Nuffnang

Followers

Monday, October 3, 2016

TRIP to HONG KONG - part 4

Entry terakhir TRIP to HONG KONG sebelum meneruskan percutian ke Guang Zhou. Awal pagi Tuan puteri dah kena bangkit awal. Mood swing. Maka, hiburkanlah hatinya dengan goodies dari Hotel Disneyland. Cenderahati sapu tangan berbentuk Christmas Candy ni terselit sekitar katil bilik. Percutian ke HK kali kedua, tak terima pun sebarang cenderahati macam ni. Mungkin souvenir ni sempena promo musim Krismas.

Inilah permandangan dari bilik kami, 6127. Sungguh luas bilik ni. Memang berbezalah dengan Hostel Panda. Rate bilik menghadap taman sekitar RM800 - RM1000 lebih selepas promosi. Bergantung pada waktu cuti juga. Percutian kali pertama di Disneyland HK tak sempat nak explore semua bahagian hotel. Nantikan entry selanjutnya untuk review penuh Hotel Disneyland. Entry tu Tertangguh setahun kemudiannya dari tahun pertama melancong ke HK.

Dekorasi vintage yang sangat menambat hati. Setiap perincian hotel dihiasi dengan dekorasi ala English Style yang menawan. Kebetulan pula kami bercuti sekitar bulan November menjelang musim Krismas. Maka perhiasan di sekitar Hotel Disneyland juga bertemakan krismas.

Storybook Playroom di Disneyland Hotel. Cerita lanjutnya pada percutian kali kedua kami di Hotel ni.

Slot mesin untuk mencetak coin sendiri.

Waktu kami sampai di perkarangan lobi, sesi meet & greet Disney characters dah tamat. Nasip baik berkesempatan jumpa Rapunzel. Sukalah Damia jumpa princess. Kena tunggu dalam sejam lagi kalau nak jumpa Cinderella.

Permandangan sekitar ruang legar lobi. Di sudut kiri sana cafe dan restoren Hotel Disneyland.

Sementara nak tunggu turn bergambar dengan Cinderella. Kami luangkan masa di The Mickey Maze Hotel Disneyland. 

Seronok sangat Tuan puteri ni main kejar-kejar dan menyorok celah-celah pokok maze. Ketinggiannya paras dada orang dewasa saja. Tapi pening juga nak kejar dengan maze yang berselirat macam tu.


Dia nak jugak daun merah ni. Dapat petik sehelai dah rasa kagum sangat dah.

Permandangan arah bilik kami. 

Dah penat berpeluh. Kami kembali ke lobi. Cik Mia ralit membelek coin hasil titik peluhnya sendiri. Bangga dapat buat coin sendiri. Tak lama lepas tu Cinderella pun kembali bertugas haha...

Damia orang kedua dapat beratur jumpa Cinderella. Seronoklah sangat sebab princess ni ambil masa luangkan masa dengan peminat ciliknya. Siap tunjuk ajar macam mana nak pose ala-ala princess.

"Bye bye Cinderella.." kata Mia puas hati dapat jumpa Cinderella. Dia dok mengulang ingatkan ini Cinderella betul-betul macam dalam tv tu.

Kami tak berbelanja sangat kat sini. Beli souvenir ala kadar saja. Item jualannya sama saja macam kat kedai jualan dalam Taman Tema Disneyland.

Selesai percutian di Hong Kong. Seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk TRIP to GUANG ZHOU, China pula.

Link:

2 comments:

athirahassin said...

Bestnya... mcm mana solat, toilet n travel dgn kanak2?

Wansteddy Tales said...

Oh, lupa lak nak selitkan info pasal tu. later saya update blog. Tapi jawab dulu kat sini serba ringkas.

solat: dalam airport ada disediakan surau di pintu 40. kena naik train dari main airport HK dulu.

toilet: macam kat China, HK mmg xde paip air untuk membasuh. Nak mudah, botol botol mineral saja. nak2 yg dekat tmpt awam. Kt hotel mudah sikit sbb paip panjang. kt hotel disneyland kena guna sebarang benda utk kumpul air. sbb jarak jamban dan hos air jauh.

kanak-kanak. yg pntg kenyang, cukup rehat, penuhi joy dorg dah setel. tp nk mudah kne ada stroller. benda wajib utk ibu bapak anak selesa :) mana2 travel pn sy try bawak jugak walaupun rs leceh n anak dah besar (8thn).