Nuffnang

Followers

Tuesday, March 29, 2011

Makna Cantik

Semalam aku hadiri diskusi berkenaan produk kecantikan. Dari segenap sudut perbincangan dibangkitkan. Dan maaflah aku tak dapat nak kongsikan lebih lanjut. Sepatutnya perbincangan itu haruslah dilabelkan sebagai maklumat sulit. Dan aku pun bukan ingat sangat semua benda yang dibincangkan tu... Terima kasih banyak pada Kak Ayu Arjuna yang perkenalkan aku dengan sessi perbincangan tersebut. Merasa aku jadi panel diskusi walau hanya separuh hari. Berbaloi-baloi...

Ini budak buat opis orang macam opis dia sendiri. Selambaland je nak buat tinjauan merata-rata hohoho...

Terdapat 6 panel jemputan termasuk aku. Apa yang menarik perhatian aku. Apabila soalan berkaitan pandangan tentang isu cantik. Pada pendapat koranglah, macam mana korang menilai seseorang itu cantik? Jujur dari hati korang.

Kalau pendapat aku yang sangat kurang ilmu kecantikan ini. Yalah, aku tak pandai bersolek, buat rujukan di buku dan laman web pun tak tercapai jugak impian nak nampak molek dengan make up tu. Dan lagi aku tak pernah masuk mana-mana bengkel kecantikan. Dengan alasan standart. Takde masa, mahal, takde kawan nak join, dan paling utama. Aku takut aku memalukan diri je sebab aku ni maha slownyer bab make up make up ni hahhahaa....

Rata-rata panel bersetuju, faktor utama kecantikan adalah disebabkan make up. Aku diam saja. Dan ya, aku tak setuju. Dan rata-rata berpendapat perempuan cantik melalui wajahnya yang semulajadi cantik, berhias make up dan lain-lain. Dan itu pun aku tak setuju. Aku diam lagi. Pengerusi nampak kot riak muka aku. Sebab awal diskusi memang aku pasif. Aku tak reti nak lajukan rentak macam yang lain yang nampaknya semulajadi peramah. Atau memang dah ada pengalaman jadi panel diskusi macam tu hohoho....

Bila pengerusi tanyakan pendapat aku pasal cantik. Jujur je aku cakap. Kalau berdiri perempuan cantik depan aku. Belum tentu aku kata dia cantik. Bukan nak menidakkan fakta yang diakui ramai. Tapi aku lebih suka menilai kecantikan dalaman individu itu. Kalau kita dapat rasakan dia ada budi, sopan santun dan tidak ada sikap diskriminasi atau memandang rendah pada yang lain. Aku katakan dia cantik. Walaupun wanita itu tidak bermake up. Walaupun muka bersepuh dek peluh atau benjolan jerawat atau kesan parut. Atau kalaupun hidungnya tidak mancung. Atau kalaupun kulitnya gelap. Aku rasa kecantikan sebenar adalah dari hati. Bukan pada zahiriah semata-mata. Aku tahu jawapan ini tampak tak telus. Tapi lain orang lain pendapat betul? Dan aku secara jujurnya meluahkan apa yang harus diluahkan.

Suatu ketika aku pernah ditanya. Orang Sabah  Sarawak ni  lebih cantik-cantik dari orang Semenanjung kan? Aku diam saja. Mengangguk tidak menggeleng pun tak sampai hati. Aku senyum dan beri jawapan selamat "Entahlah, bengantung kat mata orang kot" Dan jujurnya aku tak suka orang yang melabelkan orang lain cantik atau tidak cantik. Apatah lagi yang berkata itu kategori molek rupa paras. Dan yang diselar itu kurang sikit bergaya. Bagi pihak yang dikata itu, aku rasa tersinggung hati. Kalau awak cantik, toksah melabel orang lain hodoh. Sebab orang cantik, belum tentu indah bentuk hatinya. Dan orang hodoh belum tentu buruk perilakunya. 

Kadang kala aku benci tengok filem yang membariskan pelakon hodoh untuk watak jahat semata-mata nak menyakinkan penonton si jahat mestilah berwajah jelik dan hodoh. Macamlah orang hodoh ni buruk laku sangat. Dan macamlah orang cantik tu baik budi semuanya. Tapi aku takdelah kata orang cantik tu tak bagus. Baik budi adalah terbaik dan kecantikan yang dimiliki adalah bonus. Siapa tak suka nampak cantik dan diakui ramai kan?

Maka kalau perempuan cantik berbudi bahasa pula, aku katakan dia wanita sempurna yang cantik yang indah. Aku suka tengok individu yang berani bergaya. Kalau dia sanggup mengenakan blusher yang padat merahnya, kalau bulu matanya lentik berlebihan, kalau rambutnya punya tocang serabut dan unik. Aku kata ia cantik. 1st ekspresi kecantikan aku pada subjek-subjek unik tersebut. Bukanlah pada wajah luaran semata-mata.

Tapi ya, walaupun aku tak kenali Sofea Jane. Aku katakan dia cantik. Kerana dalam ramai-ramai artis di Malaysia ini dialah pelopor yang berani tampil huduh untuk hidupkan watak. Sebagai contoh. Ketika dia memendekkan rambut untuk watak tomboi filem Cinta Kita. Sedangkan ketika itu ramai artis yang tak suka berambut pendek. Dan aku suka karektor wanita malangnya dalam Wanita dotdotdot sebab Sofea sudi menghitamkan kulitnya semata nak menjiwai watak wanita kampung yang berkulit sawo matang. Walaupun Sofea Jane tampil hodoh (pada pandangan orang lain) dalam kedua filem itu. Aku masih rasakan dia cantik. Keluhuran Sofea menjiwai wataknya yang mengkagumkan aku.

Tapi lain orang lain selera. Sekali lagi aku sebutkan. Maka untuk ketahui pendapat kalian, Jemputlah tepuk dada dan tanya selera. Macam mana korang rungkaikan istilah cantik di mata korang.

Diakhir diskusi, aku dah dapat sesuaikan diri. Rasa macam kenal lama dengan semua panel. Dan lebih menarik... Untuk diskusi selama hampir 4 jam aku dapat imbuhan RM200 cash! Masih selamat tersimpan dalam sampul di dalam handbag kuning aku hehe... Alhamdulillah...

1 comment:

Bukan Bidadari said...

cantik = sweet..... bg aku....