Sebenarnya nak uruskan kerja lain hari ni. Tapi tak dapat nak teruskan sebelum publish entry ini. Karang idea nak menulis tu hilang hahaha... Kemaruk blog! Dan.. hari ni nak cerita pasal rambut, lagi! Apa kena aku niii.....! Nampak sangat tak puas hati dengan rambut ala Willy Wonka aku ni huhu...
Pagi ini dalam perjalanan nak ke tempat kerja. Aku sempat perhati orang yang lalu kiri kanan jalan. Al Maklum jalan jem. KL ni pada waktu genting, mana jalan yang tak sesak? Kecuali pada hari perayaan, kalau aku sudi tak sambung cuti. Atau pada waktu cuti sekolah. Pergi kerja pun rasa lancar je. Siap boleh buka tingkap dan hulur kepala kat luar menikmati udara pagi. Sebab asap-asap motor dan kereta kurang sedikit macam waktu biasa. Jangan bimbang. Setakat ni, aku belum pernah buang tabiat macam tu lagi la.... hohoho...
Gambar ini aku GooGle
Kisahnya... sedang aku layan perasaan tengah jem tadi. Nampak kelibat sorang kakak ni... aku rasa pangkat kakak kot melihatkan raut wajahnya. Tapi gaya macam adik muda mudi juga. Aku andaikan, kakak yang punya citarasa muda belialah kan... Apa yang buat aku tertarik bukan pada gaya pemakaiannya, tapi tang rambut tu! Panjang mengurai... Aku agak adalah lepas punggung kalau dia tak ikat. Sebab bila ikat tinggi macam tu pun cantik beralun rambut dia singgah ke pinggang. Dengan diwarnakan ala-ala perang macam kat atas, nampak berserilah juga. Suka tengok rambut mengurai tu beralun ikut hayunan langkah dia. Macam kain sutera atau selendang lembut...
Tapi.... aku seriau! Dia tengah lintas jalan waktu tu. Aku imagine... Kalaulah rambut dia tersepit kat motor ke kereta ke... apalah akan jadi agaknya. Silap-silap kena heret atas jalan raya gara-gara rambut! huhu... Nauzubillah... Bukan aku minta jadi kes macam tu. Tapi andaian aku je melihatkan kecuaian kakak tu.
Aku teringat masa kecik-kecik dulu. Aku tonton TV2, masa tu Astro takde lagi yeh. Ada rancangan TV yang siarkan jenis kemalangan yang mengerikan. Aku tak ingatlah rancangan apa. Aku rasa macam Ripley's Believe me or not. Kot. Dalam siaran hari tu. Ada kisah sorang budak perempuan lemas dalam kolam renang gara-gara rambut tersekat dalam lubang sedut keluar air. Sebabkan rambut dia panjang, arus pulak menekan ke dalam, rambut dia bergulung masuk. Bayangkanlah. Kolam besar gitu... confirm tak dapat survive. Seingat aku susah gak la dorang nak keluarkan budak perempuan tu dari kolam. Mungkin kena kerat kot rambut dia. Tapi kes ni sadis sungguh yeh. Sedih aku. Nak bayangkan dalam situasi kita pun rasa ngeri huhu...
Kesimpulan dari kisah hari ni? Berhati-hati dengan rambut panjang. Kecuaian mungkin mengundang padah walaupun kita hanya nak melawa dan tayang rambut je. Owh, tak dikecualikan, baju atau selendang panjang yeh. Pendek kata jenis pakaian yang mengurailah.
7 comments:
uishhh. ssh jugak kalo berambut panjang. ish. ta berani nak magin kak ehhh. (: seram!
Memo Hazel ~ kan... seriau akk tadi memo... akk pndg je kakak td dr dia lintas seberang jalan ke seberang sana. manatau kot2 jd perkara xdiingini ke ---> terlebih prihatin hhahah
hehehhe. tulah pasal kak. kalau ta kuat iman, kehinginan nak simpan rambut panjang pun boleh terpotong d tgh jalan nie. hahaha.
uit.. imagination sungguh!! patut lah jadi designer.. hehee tak pernah mira terfikir orang rambut panjang rambut boleh sekat kat motor .. mira sejak pakai tudung.. lame dah tak rambut panjang
Memo Hazel ~ haahha... hakak ni xblh rmbt pnjg. jd semacam psikologi kot. elok pnjg sikit cpt stress, kepala rs panas. xselesa. lmbt sngt dpt p salon, senang2 zasss sendiri. mcm selalu2 hohoho
Em's Family ~ haih... wan kalu dok diam2 tu kdg2 bkn berfikir sngt, berangan! mula la merapu dok pk yg bkn2. cnthnya macam harini hohoho
huh..bhya kan kak rambut pjg mengurai nie..cantek tetap cantek tapi bhya lak..bek suh pendek je kan..ehehe
Post a Comment