Nuffnang

Followers

Tuesday, October 4, 2016

TRIP to GUANG ZHOU - Part 1

Sambungan dari TRIP to HONG KONG - Part 4. Perjalanan kami tak habis kat Hong Kong. Sebaliknya kami mengarah ke Guang Zhou, China. Penuhi permintaan kakak yang memang dah berada kat sana sejak hari ketiga kami di HK. Kami gunakan kereta api dari HK ke Shen Zhen.

Kereta api Guang Zhou - Shenzhen High Speed Train dari Shen Zhen ke Guang Zhou. Staff yang peramah. Namun, masalah utama bila bercuti ke China ialah penggunaan bahasa. Majoriti rakyat China sangat berbangga dengan bahasa ibunda, maka komunikasi kami sangatlah terhad. Selain bahasa isyarat, pastikan kita download apps alih bahasa sebelum mula bercuti tanpa travel agent. Sepanjang 3 hari di China adalah beberapa insiden kelakar. Nanti, pelan-pelan cerita. Untuk kes dalam kereta api ni. Kebetulan masa nak order, staff ni tak faham apa yang kami nak beli. Nasip baik lelaki depan suami tu baik hati. Tolong translatekan untuk kami. 

Kami naiki gerabak kelas 1 untuk ke Guang Zhou. Ruangan lebih selesa untuk 4 penumpang. Tapi masa order tiket, penjual tiket tu tersilap letak kami pada kedudukan selari, bukan semeja.

Dah sampai Guang Zhou. Cabaran berikutnya nak naik kereta api Guang Zhou Metro ke Yuexiu Park. Sekali lagi, masalah komunikasi. Bila tanya tempat makanan halal pun, dorang blur. Sudahnya berlaparlah Damia. Isi perut dengan biskut dan roti semata. 

Kat sini memang takde guideline dalam english. Semuanya bahasa cina. Meraban cari info. Nak tanya orang, semua jenis jalan laju-laju. Tanya pada pak guard, dia boleh tanya pulak soalan suami tu kat hakak ini. Tobat lahung tak tahu sepatah pun nak jawab balik. Agaknya dia ingat hakak ni pun sebangsa dengannya kot. 

Dari Yuexiu Park kami berjalan pula ke Hotel Sealy, Panfu Road. Ingatkan dekat. Bayangkan dari HK - Shen Zhen - Guang Zhou - Yuexiu Park. Berjalan sepanjang masa. Rehat pun masa lepak dalam train je. Letih tak terkata.

Hotel Sealy, Panfu Lu (road).

Majoriti yang duduk kat hotel ni orang yang nak berniaga. Dorang borong barang banyak-banyak kat mana-mana kedai. Kumpul kat hotel ni then ship terus ke Malaysia. Hotel ni menyediakan kemudahan macam tu. Siap ada ruang khas untuk simpan barang-barang peniaga. So memang ramai Malaysian kat sini.

Malam tu kami cari kedai makan halal. Sekali lagi, masalah bahasa. Suami tanya peniaga, dia tanya hakak. Muka China betullah hakak masa ni gamaknya haha... Pastu kalau order, sila jangan tamak. 1 order boleh share 3 orang! Banyak, murah dan sedap. Kedai makan muslim ni kecil je. Tapi sangat popular nak-nak bagi pengunjung dari Malaysia. Kami tahu info pasal kedai makan ni pun sebab suami google blog blogger.


Malam tu kakak ajak pergi berurut kat hotel sebelah. Harga yang murah dengan servis yang superb! Setakat ni belum pernah jumpa lagi pusat urut yang servis mantap macam dorang ni. Tak ingat pula nama hotel tu. Nanti bila ingat, hakak update entry ni ye.

Bila ke China, memang kena tukar nombor phone. Jimat. Kat China tak boleh online facebook. Sebab tu masa travel kat sini dulu tak update sangat gambar-gambar masa bercuti kat Guang Zhou. Kami beli simcard dan tukar duit dengan auntie 'Wan Azizah' ni. Muka auntie ni sebijik muka Wan Azizah. Lekat nama tu kat dia haha...

Link:
TRIP to GUANG ZHOU - Part 1
TRIP to GUANG ZHOU - Part 2
TRIP to GUANG ZHOU - Part 3

No comments: