Nuffnang

Followers

Tuesday, November 27, 2012

Won Grand Prize contest A'laisyah - Giant!

Syukur alhamdulillah... Dalam kekalutan hati mengenangkan anak tak sihat, rupanya ada hikmah sedang menanti. Patutlah dari pagi rasa gatal-gatal tapak tangan ni ^^ Entry Wan terpilih sebagai pemenang utama peraduan A'laisyah - Giant! Contest ni berlangsung pada 15 Julai hingga 15 September 2012. Sempat jugaklah Wan hantar entry sendiri walaupun pada saat-saat akhir.

Wan bakal menerima hadiah baucer pelancongan bernilai RM3000 x 2. Wan pun tak tahu makna kali dua tu. Apa-apa pun kena tunggu panggilan pengesahan dari PIC A'laisyah Malaysia.

Terima kasih pada A'laisyah Malaysia! Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi tag dan maklumkan pada Wan harini. Dan yang yang terutama sekali, syukur alhamdulillah... Terima kasih Allah. Rezeki ini sesungguhnya dariMU jua.

Monday, November 26, 2012

Kindly HELP VOTE for me: From Plain to Stained! CONTEST

Mohon bantuan kawan-kawan, kenalan blog, pengunjung blog yang punya akaun facebook. Tolong vote entry Wan sempena contest From Plain to Stained! anjuran Sharpie Malaysia. Contest ni memerlukan para peserta lukis dan mewarna dengan menggunakan produk Sharpie. Berikut adalah hasil lukisan Sharpie Wan. 


Kalau link tak berfungsi, jemput copypaste link ini yeh:
https://apps.facebook.com/fromplaintostained/index.php?pg_type=single&eid=245
 
Medium yang digunakan ialah sebarang jenis fabrik. So Wan pilih kain yang membalut kotak simpanan barang atau stool box. Biasanya kita boleh jadikan stool box ni tempat duduk. Pastu kat dalamnya boleh isi macam-macam. Kotak ni boleh lipat-lipat kalau tak nak gunapakai. Kebetulan Wan memang takde bahan sesuai nak dijadikan bahan lukisan. Nyaris jugak nak ambik t.shirt lama hubby. Kenang-kenang balik, kot tiba-tiba hubby nak pakai t,shirt putih dia tu... niaya je.  Dalam dok buntu sebab tinggal berapa hari lagi contest nak tamat. Tiba-tiba jumpa kotak lama ni. Kena pula dengan kondisi kotak yang dah out betul. Terkoyak kat bahagian kepala. Ada corak-corak bunga vintage kat cover kotak. Wan kena korbankan tudung pink lama yang memang jarang dah pakai. Balut pada kepala kotak. Mujurlah ngam-ngam boleh muat! 
Seterusnya proses nak melukis. Kepala dah blur.... Apa benda nak lukis ni? Dalam termangu-mangu depan kotak dan kaler-kaler Sharpie berwarna-warni tu, datang mek Damia tunjuk youtube, my little Pony jadi hiburan. Terdetik dalam kepala nak buat carousel! Sebab carousel ni boleh design dalam bentuk bulatan. Bahagian atasnya Wan lukis seolah-olah hiasan atap carousel. Manakala badan kotak di isi dengan lukisan kuda siap dengan tiangnya. Idea sepintas lalu. Namun nak selesaikan bukan mudah. Ambil masa dua hari jugaklah nak selesaikan drawing ni. Mujurlah sempat upload design sebelum tarikh tutupnya. 
 
Dalam pada tu Wan sempat juga lukis 1 lagi entry. Tapi yang ini memang lukis sepantas yang mampu sebab last minute entry. T.shirt saiz kanak-kanak. Sempat ajak Damia jadi model. Tapi takde kamera, guna pula kamera henset. Gambar kurang sesuai nak jadikan final picture. Jemput-jemputkanlah like kan sama yeh :) Tema lukisan ini 'Dalam hati ada kamu!'.
 
Link disini: Azmya Shayfa

Kalau link tak berfungsi, jemput copypaste link ini yeh:
https://apps.facebook.com/fromplaintostained/index.php?pg_type=single&eid=245

Terima kasih banyak atas usaha dan bantuan ikhlas dari kalian. Yang pasti hanya Tuhan yang dapat membalas ganjaran amal kebaikan korang pada Wan. Doakan Wan berjaya menang mana-mana  hadiah pun takpe yeh. Doakan juga Tuhan murah rezeki buat diri kita juga, amin...


Friday, November 23, 2012

Won weekly prize Yeo's Merdeka Raya Contest 2012

Syukur alhamdulillah... semalam Wan dapat panggilan yang mendebarkan. Kenapa penuh debaran? Sebab keputusan muktamad hanya boleh diketahui masa event berlangsung. Jadi tak boleh taruh harapan tinggi-tinggi. Jangan berangan banyak-banyak. Karang jadi frust pula. Wan tak boleh story panjang lebar tentangnya. Masih dalam mode kena jaga kerahsiaan. So hari ini biar Wan share kisah lain yang tak kurang juga menggembirakan hati.

Berkat pagi jumaat. Sedang sibuk bersiap di pejabat. Tiba-tiba masuk panggilan dari PIC Yeo's menyatakan Wan pemenang hadiah mingguan Yeo's Merdeka Raya Contest! Hadiahnya berupa cash sebanyak RM888.00. Syukur alhamdulillah... Rezeki yang tak disangka sebenarnya. Kenalan Wan menang 1st prize. Khabarnya pemenang grand prize dimiliki oleh peserta melayu. Bertuah badan menang RM68,888. Wan nak mimpi sangkut weekly prize pun tak mampu. Memang terpaksa send & forget sebab Wan tak confident entry seciput Wan mampu menang :) Namun kena percaya, bila ALLAH nak beri, apa pun kaedahnya tetap dapat. Rezeki dariNYA...

Wan hampir putus asa nak mencuba contest ni. Sebab contest ni berasaskan penyertaan tertinggi. Wan bukan jenis banyak POP contest ni. Apa yang ada je lah mampu disertai. Berkat tunjuk ajar kenalan yang arif, sedikit pengalaman dan usaha, Wan sertai juga peraduan ni. Alhamdulillah... sangkut penyertaan Wan. Tak terucapkan rasa bertuahnya. Syukur padaNYA...

Terima kasih pada penganjur contest, Yeo's Malaysia!

Monday, November 19, 2012

Tolong vote my entry dalam PERADUAN MEREKACIPTA MASKOT RADIX FRIED CHICKEN!

Wan join Peraduan Merekacipta Maskot Radix Fried Chicken anjuran facebook Radix Fried Chicken (Official). Wan dapat tahu info contest ni pun pada saat-saat akhir peraduan nak tamat. Kalau nak dikira dari sudut puas hati, Wan rasa boleh buat dengan lebih baik lagi. Tapi untuk kerja last minute begini. Rasanya sudah memadai. Sempat selesaikan 5 rekaan untuk peraduan ini.

Voting lagi. Kali ni memang Wan tak sangka pun contest ni kena vote. Sebab dalam T&C takde sebut pun pasal vote-vote ni. Dengan semangat terus je join, lukis dan hantar by pos. Wan dah email pas design dengan facebook, bimbang design tak sampai sebelum due yang diberi. Pastu barulah pos design yang sedia print. Harini tergerak hati nak jengah laman facebook Radix Fried Chicken, terpampang semua design yang Wan buat. 

Ciptaan maskot pertama Wan karektor gadis Islamik dengan pakaian korporat Radix Fried Chicken. Kedua karektor staf lelaki dengan baju korporat RFC. Kemudian barulah Wan mula reka maskot berupa karektor ayam. Ada yang siap berbaju melayu dan ada yang ringkas gayanya. 


Berikut pula maskot atas nama hubby.
Jemput semak yep. Ada 2 design semuanya.
 
Macam-macam komen sedia di facebook Radix Fried Chicken. Ambil semuanya atas dasar nasihat dan pandangan individu. Tapi tak mampu nak follow rentak semua kepala. Pada Wan ikut logik doranglah mana yang rasa bagus. Mana yang rasa kurang sesuai pasti boleh diperbaiki.

Mohon jasa baik kengkawan vote'kan entry-entry Wan dan hubby yeh. Boleh klik pada link-link dibawah:

1) Design pertama:

2) Design kedua:

3) Design Ketiga:

4) Design keempat:

5) Design kelima:

6) Hubby's design pertama:

7) Hubby's design kedua:

Terima kasih atas budi baik kalian :)

Wednesday, November 14, 2012

Doa Awal dan akhir tahun. Marilah berdoa

Lewat jam 6 petang, tiba-tiba dapat sms dari abah. Jarang abah nak beri sms pada aku. Selalunya sms abah mesti ada benda penting yang nak disampaikan. Jarang abah sms sekadar nak berbasa basi dengan anak-anak. Dan ternyata betul, abah pesan baca dan amalkan doa akhir dan awal tahun. Rupanya mak yang pesan abah titipkan sms pada anak-anak. Tak cukup dengan tu, mak telifon aku pula buat pengesahan dan bagi nasihat sampingan. Mujurlah mak dan abah ingat nak pesan kat anak-anak. Ikutkan, aku sendiri dah terlupa. Leka sangat nak buat itu ini sampai doa penting ini pun boleh tak ingat pula....
 
Mari kita baca doa akhir tahun sebelum menjejak maghrib dan bacalah doa awal tahun selepas menunaikan solat maghrib. Bagi wanita yang uzur, bacalah dengan niat zikir. Semoga bahagia berkekalan hingga sepanjang tahun. Segala urusan dipermudahkan dan lancar. Semoga selamat dunia dan akhirat, amin...

Berikut adalah doa akhir tahun. Di baca sebelum masuk waktu maghrib sekurang-kurangnya.

Dan ini pula doa awal tahun. Bacalah sesudah solat maghrib. Dapat baca banyak kali pun takpe. Doalah banyak-banyak sampingan doa lain, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, amin...
 Seoga makbul segala doa-doa kita...

Keputusan penuh peraduan KUMPUL & MENANG Mingguan Wanita 2012!

Dalam entry Khabar kemenangan berganda lepas Wan ada maklumkan tentang kemenangan dengan majalah Mingguan Wanita. Wan dah beli majalah terbaru Mingguan Wanita. Tapi dalam majalah keputusan tidak dipaparkan sepenuhnya. Hari ini dalam laman facebook Mingguan Wanita, terpampang senarai penuh pemenang peraduan KUMPUL & MENANG Mingguan Wanita 2012. Ada juga kenalan Wan yang menang sama. Tahniah kak Ezna, cikgu Ismail dan Farina. Berikut adalah senarai pemenangnya:

 PEMENANG HADIAH UTAMA
1 x pemenang Pakej Umrah ditaja oleh Raudhah Umrah & Haji Services Sdn Bhd.

ROHAINI BINTI ASIB
SEREMBAN, Negeri Sembilan

PEMENANG HADIAH PERTAMA
1 x 1 pemenang pakej percutian ke Beijing, China ditaja oleh Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd.

NOORHASYIMAH BINTI HAMID
SUNGAI BESI, Kuala Lumpur


PEMENANG HADIAH KEDUA
1 x 1 pemenang pakej percutian ke Vietnam ditaja oleh Ziarah Sutera Holidays Sdn. Bhd.

AZMAN BIN ABU HASHIM
KUANTAN, PAHANG


PEMENANG HADIAH KETIGA
1 x 3 pemenang rantai tangan emas ditaja oleh U & A Enterprise

WAN HAIRULSHIFAH BINTI WAN ZAHARI
PUTRAJAYA


EZNA BINTI AHMAD KHALILI
SERI KEMBANGAN, SELANGOR

ROZI ROHAIZAN BINTI SALLEH
KLUANG, JOHOR


HADIAH KEEMPAT

1x 3 pemenang televisyen 32 inci berjenama ditaja oleh AGA Brilliant Auto Sdn Bhd & Atirah Health & Beauty

ISMAIL BIN HUSSIN
SEKINCHAN, SELANGOR

NORHAYATI BINTI MUDA
PUCHONG, SELANGOR

NOOR’AINI MOHD RASHID
PARIT BUNTAR, PERAK


PEMENANG HADIAH KELIMA

1 x 4 pemenang tajaan bilik 3 hari 2 malam di My Hotle Langkawi, Kedah
NOR FARAWAHIDA BINTI ABD. MANAP
GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

WAN HASLINDA BINTI WAN IBRAHIM
TUMPAT, KELANTAN

NORAFIZAH BINTI BHAK
BATU PAHAT, JOHOR

SALINABINTI MOHAMAD
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG


HADIAH KE ENAM
1x 1 pemenang set langsir Rosa Olivia Collection ditaja oleh Avon Malaysia

NURUL AIN BINTI HUSSIN
PUCHONG PERDANA, SELANGOR


HADIAH KE TUJUH
1x 15 set cadar ditaja oleh Oli Collections Sdn Bhd.


1. SYARIFAH RADZIAH BINTI SYED KHAIRUDDIN
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

2. FARINA BINTI ABDUL HAMED
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

3. NOOR AZLINDA BINTI RAMLI
BATU CAVES, SELANGOR

4. SYUHADA BINTI ZAINAL ABIDIN
ARAU, PERLIS

5. NURUL HASANAH BINTI NAYAN@ABU HASSAN
CHANGLUN, KEDAH

6. SHIRLEY CAGAMPANG
PAPAR, SABAH

7. SITI NORIZAN BINTI MOHD ROBBI
JELI, KELANTAN

8. NUR SYUHADA BINTI RASHID
BACHOK, KELANTAN

9. NOORAZNIRA BINTI MOHD RAMLY
KUALA LUMPUR

10. SITI ROLHAYA BINTI HARUN
KUALA LUMPUR

11. SITI NORELIZIAH BINTI MOHAMED YUSOP
BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM

12. JULIA BINTI JAMALUDDIN
TAMAN PERTAM JAYA, MELAKA

13. NOORSUZIANA BINTI MUSTAPHA
TAIPING, PERAK

14. NORLIZA BINTI KASIM
BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

15. NURUL AMALINA BINTI HAJI MOHALIM
JALAN PERDANA, KUALA LUMPUR


PEMENANG HADIAH KE LAPAN
1 x 25 pemenang barangan Avon ditaja oleh Avon Malaysia

1. KHAIRUL AMIR BIN HAMID
MATA AYER, Perlis

2. AZLINA BINTI ZULKIFLI
KUALA SELANGOR, SELANGOR

3. ZARIZI BINTI MAT
KUANTAN, PAHANG

4. NOOR ADINA BINTI ABU BAKAR
SUNGAI BESAR, SELANGOR
811128-08-5808

5. RAFIDAH BINTI MOHD KAMAL
KANGAR, PERLIS

6. AHMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD SALEH
KAJANG, SELANGOR

7. ELEN MARLINA BINTI MOHD
TANJUNG MALIM, PERAK
740821-03-5790

8. NORTISHA BINTI MUHAMAD MASRO
PETALING JAYA, SELANGOR

9. MASIAH BINTI IBRAHIM
KLANG, SELANGOR

10. SUHAILA BINTI MOHAMAD YUSOH
AMPANG, SELANGOR

11. IRENE VRONICA A/P T. SILVARAJU
ALOR STAR, KEDAH

12. NURUL DAYANA BINTI ABD. RAHIM
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

13. SITI HAJAR BINTI AB. RAHMAN
KAKI BUKIT, PERLIS

14. ZULIDA BINTI TAMSOR
YONG PENG, JOHOR

15. JUHARIAH BINTI MOHD NAFAI
TAIPING, PERAK

16. UMI HAZLIN BINTI ABD. AZIZ
BATU CAVES, SELANGOR

17. FADZILAH BINTI MAT HUSSIN
KUANTAN, PAHANG

18. HAWA BINTI YUSOFF
KULAIJAYA, JOHOR

19. MISBAH NOR BINTI MOHD ALWET
PARIT BUNTAR, PERAK

20. SITI ZARINA BINTI AMAN
KLUANG, JOHOR

21. FARIDAH BINTI MAMAT
KEMAMAN, TERENGGANU

22. SALMALIZA BINTI MOHD FAUZI
KUALA NERANG, KEDAH

23. NORLIZA BINTI HAJI MOHAMAD
PUTRAJAYA

24. MAZILAH BINTI MAT DAUD
ALOR STAR, KEDAH

25. RATNA ZAINIZA B INTI ZAIMON
TAMAN TUN PERAK, KUALA LUMPUR


Syukur alhamdulillah.... Terima kasih Allah. Percubaan pertama sertai peraduan Kumpul dan Menang anjuran Mingguan Wanita berbuah hasilnya. Tahun lalu Wan memang nak ikut serta, tapi dek kerana asyik keciciran setem mingguan. Hasrat tak dapat dipenuhi. Sebenarnya Wan keciciran satu setem juga tahun ini. Alhamdulillah... nak dijadikan rezeki agaknya, kawan Wan, Yumie Lufya dengan baik budinya berikan secara percuma pada Wan! Terima kasih Yumie, berkat keihlasan hati dan aura kemenangan besar Yumie tu, sangkut kemenangan buat Wan :)

Terima kasih pada team Mingguan Wanita yang gigih memilih pemenang bertuah. Bukan mudah nak cari pemenang bertuah. Apatah lagi dengan godaan entry-entry cantik lagi kreatif para peserta yang gigih. Terpilih sebagai salah seorang pemenang sangat besar penghargaannya. Apatah lagi bakal menerima hadiah yang besh begini. Syukur padaMU... Alhamdulillah...

Saturday, November 10, 2012

Khabar kemenangan berganda

Alhamdulillah... semalam berduka, harini terima ganjaran atasa perasaan redhanya. Terima dua berita kemenangan yang tidak disangka. Pertama sempena sertai peraduan Panasonic. Disebabkan dah ada pemenang maklumkan terima email dan Wan semak box takde pun email masuk. Hati luluh dan abaikan. Hidup kena diteruskan. 

Tapi tak sangka, rupanya nama Wan dah sedia ada dalam senarai pemenang. Ada kemungkinan email tak sampai. Ini bukan pertama kali Wan kena. Sebelum ni PIC peraduan Sofy pun cakap dorang dah email maklumkan kemenangan pada Wan. Tapi Wan tak respon balas. Bila Wan semak inbox email memang takde email-email dari luar. Wan hanya boleh syak email Wan dah kena hack atau sesuatu darinya. Apa pun ada juga berita baik dari masalah ini. Terima kasih pada adik Dyat yang sudi maklumkan berita tu. Kalau tidak, sampai sekarang Wan tak tahu pun Wan menang peraduan Panasonic Evolta tu. Cerita lanjut kena tunggu Wan dapat hubungi PIC bertugas :)

Berita keduanya kemenangan peraduan majalah Mingguan Wanita. Menang hadiah tempat ketiga iaitu rantai tangan emas tajaan U&A Enterprise. Kemenangan bersama kak Ezna dan cikgu Ismail. Alhamdulillah... Wan tak sangka entry Wan terpilih. Wan tengok entry-entry dahsyat peserta lain, jatuh harapan Wan nak menang apa-apa. Namun bak kata kawan, Kalau DIA nak beri, DIA akan beri. Kun Fa Ya Kun.... Alhamdulillah... Syukur padaMU...

Wednesday, November 7, 2012

Kala hujan daku terkenang memori kanak-kanakku...

Musim-musim hujan ni apa yang buat korang terkenangkan? Kalau aku, tentunya momen manis zaman kanak-kanak di kampung. Kalau sedang berada pada saat itu tentunya aku yang masih belum matang fikiran kala itu, tak rasa apa-apa. Tapi bila kian berusia, kenangan yang rapuh di ingatan yang kita tak terfikir pun menarik untuk diingat-ingat waktu kecil dulu, tiba-tiba terimbas di kepala. Bahkan seakan boleh terbau-bau dan terasa-rasa remang udara serta pencahayaannya. Seolah-olah kita kembali ke saat itu. Tak perlu mesin masa. Cukup sekadar memandang di kejauhan, memecahkan tembok batu memisahkan duniawi. Mengenang nun kenangan yang lama kelam...

Masih teringat saat duduk di beranda rumah arwah nenek. Rumah yang terbina hasil titik peluh arwah atuk Nawi yang tak pernah aku kenali, kerana meninggal dunia saat aku masih bayi. Dan usaha arwah nenek kesayanganku Wan Fatimah yang cengil tapi penyayang... Waktu tu, rumah masih berpapan dan beranyam buluh. Atap rumbia yang menyerlahkan aroma bau hujan. Anjung tinggi. Tangga yang jarang-jarang yang bisa menambat rasa gayat untuk turun dan naik sesuka hati. Aku selalu rasa kaki mudah terjerlus jatuh ke bawah siap dengan efek waktu yang terdetik perlahan, seakan slow motion. Bila terhentak badan ke bawah, sakitnya bukan kepalang. Dan itu hanyalah bayangan setiap kali mahu naik dan turun menggunakan tangga tinggi itu. Imaginasi seorang budak.

Kala hujan, bila di kampung adalah saat yang membosankan. Aku tak boleh merayap mengukur tanah dengan sepupuku, Ija. Sibuk mencari bahan-bahan keperluan masakan untuk main pondok-pondok. Kutip serpihan pinggan mangkuk yang jadi sisa buangan. Dijadikan alat mainan. Kalau ada cerek karat, senduk dan sudu buruk sekalipun, semuanya dikutip dan disusun tertib seakan-akan di dapur rumah. Indahnya 'rumah' ciptaan kami. Biarpun hanya berlapik tikar mengkuang lusuh milih nenek yang jadi bekas mengalas kekabu untuk dibuat bantalnya. Biarpun hanya beratapkan langit membiru. Biarpun hanya berlangsirkan daun-daun lalang dan berdindingkan batang pokok besar.

Bila hujan selalunya tiada aktiviti yang menarik dapat dilakukan. Sekadar duduk berpeleseran di balik dinding. Termenung, melukis, menulis, dan selebihnya berangan. Kalau rasa bosan, permainan lama seperti batu seremban dan sep sep jadi hiburan. Tak dapat bermain congkak seperti lazimnya kerana congkak kami letaknya di tanah bawah rumah nenek. Untung kalau tidak becak, bolehlah bermain lagi. Tapi jika air kian naik membanjiri kawasan rumah, habis punah congkak pasir kami. Kena tunggu tanah kering semula. Kutip buah-buah getah baru kerana yang lamanya hanyut dek air. Kala itu rasa geli pada cacing, lumpur, tanah langsung tiada. Pedulilah  itu semua. Yang penting jiwa mentah ini mesti bergembira!

Bila tetamu datang kami kena jadi tertib. Tak boleh menyampuk, tak boleh berlarian. Tak boleh berbuat bising. Sekian banyak peraturan yang seboleh-bolehnya memaksa kami duduk nun jauh dari tetamu. Labuhkan kaki di ambang pintu. Beranda buluh jadi singgahan. 

Walaupun nenek larang kami mengganggu tetamu, dihidangkannya juga secawan kopi atau teh o  dengan biskut kering buat cucu-cucunya. Cukup sekadar kudapan ringkas, buatkan kami cukup terharu dan rasa disayangi. Sifat prihatin nenek yang disanjungi. Kala ini nikmat suasana hujan cukup indah. Dengan bunyi katak sahut sahutan bernada pelbagai intonasi. Dengan hembusan angin semarak membawa haruman kampung yang lembab dan menenangkan fikiran. Cuaca sejuk terasa nikmat dengan secawan teh panas. Jika terlalu panas, kami tuang di dalam piring. Tiup berulang kali dan cuba menghirupnya seperlahan mungkin. Bimbang lecur bibir. Bimbang air tumpah.

Ah, indahnya kenangan tatkala hujan. Bagaimana pula kenangan kalian? Tentunya ada momen terindah yang boleh menambat kenangan mengamit senyuman :)

Tuesday, November 6, 2012

Won Rm1K Energizer The Power of 10 Challenge Contest!

Alhamdulillah... rezeki mak. Dalam banyak-banyak entry hantar. Hanya nama mak yang sangkut. Nak jadi rezekinya cuma 1 entry! Betul-betul ada tuah nama mak. Mungkin berkat doa mak selalu untuk anak-anaknya, dapat ganjaran untuk dirinya sendiri.

Wan menang hadiah mingguan Energizer The Power of 10 Challenge Contest. Hadiahnya berupa RM1000 untuk 10 pemenang. Sekian lama dapat panggilan dari wakil Energizer untuk ambil hadiah. Baru harini mak berkesempatan datang dari Perak tuntut hadiahnya di Kepong. Harap-harap lancar dan selamat urusan tuntutan hadiah mak tu.

Semoga mak happy dengan rezeki ini :)
Syukur alhamdulillah...

Monday, November 5, 2012

Won peraduan Kids Bathtime Fun-Venture! Photo Contest

Pagi tadi call penganjur untuk kepastian. Alhamdulillah... menang hadiah saguhati peraduan Kids Bathtime Fun-Venture! Photo Contest. Contest ini anjuran Wipro Unza. Hadiah bagi 20 pemenang saguhati berupa hamper Carrie Junior bernilai RM100. Difahamkan senarai pemenang tidak disiarkan di mana-mana. Bagi peserta yang nak tahu keputusan, kenalah berhubung sendiri dengan penganjur. 

Ramai kenalan Wan yang ikut menang sama. Salah seorangnya menang hadiah utama peraduan ni bernilai RM10,000! Wuhoooo.... Tahniah Lely. Tahniah juga pada kawan-kawan semua. Walaupun sekadar menyandang hadiah saguhati tetap rasa bersyukur dan gembira. 

Terima kasih pada my pingcess Aliya Damia yang jadi model mommy haritu. Walaupun Damia tak betah berposing, lepas dipaksa-paksa. Bergayalah juga ^^ Yang penting anak happy. Menang kalah adat bertanding. Besar atau kecil ganjaran diterima semuanya ketentuan dariNYA. Bersyukurlah seadanya :)

Won 2nd prize Citrex Colouring Contest!

Alhamdulillah... satu lagi khabar baik untuk dikongsikan dalam blog. Anak saudara Wan menang hadiah tempat kedua Citrex Colouring Contest anjuran Pharmaniaga. Hadiahnya berupa Sony PS3. Pertama kali menang hadiah ni. Untuk sertai contest ni, peserta kena beli produk vitamin Citrex untuk kanak-kanak. Dapat form contest dan warnakan. Syukur alhamdulillah... rezeki anak saudara bertuah ni.

Hadiah akan dihantar melalui khidmat kurier ke alamat pemenang. Atau boleh diambil sendiri di pejabat Pharmaniaga. Pengumuman pemenang boleh didapati di dalam surat khabar The Star ada 4 dan 7hb  November 2012.

Tahniah kepada semua pemenang :)

Won 3 hadiah Peraduan Beraya Beramal bersama Syahirah dan Iffah!

Dah lama tak update apa-apa kan... Rasa malas sungguh nak berblog kebelakangan ni. Tapi untuk permulaan kisah. Nak khabarnya kisah gembira bila nama terpilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Beraya Beramal bersama Syahirah dan Iffah. 

Senarai pemenang boleh didapati dari Harian Metro Jumaat lepas, 2hb November 2012. Alhamdulillah... dapat 1 hadiah tempat ketiga iaitu hamper Syahirah bernilai RM300. Dan 2 hadiah saguhati iaitu hamper Syahirah bernilai RM100 setiap satu. Jumlah keseluruhan RM500. 

Ikutkan pengalaman Wan yang lalu. 1 hamper RM300 saja dah berkepuk banyaknya. Sampai sekarang pun masih ada baki hadiah yang belum digunakan. Kebanyakkannya dah diberi pada kenalan dan dijual masa garage sale lepas :) Entry kemenangan tu bertajuk:  Won Peraduan Ceria Raya Syahirah!

Ramai kenalan yang ikut serta contest ni dan menang bergaya. Walaupun Wan hanya guna sebahagian saja produk Syahirah, tapi tetap rasa bersyukur dan berbaloi sangat. Al maklum beli produk RM15 dapat stok hadiah  beratus.  Yang penting pulangan berganda dan bermakna dari tak dapat apa-apa. Peraduan ni perlu lengkapkan slogan lagi. Hantar 3 nama dan kesemuanya menang. Sebab tu Wan memang tak sangka boleh sangkut menang. Wan tak rasa deco memainkan peranan untuk contest anjuran Syahirah ni. Jadi mana-mana pemenang bertuah tentunya telah sediakan slogan yang sangat besh yang pastinya dapat menambat hati juri yang membacanya. 

Bersyukur ke hadratNYA.
Semoga rezeki terus bertambah dan terus menceriakan hati, amin...