Nuffnang

Followers

Wednesday, January 21, 2015

Minyak angin AROMATERAPI

Mata hakak selalu keluar air. Tengah-tengah buat kerja, tiba-tiba air mata berlinangan tanpa disedari. Eh, kenapa aku nangis ni? Walhal takde touching kat apa-apa pun. Rupanya sebab kepala selalu rasa panas. Bilik pejabat hakak ni memang panas. Rasa macam dipanggang hari-hari. Sebab tu tak pelikkan kenapa iMac hakak boleh buat hal dulu. Sedangkan kepala kita ni pun kalau boleh dilihat, naik wap-wap berasap. Apatah lagi komputer yang perlukan ruang sejuk.

Ok, berbalik pada tajuk. Sejak dik Noni warga Unit Agropreneur Muda sharing produk jualannya ni, tiap kali offer, tiap kali tu hakak beli. Berbaloi. Oles sikit saja kat belakang leher atau atas dahi, terus rasa mencerlang kelopak mata! Segar terus sebab aromaterapi ni sejenis minyak angin yang memang menyegarkan.

Mula-mula dulu hakak beli Safe Care: Mind & Spirit Aromatherapy. Oil sebelah kanan tu. Kalau mengantuk memang elok sapu kat kepala. Hilang kantuk, pijar mata haha... Jangan sampai terkena mata dan mulut udah la ye. Letih nak gagau cari bilik air nanti.

Harini hakak beli dua botol terus. 1 botol FreshCare: Teens Happy Cherry, perisa ceri. RM15 sahaja.  Yang ni bagusnya ada bau ceri, so takdelah ketara bau tengik pijar minyak angin tu kan. 1 lagi, minyak angin yang repeat order, Safe Care: Mind & Spirit Aromatherapy, yang ni mahal sikit RM18. Tapi berbaloi membelinya. Panas-panas kepala ni, sapu minyak angin ni terus segar kepala. Selain 2 perisa ni, ada banyak lagi perisa lain, macam: lemon, lavender (paling laris), serai dan lain-lain. Harganya antara rm15 dan rm18 sahaja.

So far tak pasti ada tak produk ni kat mana-mana pasaraya. Kot tak jumpa bolehlah minta no kontek cik Noni dari hakak. Tak boleh sharinglah kat sini. Dik Noni bukan bukak biz online. Sapa nak email kat hakak ye. Just tolong kawan je, tak amik comission apa pun. 

Ini testimoni dari hakak. Pada hakak besh sangat, sebab tu berani repeat order. Memang besh sungguh aromaterapi ni. Sesuai untuk orang yang drive, mudah mengantuk, pening kepala, selsema, batuk, kahak, hidung tersumbat dan lain-lain.

2 comments:

Iela Lullaby said...

Hi sis, kawan sis masih ada jual minyak angin ni tak?

Wansteddy Tales said...

masih jual rasanya. Kat farmasi2 pn da banyak stok minyak aromaterapi ni kalau xsilap :)