Nuffnang

Followers

Tuesday, February 8, 2011

Hadiah sudah dipos & Kegiatan aku pada hari ini

Hari yang terlalu pantas buatku. Masuk pejabat saja, aku tak buka komputer terus, sebaliknya kemas cantikkan meja sendiri yang kelam kelibut, sebab baru pindah ke meja kerja baru. Siap aku panjat meja tahu! Bersungguh-sungguh kerja aku hari ini. Cey ceyyy... Ini pun belum siap sepenuhnya....

Kemudian aku on pc dan semak kerja semalam. Setel. Harini masukkan dalam jadual, mana yang nak didahulukan mana yang akan diatur kemudian. Selesai bab tu barulah sarapan jam 10 pagi tadi hohoho.... Sarapan sendiri je kat meja kerja. Senang, tak perlu turun naik pejabat cari makan.

Sambil makan-makan, K.Yantz request pergi Maju Junction ---> hakak tu nak beli kasut. Aku pun nak menumpang pergi pos hadiah dan borang juga. Jadinya aku makan  penuh gelojoh dan mulakan kerja-kerja membalut bungkusan hadiah.

Lepas pos surat, sempat aku pergi Avon. Ngeh ngeh ngeh.. Sambil menyelam, togok air! Simpulan bahasa aku, jangan ditiru ya adik-adik... nanti tak pas exam BM korang! hohoho.. Cerita lanjutnya di sini...

Selamat pos hadiah untuk Mira. Harap-harap Mira selamat terima hadiahnya dalam minggu ini. Sedang tunggu alamat dari Cik Nigina ;) Pending hadiah yang belum dipos dan disiapkan: Huda dan Anje = code badge. K.Yantz = dolly beserta code badge, dalam proses pembikinan. Selainnya semua dah setel. Alhamdulillah...

Aku dah mulakan sessi menjelajah blog-blog peserta Make Up Ur Entry Contest. Baru selesai baca 2 entry peserta. Yang lain-lain jangan risau.... dari masa ke semasa, aku akan datang kunjung dan baca. Cara pemilihan pemenang berdasarkan entry paling kreatif. Cadangan aku entry tersebut akan di cetak dan dibawa bincang dengan juri jemputan. Pengumuman akan dibuat dalam tempoh seminggu selepas contest tamat. Tak sabar juga nak baca semua entry peserta. Tapi aku nak enjoy nikmati satu persatu hasil bacaan dulu. Tabiat suka membaca dan mengkaji <--- hahahha
 
Sedang menaip entry ini, aku tunda sekejap sebab nak sertai majlis mini sambutan hari lahir K.Teq. Alhamdulillah.. naik setingkat lagi angka dan kematangan usia. Semoga k.Teq ceria-ceria selalu :)

Selepas ni, kerja aku kembali akan berjalan secara normal. Insya'allah... Aku nak mulakan dengan tugasan yang diberi akhir januari sebelum cuti raya cina lalu. Kemudian aku nak selesaikan mana-mana kerja rekabentuk dolly geng 1Klik yang hilang dalam PC lama. Harus aku design semula 8 karektor baru memandangkan aku takde simpanan dalam external hardisk. Rugi sangat. Masa, idea, tenaga terbuang begitu saja.  Sambil-sambil selit kerja header design yang juga hilang. Mommy Phea 2, Eily 1 dan Zarina 1.

Setakat ni dah mulakan berdikit-dikit. Mana yang sempat je design dulu. Kalau terkocoh-kocoh sangat nanti bimbang hasilnya tak seberapa. Aku pun tak nak lagi diserang rasa panik membuak. Jadinya kena kekal tenang dan rileks...

2 comments:

yantz-yeem said...

cpt2 le bikin dolly aku tu yea...hahahaha...weh perfume ko arini buat aku pening lalat2...tu la ko calit byk sgt!!!esok sila pakai sikit je...kang pengsan aku nak dekati ko!muaahahaha

Wansteddy Tales said...

yantz-yeem ~ ongoing! hohoho.... ko jugak yg req nk calit bnyk2 tadi hahaha... bkn kate ko la kak... aku pn pening gak nih!