Nuffnang

Followers

Friday, April 11, 2014

Isu Ciplak Jenama FAREEDA... Nyata Jelita

Isu terkini yang paling hangat diperkatakan. Soal rampasan tudung ciplak produk Fareeda. Melihatkan kesungguhan pemiliknya buat tindakan seperti rampas dan saman barulah buka balik mata orang ramai isu ciplak dan hak cipta ni. Sebelum ni dah ramai orang berkompang pasal isu ciplak-ciplak ni. Bukan ciplak dalam bidang fesyen je. Aku yang terlibat dalam bidang grafik, buat design ke lukis kartun ke, PUN ada yang tiru. Tiru style, tiru cara drawing dan lain-lain. Dan bila kita bising menegakkan hak. Kan tampil mereka-mereka yang jenis hati kering menafikan. Dan berkat kesungguhan memasing akhirnya yang batil itu ditegakkan. Faham ke istilah halal haram? Curi kan haram. CIPLAK tu sama denganlah maksudnya dengan CURI. 

Tapi kita kata... Ah, tiru sikit je. Bukan copy semua. Bukan amik corak sama macam kain dia. Bukan guna material kain yang sama dengan dia. Bukan guna warna yang sama. Dia letak 3 layer. Lapisan satu bewarna kuning, lapisan kedua bewarna pink dan ketiga purple. Kita terbalikkanlah. Kita campur-campur warnanya. Guna je kain jenis lain. Guna span jenis lain ke.... Tambah batu.... Tambah manik dah... jadi patern kita sendiri. TAPI, bukankah kita follow idea perekanya? Bukankah kita google kat internet gambarnya. Belek-belek jenis kainnya sampai lebam. Dengan harapan kita mencipta tudung fareeda baru dengan harga lebih berpatutan. Beza RM50 ke RM170 contohnya dari harga asal tudung berjenama Fareeda. 

Fikirkan apa yang tokey Fareeda ni buat untuk melariskan produknya. Buat contest dengan hadiah lumayan. Supaya orang makin kenal jenamanya. Bina design billboard, bayar dan papar di jalan-jalan raya besar supaya orang boleh ingat produknya. Upah buat poster dan website, itu tak termasuk lagi bayaran promosi bergerak, upah model untuk shooting dan segala macam benda yang menggunakan DUIT untuk melariskan jenamanya. Tup-tup masuk di pasaran jenama Mak Bedah entah dari mana-mana, papar je iklan dengan tajuk "Tudung Ala Fareeda" dengan gambar tudung ciptaannya dan model tudung Fareeda disebelah. Terus laris beribu ringgit tanpa banyak usaha pun. Tak perlu labur ribuan ringgit nak dapatkan pelanggan. Cukup sekadar buka blog dan facebook dengan tagline "Nyata Lawa Macam Faridah" terus menangkap ramai pelanggan tetap. Untung nasip boleh buka cawangan lagi! CONTOH, contoh aku kata... Jangan dispekulasikan stetmen yang aku ada-adakan itu. Dan jika benar pun ada jenama Kak Bedah mungkin kerana klisenya nama itu dengan jenama Fareeda. Sinikal sekali sekala.

Fareeda dah kemukakan jenis rekabentuk dan material yang digunakan dalam hak cipta milik mereka. Rasanya dah bertahun dorang bagi amaran nak saman orang. Tapi makin menjadi-jadi pula kes ciplak ni. Yelah... orang lain pun nak berniaga juga. Nak kaya juga dengan jual tudung. Tapi salahguna cara. Manipulasi situasi orang lain. Pergunakan kelebihan yang ada pada pihak lain. Cari untung atas usaha-usaha orang. Salah tu. Ciplak tetap ciplak. 

Ah ya, semalam masa membeli belah di NRE (Ya... terbeli dan terover budget semalam huhu...), aku perasan banyak kedai tudung tak beroperasi macam biasa. Kalau ada pun jauh terperosok nun dalam ceruk-ceruk tempat. Aku tak pastilah kalau design tudung mereka tu menyerupai design Fareeda memandangkan aku sendiri pun tak pernah ambil berat pasal produk Fareeda ni. Yang pilunya bila nak cari jenis tudung kat satu stall ni, budak yang selalu berniaga tu bagitau "Kalau akak nak beli tudung jenis tu, atau jenis ni, kena pergi ke belakang. Kami dah 5,6 kali keluar masukkan tudung ni dalam van." Mungkin sebab aku lambat pick up. Aku fikir dia simpan tudung tu sebab hari nak hujan. Memang mendung pun semalam. Hujan pun lebat waktu petangnya. Yang musykilnya banyak je lagi tudung-tudung corak lain tergantung molek kat ampaian segera dorang tu. Aku tak beli pun tudung kat dorang, sebab takde saiz besar yang aku nak hadiahkan untuk mak. Sudahnya aku beli je tudung lecra berjenama makcik seseorang di kedai lain. Harga berganda murah dari butik Fareeda tentunya.

Sejujurnya aku tak pernah lagi pakai tudung Fareeda, hatta mencuba, apatah lagi membeli mana-mana tudung berjenama Fareeda. Pada suatu ketika, bila mana aku ketagih nak pakai tudung berawning ala-ala Fareeda, aku tak pergi ke butiknya. Aku cari di pasar-pasar malam, nak merasa tudung mahal sikit, pergi la kat butik-butik. Harga dalam lingkungan RM50 ke RM80. Uiii... cukup mahal bagi aku. Dan bila kusarung, terasa bagaikan "Waaaa... besh betul pakai tudung mahal ni." Walhal selang seminggu dua, bila basuh, renyuk dalam bakul baju. Iron balik, aku tengok dah hilang seri mahalnya. Kerana itu aku tak berhajat membeli Fareeda walaupun puas direkomenkan oleh kawan-kawan gila fesyen sama ada di facebook, blog mahupun rakan sepejabat. Aku tau, kalau masuk pun butik Fareeda, aku keluar balik dengan tangan kosong. Harga dalam lingkungan RM150 DAN ke atas untuk sehelai sahaja. "Urgh... Too expensive to me." Kan hakak dah speaking London. Aku boleh beli 3 hingga ke 5 helai tudung baru dengan harga yang sama, jenamanya sebarangan saja. Sememangnya tak setanding jenama Fareeda yang bukan saja gah pada nama, bahkan pada kualitinya. Dan lagi bila berselisih dengan kaki Fareeda, mereka tahu, mereka boleh cam tudung yang aku gayakan bukan Fareeda. Kerana aura Fareeda hanya mereka-mereka yang mengumpul dan membelinya sahaja yang tahu akan kuasanya. Efek ekslusif sudah semestinya.


Beberapa kali juga bila klik website Fareeda, aku akan survey jenis-jenis tudung macam ni. Cantik ni. Boleh pakai hari Khamis sebab ada elemen batik. Orang kerja Kerajaan kan kena pakai batik setiap Khamis. Masalahnya sejak mengenal PopLook aku tak pakai dah baju kurung ke pejabat. Sampai kena perli berialah dengan warga opis yang suka bergaya tu. Tak menepati etika berpakaianlah. Blouse entah apa-apalah. Gosipkan pasal fesyen aku kat member opis lain. Senyap-senyap jumpa aku tanya brand dan website. Eh... nak survey jugak brand baju fav aku ni ke.... Sampai tak pasal-pasal website poplook pun kena block gara-gara jadi antara bahan carian tertinggi kat pejabat. Tulah... lain kali tak suka jangan kutuk sebarangan. Tah bila-bila masa Tuhan boleh ubah minat dan keinginan kita pada benda yang kita tak suka. Kan dah malu sendiri kantoi bila orang tau yang awak pun dah tergila-gila pada apa yang aku suka. Bahasa ringkasnya: Orang kalau mengata tu selalunya sebab jeles. Dia pun mau, tapi malu nak mengaku. Selingan kisah Fareeda haha...

Aku selalu berharap satu hari nanti Fareeda turunkan banyak sikit harga tudungnya. Sesak nafasku nak labur cash demi sehelai tudung je. Harga sehelai boleh kubeli 3,4 pasang baju kat PopLook. Nakkkk jugak mention website tu ahaha... Memang kadang-kadang Fareeda buat jualan borong produknya. Tapi hakak kau tak sanggup perhabis barang 3,4 jam beratur lama nak beli koleksi tudung idaman. Ramai je yang sanggup bersengkang mata dek semata-mata demi tudung berjenama tu. Tak suka boleh jual balik dengan harga asal. Masyukkk... pasti masyuk sebab brand ni antara hot item. Automatik rasa diri lawa. Nak merasa cantik jelita beli saja tudung Fareeda. Kena-kenalah sangat dengan taglinenya Fareeda... Nyata jelita. Perhabiskan duit sekali sekala, tak mengapa haha...

Kesimpulannya: hakak sokong tindakan Fareeda menegakkan hak mereka dalam isu ciplak ni. Semoga beri pedoman kepada orang ramai. Kelebihannya mungkin boleh melahirkan pencipta design tudung berjenama baru dalam pasaran. Malaysia BOLEH! (Tagline 1Malaysia).

I Hate CopyCat! FREE BADGE for all of you!



7 comments:

iamryne said...

Well said..kita pon hantu poppy sekarang..tp masih berpada pada lagi..fareeda??masuk butik dia pon tak pernah..sebab tau mesti tak beli..hehe

Wansteddy Tales said...

iamryne sebab jenama ciplak pn guna material yang sedap dipakai. harga jauh lebih murah. sebab tu xhairan kalau ada yg beralih arah pd produk selain fareeda. Myb company tu dah patut fikirkan strategi kurangkan harga produk kan ;)

Ezna Khalili said...

jenama ni harganya makhaihhhhh mencekik....dulu harga bole tahan lagi. Now macam tak boleh tahan...hihihihi :-)

Wansteddy Tales said...

Kak Ezna, ada cadangan dr fan FAreeda turunkan sikit harga tudung dgn nilai yg lebih rendah, kualiti kurang sikit dr yg sedia ada xpe jugak. Tp pengasasnya mcm xsuka dgn idea tu. Kdg2 kita sebagai pencipta produk/jenama perlu mendgr juga suara pembeli. juz pndangan duaposen saye hehe

Amirrah Othman said...

Mmg xboleh tahan harganya...nasibla mmg xbjiwa pon.. Hihihi

Wansteddy Tales said...

Amirrah Othman, bahkn tudung2 yg jual online tu pn, kalau jual harga sendu2 mahalnya, mmg xterkuis nak klik beli ahahah

Wansteddy Tales said...

Amirrah Othman, bahkn tudung2 yg jual online tu pn, kalau jual harga sendu2 mahalnya, mmg xterkuis nak klik beli ahahah