adik sorang ni, dengan melabur cash sendiri. Itu je jalan penyelesaiannya.

Kelakar bila kawan-kawan dok ingat designer ni mesti ada komputer kat rumah. Tak semua pereka mampu nak beli pc/ macbook sendiri. Contohnya macam aku la, berhajat nak pakai macbook, maka peram 3 tahun baru nak beli. Salah satu sebab kenapa malas nak ada macbook ni, tak nak bawak balik kerja balik rumah. Biarlah cukup 8-10 jam kerja kat pejabat. Waktu kerja. Kalau tambah lagi kat rumah, sapa nak bayar upah? 

Akhirnya akur pada kehendak sendiri. Sampai masanya korbankan money demi hobi yang satu ini. Blogging. Dah berbulan tak berblog. Alasan cliche, busy. Entry travel semua tertunggak dari minggu pergi bulan sampai makan masa 3 tahun tak buat-buat! Harapnya dengan ada macbook ni aku takde alasan kata takde masa nak blog la. Kalau tak berblog juga tu myb sebab aku rasa faktor usia. Dah terlalu tua nak bercerita merepek macam dulu-dulu. Dah rasa macam membazir masa memikir karangan setiap hari.

Dek kerana ini blog Wansteddy ni banyak sawang.

2 comments:

adianiez AIDA said...

wan, lama aida x singgah sini.
aida memang blogging kat umah dgn macbook pro.
memang best.
mudah.
bateri tahan sgt lama.
bleh letak atas katil, blogging sambil baring2.
terbaik...

Wansteddy Tales said...

Nak singgah pun empunya blog tak update2 citer takde benda nk dibaca kat sini ye Aida, haha... tq tau sudi lawat. Aah, macpro ni mmg idaman kalbu. Dok tunggu2 kot dpt free (contest). xmenang2. last2 labur jugak duit sndiri hehe