Nuffnang

Followers

Wednesday, December 20, 2017

Jom cuti-cuti | Sunway Lagoon! - part II

Sambungan dari Jom cuti-cuti | Sunway Lagoon! - part I. Dari Main Entrance, kami jelajah Wildlife Park seterusnya menuju ke Nickelodeon Lost Lagoon. Ini pertama kali kakak datang ke sini. Bukan je anak-anak excited, mommy dan ayahnya pun teruja!

Kami melalui Wildlife Park untuk ke Nickelodeon Lost Lagoon. Tengok map macam jauh, tapi bila berjalan sambil bergambar, kejap je rasanya perjalanan.  Kat sebelah kanan tu ada surau. Sangat selesa untuk para muslim mendirikan solat. 

Caution! Dah warning kat gegurl cousin ni awal-awal. No paw-paw! Enjoy permainan sekitar Sunway Lagoon semahunya. Akhirnya mommy yang terjebak beli souvenir menarik kat sini. Offer pun mengancam. Contohnya magnet Spongebob SquarePants beli satu, percuma satu. Ada juga promosi separuh harga. Sekeping magnet RM5.00 ke RM19.00 sahaja. Kalau nak borong Keychain pun berbaloi, seutas dalam RM6.00 sahaja. 

Jam 4 petang gunung berapi tu akan meletus! Kat situlah persembahan Tale of Mount Berapi dan Volcano Show diadakan. Jam 2.20 petang persembahan Pirates of the Wonderland Show diadakan sekitar Pirate's Revenge. Kena semak jadual dalam pamplet Sunway Lagoon untuk maklumat lanjut ye.

Perkara wajib singgah kat sini, ambik gambar dengan mascot Spongebob, Patrick dan Ninja Turtles!  Acara Meet & Greet ni bermula jam 12.00 dan 12.30 tengahari. Ini je gambar berempat yang sempat kami ambil. Punya teruja ke sana sini. Sampai gambar sekeluarga pun lupa!

Luncheon kat Cubes Pizza. Sekarang ni dah pelbagai jualan makanan disediakan. Pilihan makanan pun banyak. Tak hadapi kesukaran nak pilih menu bersesuaian untuk keluarga.

Part paling mengujakan. Bawa anak-anak bermain air. Kami ronda-ronda sekitar Nickelodeon Lost Lagoon. Sempatlah Damia dan Esya bermain beberapa permainan. Selebihnya kena skip sebab Esya tak cukup ketinggian. Oh ya, setiap jam 3.30 petang, pengunjung boleh berlumur dalam air hijau dalam acara Slime Time sekitar SpongeBob Splash Adventure! 

Beach time! Panas lit lit area ni. Auntie pun rasa nak terjun kolam sekali. Kenangkan jadi makcik jaga beg, sabar je la.  Ayahnya la paling kesian. Sana sini usung pelampung besar tu. Boleh rujuk harga sewa pelampung di sini: https://sunwaylagoon.com/pricing/. Yang penting anak-anak enjoy sangat kat sini. Siap bina istana pasir juga.

Sebelum merayap sekitar Kalahari Kids, Little Zimbabwe dan Wave Pool, singgahlah shower dulu kat Water Disco. Standby melalui kawasan target utama kanak-kanak. Memang sentiasa sesak dari baby sampai orang dewasa.


Letih sudah. Lepas makan-makan, bersihkan diri, kami bersiap untuk balik. Sementara tunggu mommy solat asar. Budak-budak ni bermain sekitar Nickelodeon Lost Lagoon. Nampak mascot SpongeBob dan Patrick sibuk bergambar dengan pengunjung. Pastu kena kejar! hahha... pandai bergurau ye.. Sayang, ayahnya tak sempat nak capture the moment. Takpelah, asal jadi ingatan abadi kat budak berdua ni haha...

All Terrain Vehicle. Pernah try sukan lasak ni? Size budak-budak pun ada. Boleh cari sukan ni kat Extreme Park. Banyak lagi suka lasak kat sini. Tapi kena bayar berasingan. Tidak termasuk harga tiket all in one yang macam Mia pakai tu.

Last but not least. Peluklah mascot itik ni sebelum balik. Bye Bye Sunway Lagoon! Memang seronok bawa keluarga bercuti kat sini. Sehari rasa tak puas nak jelajah semua taman tema. Keseronokan seisi keluarga di Sunway Lagoon! Sampai kita jumpa lagi.

Untuk pengetahuan kalian, Sunway Lagoon Malaysia meraikan 25 tahun sambutan Wonder Years. Pelbagai pakej disediakan. Nikmati pakej cuti sekolah akhir tahun seperti:

FamFun untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak: RM390
4-To-Go untuk 4 dewasa: RM456.00
Beli 3 dewasa percuma 3 dewasa: RM510.00

Untuk maklumat lanjut sila layari 
Hubungi: +603 5639 000

No comments: