Nuffnang

Followers

Wednesday, October 12, 2016

kdrama Secret v/s Patahnya Sebelah Sayap


Kalau baca tajuk memang tak terfikir jalan ceritanya sama. Hakak belum tonton pun drama Patahnya Sebelah Sayap ni. Tapi bila rata-rata puji lakonan Ummi Nazeera yang berkesan untuk drama ni, terdetiklah nak buka link drama ni kat Kbergetar.com. Tapi terkejut pulak bila baca sinopsis drama ni. 100% sama dengan jalan cerita episod pertama Kdrama Secret

Nak habaq mai na, hakak bukan die hard fan Kdrama. Layan je mana-mana drama ikut suka. Drama cina, jepun, melayu, tamil, korea semua balun kalau minat (dengan drama tu). Sebab memang hakak jarang tengok drama. Kecuali masa melukis atau buat contest. Hiburan yang ada kat drama macam nilah. Tapi drama Secret ni memang hakak ingat sangat jalan cerita sebab hakak minat kat pelakon perempuan tu, Hwang Jung Eum. Nak pulak cerita ni memang lain dari lain dan tinggalkan impak juga pada penonton. Dek kerana tu boleh hafal lagi storyline dia. Bila baca sinopsis Patahnya Sebelah Sayap terus teringat adengan dalam drama Secret. Tu belum buka lagi link PSS tu. Hm... ntahlah, maybe dorang memang nak buat versi Melayu pula. Selagi belum tonton tokleh komen lebih-lebih la kan.

Saja nak bagi spoiler. Kalau jalan citer memang sama, maka deritalah watak si Ummi sepanjang episod. Kecuali nak ke hujung-hujung tu barulah happy ending dengan hero dia. Tak sangka pulak dak Izzue jadi orang jahat dalam drama Melayu. Ingatkan dia asyik dapat watak budak baik je.

Citer Secret ni memang besh. So sesiapa belum tonton boleh la tengok. Tapi warning awal-awal, sapa-sapa tak suka spoiler untuk drama PSS tak digalakkanlah tonton drama ni dulu haha... Hero dia dah nak masuk 40-an tapi muka muda belia lagi. Suka tengok Ji Sung berlakon jadi mamat psyco dalam drama Kill Me Heal Me. Drama tu pun dia berlakon sekali dengan Hwang Jung Eum. So balik nanti nak tengoklah drama PSS. Harap drama ni tak mengecewakan macam drama Secret!

2 comments:

AzianKhalil said...

tak tengok drama korea...drama melayu pun kadang2 je tgk..
memandangkan tertengok patahnya sebelah sayap ni...tak apalah kalau org kata ciplak pun...sbb pelakon dia best...dan takde nak aksi sweet2 pegang2 sgt...

Wansteddy Tales said...

Baca kat komen kawan2 drama ni bnyk gak ubah jln cerita dr secret. Ok la tu. At least ada originaliti kat situ :) so far baru tgk 1st ep. Xsempat2 lg nk tgk semua ep ^^