Nuffnang

Followers

Monday, January 10, 2011

Aku perlu jadi OPTIMISTIK!

Optimistik. Aku kira itu sajalah perisai yang aku ada dalam hadapi kemelut ini. Biarpun terkadang timbul amarah juga dalam sesuatu bab. Tatkala jalur-jalur hasutan melingkari hati. Namun jika diturut kata hati. Aku mati. Mati dalam serba kedaifan akal fikiran. Alangkah ruginya aku nanti... Maka jadilah aku begini. Cubaan bersikap optimis.

Setelah aku google tadi. Aku temui entry berkaitan dengan optimistik. Beliau seorang guru. Rasanya lebih wajar aku kongsikan link beliau disini. Copy paste hak entry beliau bukanlah sikap yang wajar. Kempen Copycat beb, Kempen... hehe... Korang tentu suka membaca kan? Mari fahami maksud optimistik dari pandangan seorang guru, Cikgu Khairiza

Sedikit sahaja yang ingin kupetik dari karangan Cikgu Khairiza... Selebihnya kalian baca melalui entry beliau disini.

"Seseorang yang optimistik ialah orang yang sentiasa mahu melihat sesuatu masalah dengan jangkaan atau harapan baik, dengan erti kata lain sentiasa melihat segala hal daripada sudut kebaikannya."

Marilah bersama kita bersikap optimistik, sentiasa. Cuba jangan tak cuba...

2 comments:

Unknown said...

optimistik tu perlu.. mari selalu berbaik sangka.. ;)

Wansteddy Tales said...

k.yong ~ berbaik sangkalah sikap paling wajar nak tepis fikir yg bukan2 ni :)