Nuffnang

Followers

Friday, October 8, 2010

Bercuti di Kuantan ~ Part II

Malam di Kuantan kami ambil masa lepak dengan adik bongsu aku. Dia sebenarnya ada photo shot esok harinya tapi gigih temankan kitorang malam hari. Kesian pulak ingat-ingat sebab dia jauh dari keluarga.


Nama penuh restoren ni aku lupa. Tapi kalau pergi Tanjung Lumpur gerai-gerai makannya diwarnakan ikut warna tersendiri. Restoren ni berwarna hijau. Mula-mula rancang nak makan sini sebab ruang tempat makannya besar dan nampak selesa. Tapi tinjau-tinjau meja lain semuanya macam dah tunggu lama hidangan dorang, tapi takde pun makanan atas meja. Damia pulak buat sessi rondaan sesuka hati. Sudahnya kami beralih ke gerai makan lain pulak.

Kami pilih gerai makan terdekat. Gerai ni pun aku lupa namanya. Tapi nak senang cam gerai ni berwarna kuning. Layanan staf pun semuanya mesra-mesra belaka. Memang rasa berbaloilah jugak makan kat gerai ni. Kalau makan sedap layanan teruk rasa makanan tu pun jadi macam hambar. Tapi kalau layanan bagus, masakan pun sedap memang akan naik pada kelas yang tersendiri. Aku syorkan gerai kuning ni kalau kalian nak singgah makan malam kat Tanjung Lumpur! Sedap tak sedap atas tanggungan tekak dan citarasa masing-masing eh! haha...

Sempat aku paksa adik aku posing dengan botol tinge untuk contest. Tapi tak upload pun picca ni. Nantilah kalau aku terhingin nak upload! hahaha...


Hb temankan Damia tengok stok mentah. Kat situ macam-macam ada. Ikan pelbagai jenis, sotong, udang dan ketam kalau tak silap. Pilih je harga makanan ikut saiz dan jenis pilihan anda!
Kalau ke Tanjung Lumpur mesti makan sotong tepung ni! Paling sedap sepanjang umur aku hidup ni. Takde tandingan. Kalau kat KL aku makan sotong tepung macam makan cucur biasa je. Tepungnya kemain banyak, isi sotongnya adalah secuit. Harga dah la mahal, tak sedap pulak. Nak merasa sotong tepung sedap pergilah Tanjung Lumpur! Sekali rasa mahu lagi....
Siakap 3 rasa. Sedap dan meletops!
Kailan ikan masin.
Lauk Damia ayam kunyit, sup dan nasi putih. Damia kan alergik dengan seafood, tak bolehlah nak bagi dia merasa makan sotong tepung sedap tu.
Sessi menggedix pulak. Kat pantai Teluk Cempedak yang indah :)
Ketika mula-mula sampai.
Cubaan Damia buat peace!
Part II ~ habis dah!

6 comments:

maslinamansor said...

memang betul, sotong tepung dari tanjung lumpur adalah yang terbaik mas pernah rasa setakat nie. KL pun tak leh lawan, hancur...!!!

onniey84 said...

ekekek..peace damia mcm alya la..heheh chubby jugak damia...geng alya ni.. ;)

Mama Zharfan said...

me 'hantu' seafood..kecur air liur me tgk pics mknn tu :p

Wansteddy Tales said...

maslina mansor ~ kan... bnyk kedai saya cari kat KL ni xde yg boleh celen sedapnya sotong tepung T. Lumpur :) mmg terbaek!

Wansteddy Tales said...

oniey ~ yep! geng dulu kini selamanya :)

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ kalau x kerana alah ini, hari2 wan nk makan hidangan sotong. next k.suziey pergi kuantan singgah la TL mmg sedap seafood kat situ :)