Nuffnang

Followers

Friday, August 29, 2014

JEZEL PopLook FOR SALE

For sale~ Dark grey JEZEL. NWT. Saiz L. RM99. FOC delivery. 

Ada sesiapa berminat nak pakai Jezel? Jom beli dengan daku. Jual balik harga Poplook tapi tak amik charge delivery. Sapa nak boleh pm kat FB laju-laju. 1st come 1 st serve, chewah!

Kenapa jual? Terlalu panjang untuk perempuan rendang macam aku. Maleh nak pergi alter kat kedai baju. Takut jadi macam dress Luna Poplook dulu. Suruh potong, dia potong ciput, biar labuh jugak. Suruh jahit lace, macam nak tak nak. Jelas nampak bekas benang setempek sekitar lace! Membazir duit bayar berpuluh sebab khidmat acuh tak acuh camtu je. Cis~! Dan saiz Jezel L ni agak besar untuk daku. Tak serik-serik, selalu silap pilih saiz. Biasanya amik ukuran M, gatai nak beli L. Ke sudahnya terlajak besar. 


Wednesday, August 27, 2014

Lukisan mewarna

Menjejak hasil lukisan sendiri. Itu pun terfikir nak cari balik setelah bos Library maklumkan terjumpa lukisan aku secara online. Kebetulan aku ke bilik bos nak pass gambar raya anjuran admin dan kementerian minggu lepas. Tup-tup terpandang kat atas meja beliau sebuah lukisan hitam putih. Cam kenalll je macam kenallll je. Sah! Lukisan lamaku~ Haha... Nostalgik sungguh. Malu pun ada. Skil zaman muda belia dulu, teruk sungguh. Tutup muka! haha...

Lukisan ni semua sempena projek buku mewarna anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Sampai sekarang, masih dicari-cari lagi sementelah ada ahli Panitia sharing dalam blogspot Sk Parit Kasan. Mungkin drawing tu dorang amik dari buku mewarna dan scan.  Aku copy dan adjuz balik lighting supaya gambar lebih terang. Tapi tak dapat yang sama dengan kualiti asal. Nak kena geledah balik folder lama artwork-artwok zaman bekerja kat Jabatan Penerangan dulu. Sekarang  kat Kementerian baru ni, mana buat dah projek buku-buku mewarna ni. Nawaitu nak buat tu memang selalu ada, untuk suka-suka je. Tup-tup dapat offer, sementelah bos Library mintak tolong hasilkan 2 drawing baru sempena bulan kemerdekaan. Projek baru? masih dalam proses research dan sketching.

Sementara tu layan dulu drawing lama ni. Tengoklah bila mood bagus, aku cari balik drawing asal yang lama-lama. Boleh la sharing dalam blog.

Rasa macam nak lukis balik versi baru 3 Malaysian girl ni. Maaflah inking serabut. Memang tangan keras aku ni haha...

Lukisan ni antara fav aku sendiri, sebab aku study betul masa nak create line bangunan tu. Sebelum tu kemain banyak sketch bangunan dan kereta aku buat, untuk praktis. Serius, tangan aku keras lukis benda tak hidup. Esp bangunan dan kereta. Aku suka lukis orang je, terutama sekali perempuan. Dari zaman sekolah cenggini. 

Ni pun salah satu drawing fav aku. Inspirasi dari drawing buku mewarna Winnie the Pooh karektor Pooh bersama Tigger dan Piglet. Tapi kurang sesuai budak 3 tahun nak warnakan. Banyak sangat elemen nak kena kaler. Teringat satu ketika aku nampak ada budak warnakan muka budak bawak kompas tu dengan warna hijau. Oh, inspirasi dari watak The Hulk gamaknya haha... Tapi aku memang enjoy tengok budak-budak mewarna. Suatu kepuasan tak terucapkan kat situ :)

Antara lukisan fav kengkawan aku. Lukisan ni memula dulu jadi drawing tetap join contest. Lepas tu baru drawing yang satu lagi tu jadi fav dorang. Sejak masuk member opis baru, takde dah khidmat melukis aku diperlukan. Mamat tu memang otai drawing kartun. Aku banyak gak study drawing dengan Zaiman. Dan sampai sekarang still admire bakat drawing kartun beliau.

Ok tu je dapat aku share. Entah bila dan kat mana nak carik drawing lain tah la. Ada masa aku cer try test cari. So far enjoy je dulu hasil yang ada ni. Er... kurang sesuai untuk buat naskah mewarna, sebab kualiti kurang, file kecik. Kalau aku jumpa actual lukisan. Aku scan dan sharing semula, insya'allah...


Tuesday, August 26, 2014

ZAWARA nan gorgeous!

Sejak bila ek aku suka pakai shawl? Dulu langsung tak suka. TAK SUKA. GETIK. MELUAT. Dan seantero dengannya. Aku tak suka benda melilit. Tak betah cucuk mencucuk pin. Semua tak suka. Bila kawan hadiahkan shawl. Aku simpan je dalam almari, dengan nawaitu satu hari nanti aku pakai.  Satu hari nanti... Makan bertahun tak tercapai juga hasrat tersebut. Akhirnya tahun ni terbuka hati nak pakai shawl. Itu pun aku lupa, bila? Yang aku tahu, Sekali aku pakai, esok lusa tulat sampai sekarang aku dah jadi pemakai dan pengumpul shawl: tegar. Bahkan ada shawl yang aku beli tapi tak pakai-pakai lagi sebab tak dapat nak match baju sedia ada. Pemboros (mengaku).

Shawl ni kalau kena dengan brandnya ada yang mahal menggila. Ada yang luar biasa murah tak kena dengan kualitinya. Selalunya aku beli shawl di PopLook. Kebanyakan shawl kat PopLook sekitar RM29 ke RM32 dan lebih. Bila datang ketagihan memboros tu, entah apa-apa design pun aku borong. Selain tu beli je kat jualan langsung kat bawah pejabat atau seberang bangunan. Kena yang cun, mahal pula. Yang simple pun kadang tu terlajak mahal. So pandai-pandailah nak tawar menawar. Sebab kadang tu ada harga yang terlampau mahal, tapi hakikatnya kalau pandai bodek seller, dapat beli dengan harga mendadak murah. 

Pertama kali beli produk Zawara: masa tu bulan puasa, ada sale kalau tak salah. Inilah shawlnya. Tamara. RM39 harga promosinya. Tengok model yang cun melecun dok posing anggun, aku pun tanam akal nak bergaya camtu. Konon. Target nak Pink Powder, awal-awal dah sold out, cis~! So dengan penuh perasaan rawannya redho jugak dengan saki baki pilihan yang ada. Kebetulan aku memang takde lagi shawl kaler silver. Dan baju raya Damia pula Pink/silver. Jadi besar harapan emaknya Damia cari baju raya kaler pink nak match dengan baju raya Mia. Nak lagi besh. Jumpa brand baju sama dengan Mia masa pusing-pusing kat Jalan TAR bulan lepas. Sila rujuk gambar aku berposing dengan props raya kat atas haha...

Apa yang buat aku kagum. Pakaging Zawara. Selama ni beli dengan PopLook, rasa dah terjaga dah pakaging dia. Rupanya pakaging Zawara lagi mengamalkan ciri selamat. Guna plastik dan cover pula dengan kotak. Patutlah charge delivery mahal. Redho je bayar RM9 tu, janji barang kita selamat sampai.

Anzalina duta ZAWARA. Dress Adalia yang gorgeos, so far aku lebih tertarik pada shawl compare dress ZAWARA. Memang ngamlah pilih Anzalina jadi duta ZAWARA. Pakai apa pun nampak segak je.

Latest produk dari ZAWARA, shawl SAFA two tone. So far belum niat nak beli lagi. Aku dah buat personal request lagi kat admin FB ZAWARA, restock balik TAMARA. Gian nak kumpul color lain haha... Oh ya, produk ZAWARA ni boleh beli kat butik dorang di laman webnya ZAWARA atau beli online saja. Senang, cepat dan menjimatkan masa dan duit minyak kereta, for sure :)

Happy hunting~!


Wednesday, August 20, 2014

Ketagihan teknologi

Sebelum keluar rumah tadi, isi perut dengan air masak. Sunnah Nabi SAW, nak minum air, kena duduk. Maka aku pun amik masa seminit dua teguk air secawan. (Makluman: hakak tak suka air masak, demi kurus paksarela kuteguk jugak). 

Elektrik semua dah tutup, yang tinggal lampu depan je. Waktu tu kedengaran detik jam tik tik tik... Tak semena-mena terkenang hidup di zaman kanak-kanak. Memang hidup selalu rasa sunyi dan kosong bila takde teman di ajak bermain. Kadang-kadang aku duduk berteleku memandang jam dinding sambil perhatikan saja jarumnya bergerak. Melayan bunyi detikan yang konsisten. Menikmati suasana sunyi yang mengkhayalkan. 

Itu aku semasa kecik. Budak kecik sekarang, tak sunyi dengan segala macam bentuk hiburan. Tak dapat TV, video game, PSP, ipad2, henset dan lain-lain lagi. Segala macam sumber hiburan ada. Sekali-sekala kita ajak duduk berlibur tak buat apa-apa. Tak betah. Rasa kosong dan tak boleh hidup. Teknologi menggerakkan segalanya. 

Teknologi juga membunuh perasaan untuk menikmati hari-hari kita secara alami. Dan sebenarnya orang yang menulis ini pun secara jujurnya tak boleh hidup tanpa henset dan komputer. Kalau takde gadget ni, tak jalan kerja. Haih~

Wednesday, August 13, 2014

Header Raya

Ui, orang raya dah nak habis. Aku baru nak ubah header raya. Sesuka hati je haha... Ala-ala design kad jemputan untuk Bahagian, aku upgrade jadi header blog sama. Besh tak besh belakang kira. 

Yang ni pula design kad jemputan untuk Cawangan Pentadbiran. Design asal cenggini ler. Tapi hakak malas, amik je cantum-cantum design buat header sendiri. Janji berganti langsir baru akak tahun ni. Okeh, sambung kerja~

Wednesday, August 6, 2014

Tutup facebook kerana stalker gila!


Buat sementara waktu aku tutup facebook. Rasa tak gembira sangat. Sebab banyak maklumat contest datang dari sana. Sepanjang 2 hari tutup akaun ni, langsung takde member facebook cari. Langsung takde. Sedangkan ada gak nombor phone aku kat simpanan dorang kot. Terasa hakak.... Sobsobsob... 

Nampak sangat kenalan dunia maya dan nyata ni sangat berbeza. Yang maya, kegunaannya untuk penampilan luaran saja. perlu bantuan, baru datang cari kita. Kalau rasa tak perlu, jangan nak tanya khabar. Nak jengah kita apatah pula. Berbeza dengan kenalan di dunia nyata, dorang pasti cari kalau kita hilang 2,3 hari WAKTU BEKERJA. Sebab kalau hilang, cuti kena tolak automatik. Cis~! Makanya tak boleh ponteng kerja. Benci aku.

Takdelah sentap sangat orang tak peduli. Aku gurau je. Tapi kecik hati jugak. Eh, macam ayat psiko! hahaha....

Kenapa tutup? Biarlah rahsia dulu. Tapi memang takde kaitan dengan isu contest pun. Bukan kena stalk pasal contest. Sapeeeeelah aku kan... aku bukan comper femossss. Picisan macam aku, kalau hilang pun orang tak amik kisah pun. Ah, cliche betul. Tengah menaip iTunes melagukan nyanyian Najwa Latiff "Hilang" elok berkumandang. Mood menaip lebih rancak dalam sendu dan rajuk. Ewah ewah...

Tolong doakan urusan aku dan keluarga dipermudahkan. Doakan kami dilindungi yang Maha Esa. Getir dengan ujian ini. Tapi takkan sesekali menyerah. 

Kepada mamat stalker ni. Aku tau kerja ko 2,3 hari ni takde lain, tak habis-habis stalk famili dan kawan-kawan kami je. Aku tak tutup blog ni. Biar kau baca. Sebab orang gila macam kau tentu meroyan macam cacing kepanasan kan.

Amaran keras pada kau. 

Sekali kau silap tingkah, jangan menyesal kami ambil tindakan!
Cukup-cukuplah jadi perosak hidup keluarga orang.