Nuffnang

Followers

Sunday, October 2, 2016

TRIP to HONG KONG - part 1

Entry ni tertangguh 3 tahun. Cik Mia, kecik-kecik lagi dah berjalan sampai ke negara orang. Tolak bercuti balik kampung ayah kat Sabahlah ye. Memang masa baby lagi Mia dah naik flight. Tapi perjalanan jauh ke negara orang bermula ketika Mia baru berusia 5 tahun. Alhamdulillah... rezeki Mia dapat berjalan ke Hong Kong masa ni.

Kami menaiki Air Asia. Untuk keselesaan anak, parent wajib sediakan pelbagai makanan fav anak. Perjalanan jauh ni mood boleh swing. Kita yang dewasa pun banyak ragam, budak-budak apatah lagi.

Macam biasa kena order makanan. Nak mudah dan cepat orderlah online kat page Air Asia.

Setiba di lapangan terbang Hong Kong. Terus cari makanan halal. Sebelum datang memang dah google-google blog blogger. Jadi terus cari Popeyes yang terletak dalam airport di bahagian depature, level 7. Waktu perniagaan dari 6.30am hingga 11.30pm. Kalau tak bawa bekal, eloklah tapau siap-siap makanan kat sini sebelum cari hotel. Setakat ni restoren ni saja yang diyakini halal. Tak pastilah kalau sekarang dah buka restoren halal baru kat airport HK.

Nak pergi ke Hong Kong boleh guna pelbagai kenderaan. Teksi, bas atau kereta api. Kami pilih bas double decker ni. Saja nak try. Kalau nak naik kereta api boleh beli kad Octopus kat kaunter tiket. Lebih jimat dan boleh pergi banyak lokasi mengikut kadar diberi.

Besh naik bas ni. Siap ada bahagian letak bagasi. So takdelah nak berkepit dengan beg kat tangan. Suami ambik peluang tu rakam panorama sekitar HK. Bila tengok bangunan mencacak langit tu. Teringatlah kat KL.

Kami dalam perjalanan bersiar-siar di Victoria Harbour. 

 Masa ni tengah ada konsert apa tah. Ramailah orang sekitar tempat ni. Nampak ada orang siap kena interview. Mungkin artislah kot. Tapi Damia terus hala ke sini. Sibuk teropong statue.

 
Jangan lepaskan peluang merasai kemeriahan siraman cahaya berwarna-warni kat Simphony of Lights di Hong Kong. Ia dapat gelaran "World's Largest Permanent Light and Sound Show" dari Guiness World Records. Di kaki-kaki lima pulak terdapat ramai pelukis dan pelbagai booth jualan seperti cenderamata dan jajan-jajan.

 
Kami stay kat Hostel Panda. Kat HK ada Hotel Panda, tapi harga memang jauh berbezalah ye. Walaupun dengan harga promosi. Hostel ni pun agak pricey, tu pun kami beli bawah Agoda. Kami pilih hostel ni sebab terletak di Nathan Road. Untuk bilik yang murah (dalam rm200 lebih juga), biliknya pun kecil saja. Ruang nak solat pun antara laluan kaki tu je. Nasip baiklah panduan kiblat mengarah yang mudah nak solat. Hendaknya melintang, mahunya kena solat atas katil. Seronoknya sekitar ni, mudah nak cari makanan halal kat sini.

Inilah panorama dari tingkap bilik kami. Terus nampak masjid Kowloon.

Waktu yang paling susah. Nak kejutkan tuan puteri sorang ni untuk mulakan hari seterusnya! Sambungan kisah TRIP to HONG KONG akan diteruskan dari masa ke semasa. Lepas ni nak ceritakan pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Taman Tema Disneyland Hong Kong.

Nota tambahan: 

Kemudahan Toilet: kat HK memang takde paip air. bagi kita yang biasa  beristinjak dengan air ni. Boleh cari botol mineral lama buat basuhan. Paip air yang ada pun kat sinki semata. Kalau buat pelaburan besar, agak rumit sikitlah ye. Jadi sediakan wet tissue, tisu dan botol mineral sentiasa bila-bila masa, di mana jua. Lebih-lebih lagi di tempat awam. Kat hotel pun kalau bernasip baik, dapatlah toilet kecil. Jamban bersebelahan dengan hos paip air. Kalau jauh, gunakanlah kreativiti anda untuk menampung air sebanyak yang dikehendaki.

Surau: bagi penganut agama Islam. Ruang solat memang agak sukar di cari di HK. Bagi yang menginap sekitar Nathan Road, Tsim Tsa Tsui. Ada Masjid Kowloon. Kat airport ada disediakan surau di pintu 40. Dilengkapi tempat mengambil wuduk. Nak ke surau, kena naik train dari bangunan utama Hong Kong International Airport. Suraunya luas, selesa dan agak sunyi. Malangnya masa kami singgah solat waktu kali kedua bercuti di HK, ada mamat cina ambil kesempatan buat ruang solat tu untuk tidur. Sama ada dia muslim atau saja tumpang tidur, Wallahualam...

Kanak-kanak: Keselesaan anak tu no.1. Al maklum bila tak selesa dorang boleh banyak ragam. Jadi nak travel pun rasa sangkut-sangkut. Kalau travel tempat yang susah nak dapatkan makanan halal. Memang sentiasa pastikan dalam beg penuh dengan makanan. Roti, biskut, kuih, snek, sosej (siap masak), sanwich dll. Terpulang pada kerajinan kita nak sediakan makanan sebelum berangkat. Al maklum kadang tempat makan yang kita tuju belum tentu buka atau mungkin ada problem lain macam tak jumpa lokasi restoren, kedai makan dan sebagainya.

Link:

2 comments:

athirahassin said...

Bestnya... Nanti boleh pm full iti and bajet ke hongkong?

Wansteddy Tales said...

Travel ni tajaan penganjur (contest). full bajet mmg xpasti sbb travel agent yang handle. Tapi kos underground mmg bawah sendiri. Cuba ingt2 balik trip 3 tahun lepas. kalau ingt saya tulis dlm blog :)