Hadiah yang sangat bermakna tahun ini. Terpilih sebagai pemenang ketiga Beautymate Luxury Designer Bag Contest Exclusive 7-11. Hadiah yang dimenangi sebuah beg GUCCI bernilai RM2500! Alhamdulillah... Rezeki tahun ini. Bersama hubby, aku ambil hadiah ini di pejabat Tongee kat Segambut selasa lepas.
Bersama pengurus dan admin yang sangat mesra dan baik, Cik Yen (berdiri kanan sekali). Seingat aku CikYen hubungi aku pada jumaat dua minggu lepas. Pada mulanya aku boleh jawab biasa lagi bila Cik Yen perkenalkan diri dan maklumkan aku pemenang tempat ketiga. Tapi bila Cik Yen bagitahu hadiahnya merupakan sebuah beg GUCCI... bernilai RM2500 pulak tu... Tergamam aku beberapa saat! Memang tak tahu nak jawab apa, okey... rasa penuh terharu. Gembira. Terkejut. Semua dalam pakej waktu tu. Tapi bagusnya Cik Yen ni, sabar je layan ke'blur'an aku waktu tu. Tak lupa waktu kami nak ke pejabat Tongee, Cik Yen sudi jemput kami di persimpangan jalan, tunjukkan arahnya. Superb! Trimas Cik Yen dan semua admin yang terlibat. Kalian memang terbaik!
Bergambar kenangan bersama pengurus Tongee. Terima kasih banyak sebab sudi luangkan masa melayan kami :D
Pakaging Gucci beg. Nampak je kecik kan. Tapi beg Gucci ni sebenarnya bersaiz besar. Boleh muatkan banyak barang dalamnya. Alangkan paperbag dan beg simpanan pun cantik, smart dan kemas begini. Bayangkan isi dalamnya :)
Inilah rupa Bag Gucci bernilai RM2500! Memang sedap dipegang, dipeluk dan ditelek sesungguhnya. Sampaikan nak pegang pun main hujung-hujung jari je sebab sayang hehe... Aura Gucci ni buatkan aku rasa mewah dan cantik serta merta! hahahha... Patutlah orang perempuan high fesyen sanggup ikat perut demi handbag mahal-mahalkan... Kepuasan memilikinya tu... memang tak terkata!
Isi dalamnya. Terdapat sebuah poket besar. Jujurnya handbag aku yang paling mahal pun leader bag berjenama Armani Exchange bernilai RM1330.00. Ada aku ceritakan dalam entry bertajuk: Armani Exchange. Itupun redeem voucher Club 21 hadiah tempat kedua sempena sertai contest Häagen-Dazs tahun lepas. Kisahnya dalam entry bertajuk: Häagen-Dazs contest. Menangi beg Gucci ni bagaikan mimpi jadi kenyataan. Dan sejujurnya aku tak pernah terfikir dapat sentuh apa lagi memiliki sendiri beg Gucci! Bersyukur sangat atas kemenangan ini.
Sebelum balik, Cik Yen temankan kami keluar. Sempat Cik Yen maklumkan, slogan yang aku berikan memang bagus. Bagi comper yang tahu kelemahan diri. Contest slogan kreatif aku memang tak yakin dapat raih sebarang hadiah. Tapi bila admin sendiri katakan demikian, memang jadi pemangkin dan kuatkan semangat aku untuk berusaha lagi!
Menyebut dengan yakin ungkapan pelakon cantik, Fazura...
"OMG! Oh my gucci! Oh my gucci!"
35 comments:
tahniah wan...seyes tumpang happy gak
tahniah wan..bestnyeeee
o my gucci.....best tu hadiah..
congrats dear!!!
tahniahhhhhhhhh..besnyaaa dapat handbag mmg berbaloi sbb wan sgt rajin join contest kan
pergh...ko pakai aku pun takut nak pegang hahaha..mn tau mse tu tgn aku bau belacan...wah byk le koleksi handbag ko tahun nie...sib baik budak opis kita nie jenis x melaram..cuba kalo ko dok kat PDN ke...GSPI ke...haaaaa...mse tu mmg diorang akn salute kat ko mekwan...hahahaha
wah.. bestnya.. tahniah
bestnya..
untungkan ada bakat tulis slogan nie..
tahniah,..
terbaik..congrats!!
wahhhhh..yg ni snagat jeles. sebab tengah hendap beg gucci tapi hubby kata mahal ler..huhuhu..
kontest aper ni wan???
kita layu ler skrang kontest ni xtau naper..blog kontest pun kita x join dah sekarang..huhuhu
Wan tahniah yer di atas kemenangan beg tangan OMGucci ni mmg sgt mengujakan..mtk2 lps ni aura nak menang hadiah yg besh2 bole lah tempias sama kat Su..
Wan nak inform kat wan u pon mng hadiah saguhati untuk movie green lantern kat website Tupai.Su pon dpt saguhati gak.Tapi Su ada question boleh tak bagi alamat nak amik hadiah dr tupai tu..sbb opis Su blocklah takleh bukak.
Trimas yer Wan...
rgds,
Su
congrats wan!! byk wan menang hadiha besh2 thn ni :)
tahniah wan.... kena menuntut ilmu kat wan ni...
Tahniah wan. Rejeki betul lah...byk dpt hadiah yg best².
salam Wan..Tahniah!!
wa sangat kagum same lu la wei hahahaah :) -- cube menjadi ganas sebenarnyer..
mira @ ibu emir
Tahniah Su! Wan pun xtau nak trace camne. Biasa tu Tupai.com letak alamat dan map kat dalam entry. Last week wan redeem hadiah pun rujuk dalam blog tupai. ada je alamatnya kat situ. Cuba Su email pada dorang ya. Mesti dorang boleh emailkan map dan alamat penuh. :)
Congrats Wan!.. Jeles..jeles ni..:) selamat bergaya Ms Gucci..huhu
wan!! congrats...bestnye
Trimas Adyshariz :D
Trimas YanaDzul :D
Mummy Ayu ~ Trimas Ayu. mmg... terharu wan rasa kali ni ^^
Cik Puan Nurul ~ jujurnya tak juga Nurul. ikut mood dan masa. kalau bz dgn kerja mmg xsmpt nk usik contest2 ni :)
yantz-yeem ~ join utk sonok2 beb. kalau timbul rasa riak, niat menunjuk tu yg buat aku risau. takut aku pikir2 balik. lagipn ko bkn xtau aku... mana layan trendy2 fesyen ni. aku bawa style sendiri je hohoho
Trimas IntaN BerliaN :D
Cute MuM ~ jujurnya Uyun, wan mmg xconfident sloggy contest ni. juz tibai apa yg perlu :)
Trimas shida syakirin :D
Bionic women ~ trimas eily. ini contest beautymate bersama 7Eleven. lama contest ni. dari bulan 4 ke bln 6 rasanya. bagusnya pengumuman dia cepat je. jom la join eily, jgn patah semangat. bila ada mood tu pulun sebanyak mungkin. wan pn selalu curi2 masa layan contest. kerja melambak aduduuuuu
Mama Zharfan ~ trimas k.suziey. alhamdulillah rezeki Damia juga ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu, amin...
siti nurkhijah ~ Trimas CT, malu nak ngajar wan sndri bnyk lg nk kena study. tp apa yg ada wan share je ;D
fiza ~ alhamdulillah Fiza. rezeki anak juga ni. mudah2an murahlah rezeki selalu, amin...
♥♥azatiesayang ♥♥ ~ trimas k.atie :D
Em's Family ~ mira yg kreatif, wan bet kalau mira pun join, xde masalah nak menang besar jugak, confirm :D
Soo Bakery ~ esok2 su join contest dan menang besar juga, insya'allah :) sama2 kita aminkan ya
CaDLyNN ~ trimas Lynn... Lynn la antara geng blogger penggalak dan memberi inspirasi kat wan :D
wa harap su terima mesej ni, alamat Tupai.com:
cinema online
jalan SS 4D/2,
47301 Petaling Jaya
good luck ya Su,
sori delay jawab. wan baru terima alamat lengkap petang ni huhu
Post a Comment