Macam patah tangan bila tak dapat bersiaran di internet. Hari ini sepatutnya aku bercuti. Borang cuti dan isi, tandatangan bos dan big bos pun dah ambil. Tapi aku mai jugak ke opis. Memang takde kerja buat kerja. Ah, tidak jugak! Tengah banyak kerjalah aku kembali bekerja ni. Aku nak siapkan kerja penting harini dan esok. Kalau takde aral, aku akan cuti sehari. Rabu je cukup kot. hehe...
Aku nak cuti hari rabu sebab nak tonton filem Toy Story Free! pada hari Selasanya. Kisah tentang tiket free ni kat sini. Tiket belum ambil. Hb yang kena ambik jap lagi kat Cheras. Sibuk tak sibuk gasaklah haha... Masalahnya wayang ni bermula pukul 7 malam. Kalau dah marathon berapa wayang agaknya boleh tonton? Kalau satu okeylah kot. Kalau tiga-tiga wayang sekali? Memang tengah malamlah baru habis tonton wayang tu hahah... Bajet dapat tengok semua sekali la konon. Yang tak best, wayang bermula jam 7 malam. Takkan nak tinggalkan magrib beb? Sah-sah aku terpaksa masuk tengah-tengah cerita. Ades...Kenapalah siarkan waktu yang sukar begini.
Sabtu lepas kami sekeluarga ke 1Utama. Tujuannya nak ambil voucher Baby Gap kat butiknya. Kisahnya di sini. Alhamdulillah voucher rm100 dah dalam tangan. Hb suruh aku tukar terus dengan baju Damia. Aku sayang nak guna. Nak peram dulu menjakunkan diri barang dua tiga minggu miahahaha...
Amenda yang aku nak kongsikan di sini ialah berkenaan sikap promoter butik. Dua minggu lepas kami ke butik dotdot kat Pavillion. Layanan diberi.... sungguhlah "mesra alam"nya. Layan pelanggan pun dengan muka cemberut. Orangnya gadis muda melayu, macam baru lepasan SPM@ universiti. Kening berkerut-kerut. Suara meledak-ledak. Menjawap pertanyaan aku pun macam aku ni spesis makcik pekak yang bodoh lagi naif... Alahai... kesiannya kat aku terima layanan camtu hahaha... Gelak sedih. Aku fikir positif. Mungkin kerana promoter tu penat. Aku masuk butik tempat dia bekerja pun dah malam. 8 malam tu kira lewat kot kat promoter tu. Keluarlah aku dari butik tu dengan hampa. Layanan yang super hampegas. Elok-elok niat nak menukar voucher tu berkobar-kobar jadi susut macam tayar pancit.
Sabtu lepas kami sekeluarga pergi pulak salah satu butik bawah kat 1Utama. Yakni butik dotdot jugak. Sama nama lain cawangan. Layanan diberi sangat mengejutkan mesranya. Dan harus aku ceritakan di sini. Kala malam aku bertandang ke butik tersebut. Ikutkan promoter kat situ harus lebih penat. Sebab ada jugak pelanggan keluar masuk butik tu dibandingkan yang dekat Pavallion. Buat terharu promoter kat situ bukan saja gadis melayu tapi ada jugak gadis Cina yang baik hati. Jawap soalan demi soalan aku pun dengan sopan. Betul-betul buat aku terharu.
Keluarlah aku dari butik tu dengan perasaan bangga. Bukan bangga diri. Bangga kerana dalam Malaysia ni ada lagi sifat kesopanan terhadap berlainan bangsa. Walapun aku tak tukar apa-apa voucher dalam butik tu, tapi aku dah semat dalam diri. Kalau kat KLCC nanti takde beg best cam kat 1Utama. Atau kalau kat KLCC nanti promoternya perangai hampagas sama macam kat Pavillion. Aku tak silu nak ke 1Utama lagi. Pendek kata. Biarlah aku tak berapa suka itemnya. Tapi dapat layanan baik... lebih buat aku hargai apa yang aku dapat. Daripada aku menyumpah seranah beg yang aku nak ambil tu sebab sikap promoternya . Buat hapa kan.
No comments:
Post a Comment