Nuffnang

Followers

Thursday, October 31, 2013

Tips nak ramai kawan

Dalam bulan lepas aku ternampak sebuah buku motivasi adaptasi dari buku omputeh. Tak ingat pula tajuk tepatnya. Tapi lebih kurang pasal "Cara-cara nak bagi orang lain suka pada kita". Dalam bentuk komunikasi. Khas untuk orang yang bekerja dan boleh juga diamalkan untuk kehidupan harian. Aku selak-selak beberapa halaman, sekadar nak baca menarik tak isi kandungan. Dengan harga RM20 aku fikir, kalau google mungkin boleh dapat tips yang lebih kurang sama. Tapi aku lupa. Aku kan malas nak membaca. Baca sekerat, simpan separuh. Novel dibeli pun tak habis-habis nak khatam. Patutnya aku beli je buku tu, biarlah berdikit-dikit baca. Janji boleh dipraktikkan.

Ironinya tak lama lepas jumpa buku tu, berdepan pula dengan situasi yang tidak ingin kita rasai di pejabat. Sampai sekarang terbit rasa kesal sebab aku tak beli buku tu. Hm.... Kat sini tips-tips yang dikongsi dalam buku tu dan aku simpan dalam kepala serta cuba praktikkan sekarang:

1) Sentiasa hadiahkan puji-pujian pada orang lain (meskipun hatimu tidak rela). Aku mengaku aku ni jenis berat nak bermulut manis. Sesetengah individu dikurniakan level tertentu dalam bab sosial. Ada yang boleh jumpa orang sekali je terus boleh mesra. Entah apa-apa topik pun boleh masuk bercerita. Kadang tu dia sendiri pun bukan tau sangat isu tu, tapi buat-buat pandai dan serba tahu. Dan perlu diakui, kadang-kadang bila kita terlajak perlakuan,boleh menyebabkan kenalan baru kita tu rasa annoyed gila kat peel busybody kita ni. So beware bila nak berkata-kata. Jangan jadi kepochi sangatlah macam Mak Jemah. Tapi itulah petua nak bagi orang rasa senang hati kat kita. Siapa tak suka bila dipujikan :P

2) Kalau terasa kena sisih, cuba tarik balik kawan-kawan yang terhasut tu untuk buat kerja berkumpulan dengan anda. Yang ini sedang aku praktikkan. Dan alhamdulillah... nampak kesan positifnya. Impaknya ternganga juga pelaku itu dibuatnya haha.... Kau pikir kao sorang je pandei psikokan orang ya. Mari kita uji siapa yang lebih handal! ahhahahaaa...

3) Sentiasa ringan tulang hulurkan bantuan. Dan pastikan anda nyatakan hasrat itu secara terbuka. Perlu dipertonton oleh saksi-saksi lain. Dalam erti kata kasar, nak menunjuk, macam riak. Tapi realitinya, kalau ko buat baik sangat pun. Ringan tangan banyak mana pun. Buat senyap-senyap... Orang lain tak tau, orang yang tak suka ko tu tetap akan cari kesalahan ko. Bila buat silap sikit je, pummmmm heboh 1 kampung. Macam ko buat salah besar. Walhal benda ciput je. Apatah lagi jika kesilapan tu besar, lagi grandlah kena maki. So kalau nak buat baik biarlah orang lain nampak dan dengar. Saksi itu penting. Kredit untuk diri sendiri juga sebenarnya. Orang nampak, orang akan puji. "rajinnyaaa Bedah tu." Sekali lagi aku nyatakan, siapa tak suka kena puji, kan...

4) Laksanakan tanggungjawab dengan seikhlasnya. Benda ni paaaaaaaling penting. Kalau ko sekadar nak menunjuk, canang 1 pejabat ko buat macam-macam. Tapi haram satu benda pun tak jalan. Baik ko diam je. Sebab orang lain menilai. Kalau tak orang sekeliling yang menilai, myb orang dalam lingkungan lebih besar. So, nak buat apa pun jangan sesekali dengan niat tak baik. Kerja biarlah kerana Allah. Bukan sebab nak tagih puji je. POYO orang kata.

Itu yang aku ingat dan aku rumuskan. Selebihnya mungkin aku akan cari juga buku tu bila-bila masa free. Kat Alamanda je pun. Orang Putrajaya je, tapi jarang gak aku merayap kat shopping complex tu. Takdenya aku nak merayap hari jumaat tengah hari macam wanita-wanita lain tu. Aku lebih suka memerap depan pc hadap FB yang hanya boleh online waktu rehat lalalala....

Attention Seeker

Gambar ini digoogle. Aku takde kucing nak dijadikan mangsa modelling kisah-kisah tragik aku. Dan lagi, perjalanan cerita entry ini mungkin tersasar sedikit dari tajuk entry. Aku merumuskan peranan individu terbabit pada tajuk entry. Dan isi kandungannya pula lebih mensasarkan luahan hati sendiri. Sinopsis pun dah cukup panjang dan mengantukkan. Agak skema ayat-ayatku malam ini. Huh!
 
Sebenarnya kat mana-mana pun akan ada spesis macam ni. Dari zaman kita kanak-kanak. Masuk alam sekolah, remaja hinggalah ke alam kerja. Jadi bila kita kemukakan masalah kita sebagai contoh, rasa kena sabotaj dengan rakan sekerja. Bengang bila kena umpat, kutuk, fitnah di belakang. Yelah, jarang sekali manusia ni nak bersikap terbuka dan kutuk depan-depan. Yang buruk-buruk tu biasanya disimpan untuk dijaja kemudian-kemudian.

Justeru bila aku pun hadapi situasi yang sama, maka terkedulah diriku juga. Bila terkena macam ni, spontan kepala kita memproses asas logik. Kenapa kita diperlakukan begini? Apa salah kita? Macam mana nak atasi masalah ni? Dan 1001 macam lagi keresahan yang berlegar di kepala. Menjurus kita ke arah tekanan dan tahap kualiti kerja kita pun menjunam. Semua tu penangan impak negatif yang kita terima. Siapa suka diperkecilkan, disisihkan, dikritik dan sebagainya yang buruk-buruk, betul tak?

Kalau boleh hidup kita ni nak merasa bahagia dan ceriaaaa je sepanjang masa. Nak semua orang suka kita. Nak semua orang hormat kita. Nak semua orang terima kita seadanya dan sepenuhnya. Tanpa sedar kita sendiri pun terlalu alpa padaNYA. Sekali DIA jentik kita dengan situasi genting macam di atas. Barulah terhegeh-hegeh mencari Tuhan. Itu fitrah manusia. Aku pun tak terkecuali. Hipokritlah aku jika tidak mengiyakan. Aku pun bukan kebal dari melakukan kesalahan. Sama ada kesalahan tu memang sengaja atau langsung tak sedar telah kita lakukan. Jadi muhasabahlah diri. Jangan tuding jari cari kesalahan orang lain saja.

Mukadimah panjang, tapi aku masih berdolak dalik nak bercerita pokok pangkal cerita, ya dak? Hehe... Memang, aku rasa macam tak perlu nak tulis. Rasa macam bersalah diri bila nak menceritakan aib orang. Meskipun orang yang aku maksudkan tu memang jenis tak reti nak jaga hati orang. Namun dia pun punya perasaan yang sama. Tidak rela dilukai. Jika tidak, masakan dia boleh tersentap sakan minggu ni. Biarlah, biarkan dia dengan dunianya. Pada aku, tak ada benda yang perlu aku pertikaikan jika itu pilihan dia. Lagipun dia lebih tua dari aku. Jangan kerana pangkat kakaknya aku perlu tunduk patuh atas segala katanya. Kena ingat, status kita. 

Dan aku pula memang jenis 'pemalu' nak berkira soal pangkat dan status ni. Kalaupun aku penyelia, aku tak anggap pun orang yang pangkat di bawah tu orang rendah-rendah. Aku anggap kawan. Sebab kita nak bekerjasama buat kerja di pejabat. Realitinya ada jugak orang bawah yang pandang rendah kat orang atasnya. Kat mana-mana pun ada jenis ni kan. Ego. Berbalik isu tadi, mana boleh urus kerja sorang-sorang. Melainkan dah memang tugas tu hanya kita je boleh handle. Macam situasi aku sekarang. Tugasan grafik memang humban kat aku sorang je. Terbeban? Memanglah. Mustahil tak stress bila longgokan kerja masuk dan masuk, ditambah lagi dengan tekanan perasaan. Sebab tu aku nak suasana kerja ceria. Takde berkira soal pangkat ke hapa. Buat kerja bersama, lebih ceria. Tapi, bila aku tak ambil kisah, janganlah pula ambil kesempatan hingga pijak kepala. Cukup-cukuplah memburukkan orang. Hari ini kita burukkan orang lain. Esok lusa sampai giliran kita pula diaibkan pihak lain. Kena ingat tu. Karma, orang kata. Pada aku hukum Allah belaka. Dia nk uji, macam-macam cara dia bagi. Tidak diujinya pada kita. Keluarga dan kerjaya kita pula jadi mangsa. 

Kalau ada yang pincang, bawalah berbincang. Bukan dengan menelan sendiri dan humbankan kemarahan tu dengan menghasut orang lain. Orang menilai kita dari perlakuan kita. Bila kata-kata kita ni tak seiring dengan tingkah laku orang yang kita umpat tu. Orang lain akan sangsi. Kat situ orang akan terfikir nak tanya, pihak mana yang sebenarnya mangsa keadaan ni? Logik akal akan merumuskan situasi. Bergantung pada situasi. Ada kalanya makan sehari dua, untuk kes aku lebih sebulan. 

Bohonglah kata aku tak sedih dan marah. Aku ralat. Tapi kalaulah kata-kata boleh menyelesaikan masalah. Aku akan gunakan pilihan tu. Tapi ini soal sikap. Soal hati. Jika rasa nak berterusan begini, teruskanlah. Yang aku utamakan. Soal kerja usah campur dengan hati dan perasaan. Be professional. Kan awak tu lebih tua, lebih senior dari kita. Jadi gunakanlah kepintaran akal matang tu untuk bertindak sewajarnya. Jangan dek kerana ketidakpuasan hati, langsung menolak nak bekerjasama. Ingat, orang lain memerhati sikap kita.

Dah lama aku tak bual-bual kosong panjang lebar beginikan. Sekali sekala nak luahkan perasaan di blog. Bagi yang masih tertanya-tanya. Ini soal kerja. Dan aku sebenarnya suka kerja di sini. Aku bebas luahkan idea kreatif di sini tanpa halangan. Namun dalam pada tu aku perlu juga hadapi situasi tegang melibatkan staff. Sorang je pun.

Masih terkial-kial memikirkan cara berbaik sebab aku sendiri tak pasti apa kesalahan daku pada dia. Kalau akukutip-kutip kesalahan yang dibuatnya pada aku memang banyak. Tapi jenis aku ni selalu kata "Ah, let go jelah... ah, abaikan jelah.... Esok-esok oklah..." Dan sebenarnya aku silap. Tak semua manusia boleh terima situasi bertangguh. Bila dia terkucil, cepat-cepatlah tarik semula. Malangnya sikap aku yang acuh tak acuh tu mungkin melukai hati.

Perlu memahami hati mereka, sedangkan hati kita pun mereka tak jaga. So, aku fikir "Let go jelah...." (akan masalah ini).

Wednesday, October 30, 2013

Won GP siggy P&G

Yang ke berapa sejak hobi contest ni bermula? Biarlah rahsia. Sebab musabab yang perlu dijaga. Apa pun syukur alhamdulillah... Terasa gembira sangat bila rumah kembali terisi dengan mak debak ni. Gah memenuhi ruang tamuku hahhaha....

ThePopLook Big FAN!

Kakak aku kata, tiap kali dia tengok gambar manipulasi yang aku design kat wall aku ni, mesti buat dia tergelak sakan. Sebenarnya inilah realitinya. Memang bila dah jadi TOP FAN TPL tak boleh nak elak hadapi situasi macam ni. Benda online. Hot item pulak. Apa lagi? Sakanlah orang berebut. Nak-nak siap bagi timing lak waktu membeli. Sampai hang website ko!

So sapa-sapa yang selamat merembat hot item kira perwira yang gagahlah di medan perang. Gila ko nak berlawan dengan penggila-penggila seantero Malaya. Lagi haru bila ada lak buyer yang jenis amik kesempatan. Dah tau benda alah ni hot item, dia kaut banyak-banyak sorang dia je. Pastu gigih g jual balik dalam group. Siap mark up harga gila-gila. Ai.... memang tahan je mulut nak bagi ceramah kat puak-puak macam ni. Betul-betul amik kesempatanlah. Orang lain nak rembat selai untuk diri sendiri pun seksa. Dia lepas kaut berhelai-helai dengan niat nak niaga semula. Apa kessss la....

Untuk kes aku? Berjaya rembat 5 haley. Malangnya hanya 2 yang menepati saiz. 2 terlebih besar (dalam usaha nak swap saiz ke M). 1 lagi saiz M tapi sama kaler. Kes terklik 2 kali masa select item tu. Gelojoh punya pasal. Mana tak gelojohnya, menggegel kejar masa ko. Macam main game luxor je aku rasa hahhaha...

Bagi yang blur-blur apa tu TPL, ringkasan kepada website shopping baju online ThePopLook. Dan HALEY adalah sejenis TOP blouse seperti dalam pop up ballon idaman kucing di atas. Warna hitam tak sempat nak grab waaaaa....

Bebelan malam ini

Dah lama betul tak update apa-apa. Serius aku rasa terpencil betul sejak blog dan facebook kena block kat opis ni. Kalau facebook boleh lagi online waktu rehat sekitar jam 12.30 atau 1 petang sampai jam 2 petang. Pastu dari 5 petang dah boleh online semula sebab waktu orang dah balik. Waktu-waktu kerja lainnya kenalah menahan nafsu berFB. 

Peliknya, bila waktu tak boleh online, beria aku try bukak FB. Klik link FB walaupun tahu dah kena block. Ada-ada je benda aku nak cari. Tapi bila dah boleh online waktu rehat. Buka FB aku jadi blur... Macam tak tau apa punca aku bukak FB. Last-last memang tak membuat sebarang statuslah aku dalam 2, 3 hari. Dan terkadang kalau nak tahu apa-apa status, berita terkini, aku online guna henpon saja. Kebaikkannya bila FB kena block? Kerja aku lebih teratur, cepat dan lebih tumpuan. Hahhaa.... Tepatlah pilihan kementerian block FB waktu kerja ni. Masalahnya, ada jugak kerja-kerja aku perlu online dengan FB. Contohnya bila nak update design dalam FB kementerian. Atau pun nak cari gambar-gambar penceramah kurang pofular. Google la banyak mana pun susah nak jumpa imej gambar yang sesuai. Tapi bila kita cari dalam FB, insya'allah ada jugalah picture profile yang considered digunakan buat figure dalam poster, buku aturcara dan banner atau pun montage background. Haaa... Sapa kata FB hanya untuk waktu suka-suka saja?

Yang aku tak faham, kenapa tak boleh langsung nak sign in blogspot. LANGSUNG tak boleh. Dulu, sebelum FB kena boleh dibuka sebab server rosak. Memang FB dan beberapa website tertentu kena block. Nak-nak jenis yang nak download tu. Tapi bila dah jadi gini langsung tak boleh buka blog sendiri. Kedekutnya! Macamlah berblog tu makan masa 24 jam macam penggunaan FB kan. Nak-nak blogger pemalas macam aku. Ada hati baru nak berblog. Bila malas, makan minggu baru nak update hahaha... Mengaku!

Banyak berita pahit manis yang berlaku sekitar bulan 9 dan 10 ni. Sungguh. Diberi banyak berita-berita gembira. Ganjaran rezeki berganda dan besar. Diuji dengan kepahitan kecil di tempat kerja. Dan kembali ceria di hati tatkala mendapat khabar gembira dari suami. Alhamdulillah... berkat usaha keras, kesungguhannya dapat balasan setimpal. Sungguhlah, bila kita jujur dengan kerja kita. Tak payah tunggu bodek, dapat juga. Syukur....

7hb November nanti mak abah akan kembali ke tanah air. Sungguh aku tak sabar nak peluk mak abah. 9 hari tinggal di Madinah. Semoga abah tabah hadapi ujian sakitnya. Dan semoga emak dan abah kekal sihat dan bertenaga meneruskan ibadah haji di sana. Amin....

Saturday, October 5, 2013

BLOG OH BLOG....

Dah 2 minggu peram blog. Harini baru ada chance berblog. Tah kenapa dah tak boleh sign in dekat opis. Geram betul! Sebelum ni, bila banyak website kena block, masih boleh online dengan cara berblog. Pastu katanya server rosak. So kitorang pun boleh berjimba-jimba buka apa saja website yang patut. Baru-baru ni dah kena block semula. Habis banyak website tak boleh buka. Geram betul! Macam buka internet untuk baca paper je. Tu pun belum tentu boleh buka, lembabs! Nak update cerita macam-macam pun dah tersekat. Tension ler....