Nuffnang

Tuesday, September 17, 2019

Budak 80-an di HKL

“Terima kasih doktor, jururawat” - Hospital Bersalin KL henti operasi, warga kota kongsi memori suka duka sepanjang 56 tahun


Bila keluar artikel ni kat facebook, rasa sebak pula. Dulu pernah menetap kat kuarters kesihatan KL. Zaman tu kebanyakan rumah kakitangan masih di atas tanah. Ada gak dalam 2, 3 bangunan flat  dekat dengan kuil tu. Awal tahun 1990, 1 demi 1 kawasan perumahan mula dirobohkan. Nak bina kuarter kesihatan jenis apartmen macam sekarang. Tahun 1992, famili aku pindah Gerik. 

Masuk alam pekerjaan, aku kerja kat Japen, opisnya kat bangunan Bernama. Boleh nampak bangunan HKL bila menapak dari rumah sewa kat Kampung Baru ke tempat kerja. Terkejut tengok persekitaran kuarters. Tapak rumah kami dulu dah jadi padang mainan budak-budak. Bila singgah kat Medan Selera HKL boleh terbayang lagi laluan lorong belakang rumah jiran-jiran. Masa dulu kat tepian longkang tu la jadi port lepak budak-budak 80-an. Main masak-masak, nyorok-nyorok, baling selipar dan macam-macam lagi. Zaman tu brick game baru nak popular. 

Aku anak pertama lahir kat Hospital Bersalin KL ni. Abang dan kakak lahir kat Gerik. Lepas tu dua adik aku pun lahir kat sini. Masa abah kerja kat HKL dulu, selalu juga curi-curi ronda belakang hospital ni. Jenguk kawasan lobi. Jenguk kat kolam ikan, mini taman. Lalu kat area farmasi. Bau semerbak ubat-ubatan. Tapi sebabkan dah terbiasa, kami yang budak-budak ni tak rasa takut pun dengan bau hospital. Kalau nasip baik, jumpalah kawan-kawan abah. Offer kat kami kuih atau air kotak free hehe... Kalau jumpa misi or attendant yang garang, terus kena hambat balik. "Hah! Nak kena cucuk???" Bertebaranlah kami lari sebab takut hehe...

Hospital bersalin sekarang dah dinamakan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur. Nama singkatannya WCH. Apa pun jasa dan pengorbanan semua kakitangan warga kesihatan di Hospital Bersalin tetap dikenang. Sepanjang hayat kami berada. Bangga jadi anak 80-an. Terima kasih Hospital Bersalin Kuala Lumpur!

No comments: