Nuffnang

Followers

Tuesday, May 29, 2012

Kisah kemenangan dalam surat khabar The Sun!

Terima kasih pada Franco, member FB yang sudi upload dan tag gambar ni dalam facebook. Tak sangka gambar sendiri masuk surat khabar. Keratan ni tentang kisah menang contest anjuran pasaraya Hero dan produk Marigold. Wan menang sebuah televisyen Toshiba Regza bersaiz 40"! Dalam event tu takde wartawan pun, hanya kakitangan Marigold dan Pasaraya Hero yang sentiasa melayan mesra semua pemenang dan keluarga. Sebab tu Wan tak sangka pun cerita ni akan masuk surat khabar. 

Kisah pasal kemenangan tu ada Wan ceritakan dalam entry bertajuk: Won Grand Prize Marigold Fair Contest!

Surat khabar The Sun semalam. Harap-harap dapat copy yang asli. Boleh simpan keratan ni. Ini kali kedua gambar sendiri masuk paper sempena join contest. Alhamdulillah... rezeki dengan sertai contest ni memang banyak keuntungannya. Pada kawan-kawan yang masih ragu-ragu, cubalah contest kecil-kecilan. Sertai contest yang mana rasa mampu dicuba. Ada bermacam jenis contest sekarang. Jenis free tanpa sebarang pembelian. Jenis slogan, lukisan, lucky draw dan lain-lain lagi. Insya'allah sekali menang tu akan buatkan kita lebih bersemangat nak cuba dan cuba lagi. Putus asa tu jangan tanamkan dalam hati. Rezeki tu kalau Tuhan nak bagi, sekepuk emas DIA kasi. Yang penting usaha, doa dan tawakal... jangan dilupakan.

7 comments:

CaDLyNN said...

wan! lin ade bace smlm...
paper tu ade kat umah..eehehehe...congrats ye! :)

Wansteddy Tales said...

Thanx lin! wan xsempat amik paper the sun ni smlm. xmerayap ke mana pn lg pn wan ingtkn paper ni keluar hari jumaat haha

juanita said...

Hai awak..

Sejak baca blog awak & dr. Suzi saya semakin semangat nak masuk contest :)
teruskan sharing yaaa
TQ.

Cutemama1702 said...

wah besh nyer gambar keluar paper...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

aah ila pun cuba2 dulu.. ila nak panjangkan list big winning contest mcm wan, mz, kak ayu, mira, ezz...

Bukan Bidadari said...

gelemer gitu...

Nur-nba said...

Tahniah.. Memang betul, usaha tangga kejayaan..