Nuffnang

Followers

Wednesday, December 20, 2017

Jom cuti-cuti | Sunway Lagoon! - part I

Tahun ni Sunway Lagoon Malaysia meraikan ulang tahunnya yang ke-25! Muda 10 tahun je dari kakak. Dengan pelbagai tarikan yang makin bertambah, Sunway Lagoon tetap jadi pilihan rakyat tempatan dan pelancong luar negara berkunjung di sini. Suka sangat Damia dan Esya bergambar bersama Caption Quack, mascot Sunway Lagoon ni.

Sementara nak masuk ke taman tema, Damia dan Esya sempat posing-posing sekitar ruang legar Sunway Lagoon Malaysia. Ramai sangat pengunjung pada hari kejadian. Mungkin sebab cuti sekolah dan hari minggu. 

Pertama kali kami jejakkan kaki ke Wildlife Park yang menempatkan pelbagai spesis burung dan mergastua. Sempat jenguk harimau putih yang sedang beradu. Tak tahulah siapa yang tengah tidur tu. Si Samson atau Asha.

Pelbagai pameran berinformatif tentang haiwan di sini. Paling ngeri nampak ular sawa bernama Suzy yang telah diawetkan. Body lebih besar dari peha orang dewasa. Imagine berapa beratnya. Bagi penggeli ular macam kakak, cukuplah perhati saja dari jauh. Merinding bulu romaku!

Terdapat lebih 150 spesis haiwan dari seluruh dunia kat Wildlife Park ni. Yang seronoknya dapat lihat pertunjukan haiwan jinak. Ada burung yang pandai mengeja, main bola keranjang, segerombolan tikus putih yang kelam kabut nak balik ke sarang dan geng itik yang lenggang kangkung menghiburkan pengunjung. Part paling kakak ngeri. Ular lagi! Esya siap pegang badan ular. Dengan bangga bagitahu, "Sejuklah auntie!". Auntienya dah kejung muka tengok muka ular betul-betul depan lensa!

Mr. Kid sempat merasa dukung ular. Bukan seekor, malah dua ekor ular sawa dewasa. Eeehhh.. Berani betul birthday boy ni. Bagilah RM1000 pun, tak hingin kakak nak cuba try test. Ngilu!

Budak dua ekor ni kerjanya nak kejar orang je. Pantang ada manusia lalu kawasan dia, mulalah paruh tu gigih nak patuk. Memang seronok main kejar-kejar dengan dorang ni. Mencicit lari dak Mia dan Esya.

Mata mana? mata... Sekali pandang, ingatkan anak patung. Punyalah behave. Staff bertugas siap offer Mia bagi makanan kat haiwan. Haiwan kat sini jinak-jinak belaka. Dan kebersihan kat tempat ni memang terpelihara.

Penuh gambar! Okey, dah tak sabar nak mandi manda. Lepas solat zohor di Nickelodeon Lost Lagoon, kami jejakkan kaki ke sekitar waterpark pula. Ikuti sambungannya ya. Untuk makluman lanjut berkenaan harga promosi tiket dan sebagainya, boleh layari laman web rasmi Sunway Lagoon Malaysia di www.sunwaylagoon.com atau hubungi +603 5639 0000.

...Sambungan...

No comments: