Nuffnang

Followers

Friday, December 30, 2011

Won 2X The Most Creative Way of Writing the Word Laurier Contest

Menang 2 hadiah saguhati "The Most Creative Way of Writing the Word Laurier Contest." Contest anjuran Kao dan Guardian. Hadiah utama 3 jam tangan Esprit. Manakala 100 pemenang saguhati menerima hamper Laurier bernilai RM50. Alhamdulillah... Jom tengok hadiahnya.
Totebag Laurier yang unik dan ceria. Color PINK! Pertama kali dapat totebag bentuk bulat camni. Siap masa amik hadiah ada yang tegur katakan cantik sangat totebag ni. 

Inilah keseluruhan hadiah bernilai RM50 x 2. Mungkin perlukan penyertaan terbanyak. Sebab tu gagal raih hadiah utama. Takpelah, yang conso ni pun besh juga ;) Terima kasih pada penganjur, Kao Malaysia!


Thursday, December 29, 2011

Kenangan cuti-cuti di Melaka

Selasa lepas, habis je waktu kerja kami terus ke Melaka. Tujuannya nak ke majlis penyampaian hadiah Cash Extravaganza with Jacker Contest. Jadi kami bermalam di King's Hotel sebab dalam kawasan Ayer Keroh, Melaka. Cuma nak kongsi detik-detik gumbira Damia di sana :)
Kami menetap kat Duluxe Rooms 231 King's Hotel dengan harga RM168 rate goverment. Kalau tanpa RG, bilik ni berharga RM198 lebih kurang. Ada 1 single bed dan 1 queen bed.  Bilik ni memang besar dan selesa. Banyak kemudahan macam rancangan astro dan wifi. Aku berkursus induksi di hotel ni dulu. Sebab tu bila hubby tanya nak menetap kat mana, aku sarankan King's Hotel je. Lebih selesa. Dan tengoklah aksi anak dara aku.... sila rujuk gambar seterusnya. Super happy! ehehe...

Kat ruang legar depan hotel. Masa ni dah nak ke majlis penyampaian hadiah contest jacker. Cerita lanjut pasal contest tu boleh rujuk entry bertajuk: Won RM5K Cash Extravaganza with Jacker Contest!

Won RM5K Cash Extravaganza with Jacker Contest!

Menang tempat keempat Cash Extravaganza with Jacker Contest. Inilah kemenangan yang paling besar sejak aktif bercontest mula dari 2010 lalu. Masih tak percaya menangi hadiah ni, walaupun masih 'berkabung' tapi bila berfikir rasional, rasa syukur tu kembalikan rasa gembira di hati. Terima kasih pada pihak penganjur, Oriental Food Industries   kerana memberi hadiah yang besar lagi bermakna ni. Alhamdulillah...  

Yang paling bermakna dapat kenali pro comper dari Kelantan, Yumie Lufya yang cute dan sangat murah rezeki dengan contest. Rasa macam dah kenal lama. Paling besh, Yumie tak kedekut perturunkan ilmu join contest. Kalau nak tahu, Yumie sangat berbakat dengan contest slogan base. Rasa beruntung dapat timba ilmu slogan dan siggy base dengan beliau. Boleh kata sepanjang masa ambil kesempatan lepak dengan Yumie. Sayangnya tak dapat borak lama lepas event tu. Memasing ada hala tuju. Gambar ini dan beberapa keping lagi ehsan dari Yumie. Kamera aku ketika itu 'hilang'. Huhu... maka tiadalah gambar rasmi dengan kamera. Hanya guna kamera iPhone je.

Bukan selalu dapat peluang bergambar dengan mock check kan... Apa lagi hadiah tu memang khas untuk kita. Dan aku pun dengan muka tebalnya bergambar dengan mock cek ini kekeke... Kalau dapat yang cek RM30K tu tentu sengih sampai ke telinga! hahaa...

Selain aku yang jumpa geng comper. Damia pun jumpa geng sepermainan. Dapat pula kakak yang rajin melayan, Damia pun bergumbira sepanjang majlis berkejar-kejaran dengan kakak ni. Lupa pula nak tanya namanya. Tapi ayah si kakak ni pemenang no.3. Dapat cash RM10K yang cik adik berdua ni dok pegang ni. Damia memang selambaland. Siap nak amik microphone wartawan TV1 lagi yang masa tu dok interview pemenang tempat pertama! Adohai... sabo je la. Kalau tak cerita ni, kang aku lupa lak. So biar Damia tau peelnya kala kecik-kecik bila dah pandai baca entry ni nanti. Hehe...

Check diberi selepas majlis penyampaian mock cek. Terus boleh bank in. Aku perap dulu barang beberapa hari ni untuk memuaskan hati sendiri haha... Ada gak orang dengan peel camni eh...

Goodies bag. Oh ye, lupa nak cerita. Kilang Jacker ni terletak di tengah-tengah kawasan kilang Ayer Keroh.  Besar pulak tu kilangnya.  Aku lewat sampai 15 minit. Sampai saja terus dorang bagi penerangan serba sedikit pasal contest ni. Pastu semua pemenang termasuk ahli keluarga dijemput melawat kilang Jacker. Siap boleh tengok cara buat cek potong dan kentang Jacker. Damia memang suka sangat dengan sessi lawatan ni. Pertama, sebab dapat pakai topi khas (boleh rujuk gambar di atas). Kedua sebab suka tengok mesin-mesin bergerak tu. Lepas sessi melawat tu, barulah pihak penganjur buat pengumuman pemenang sekaligus  penyampaian hadiah dilakukan. Kesimpulannya, memang hari yang menyeronokkan. 

Sekali lagi, terima kasih penganjur  Cash Extravaganza with Jacker Contest  yakni Oriental Food Industries!


Wednesday, December 28, 2011

Won Timeless Design ~ Impiana contest worth RM499!

 
Alhamdulillah menang hadiah Impiana Timeless Design anjuran Karangkraf. Voucher bernilai RM499! Salah satu kejutan sebelum hari lahir. Syukur alhamdulillah... Setelah merujuk pada pihak Timeless Design, surat ni dapat menebus sebuah kerusi yang sangat stylo bernama: Axis Chair. Material Axis Chair terdiri dari polikarbonat dalam kemasan telus serta kain bercorak bunga dengan elemen funky.

Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk keluaran Timeless Design, boleh rujuk di laman: www.timelessdesign.com.my

Tuesday, December 27, 2011

Won Paco Rabbane, Lady Million ~ Lisa Malaysia Magazine LUCKY DRAW

Hadiah sempena sertai cabutan bertuah Majalah Lisa Malaysia pada November lalu. Contest ni senang sangat. Cuma like pages FB Lisa Malaysia, dan menang. Tersenarai kalangan 50 pemenang memang berita terbaik. Menangi hadiah Paco Rabbane perfume lebih baik lagi! Syukur alhamdulillah...

Perfume Paco Rabbane, Lady Million. Pakaging gempak, haruman semerbak. Selayak namanya perfume ni memang sangat wangi dan lembut tak menyusuk deria bau. Terima kasih Lisa Malaysia kerana sudi berikan hadiah bermakna ni untuk saya. Aku anggap ini hadiah besday pertama sebab redeem dalam  hujung bulan  November/ awal bulan disember tahun ni :)

Pada satu pagi.... yang buta, aku pun bercerita.

Hari yang dukacita dan sukacita dalam masa yang sama. Pagi tadi adik bongsu jatuh exciden kat Gombak, simpang 4 kat Giant Batu Caves. Ironinya kakak dia, (sambil menuding jari ke muka sendiri) suka cari form contest di situ, DULU :P. 

Mujurlah adik aku takde pape, cuma efek terbang atas jalan tar menyebabkan luka kat lutut, jalan pun terjingkit-jingkit, sakit.  Motor je parah dan remuk confirm masuk bengkel @ terus jadi besi buruk.  Syukurlah panjang lagi nyawa adik aku. Nauzubillah... jauhkan dari kemalangan jalan raya ni. 

Rasa nak tolong keluarkan 'kata-kata magik' kat mat motor yang langgar lampu merah sekaligus langgar motor adik aku. Sesudah langgar, dia cabut lari! Tau pun takut... kalau aku ada kat situ maunya aku buka topi kaledar dia, pastu... Bush bush bushhh! sekeh kepala berdas-das.  Gasaklah kau lelaki ke orang tua ke. Kuang ajar bebenar, tak reti tengok kaler lampu isyarat ke??? Nak cepat sangat sampai sanggup sabungkan nyawa sendiri dan nyawa orang lain? Kalau nyawa kau je melayang, apa aku kisah... Ini kau libatkan pengguna jalan raya yang lain. Memang dasar manusia tak cerdik! Geram masih bersisa di hati.

Berita beshnya, sempatlah jumpa mak abah yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak jemput adikku. Sempat jumpa abang sulung aku yang macho  dan my lovely SIL, besok dorang berangkat balik Kota Kinabalu. (Nanti kita jumpa kat sana ye ;). Dan lagi satu benda penting, terang lagi bersuluh kisah drama M-pop adikku yang sorang lagi sudah ada kepastian. Cet, bidaah belaka teori kakak kita yang imaginatif tu! aahhahaa... 

Selamat berangkat ke kampung, mak abah dan eli... Serta my big bro sefamily ke nun di Sabah... Pagi-pagi buta aku membuat SKT. Bagai terdengar-dengar bunyi dentuman bertalu-talu atas keyboard. Dahi akukah itu? ahahha...

Saturday, December 24, 2011

Won One Drop Perfume LUCKY DRAW

Alhamdulillah menang cabutan bertuah peraduan anjuran One Drop Facebook. Antara hadiah yang diberikan sehelai baju-T One Drop Perfume bersaiz L, mug One Drop Perfume, serta One Drop Perfume aroma Rush inspirasi dari GUCCI. Penghantaran sangat cepat dan cekap. Produk pun terjaga rapi dalam pakagingnya. Rasa besh sangat menang hadiah dari penganjur yang berwibawa. Terima kasih admin One Drop Perfume!





Friday, December 23, 2011

Won Aladdin the Musical Contest!

Rasa macam dah berbulan tak menulis sejak karangan entry Hari Jadi sendiri yang lepas kan. Nah untuk permulaan, aku nak cerita hadiah hari jadi pertama di terima. Anggap hadiah hari jadilah sebab tarikhnya ngam-ngam pada hari jadi sendiri hehe... musical ni diadakan di Sunway Lagoon.

Terima kasih pada Hot Magazine yang berikan hadiah besh ni! Sayangnya tak berkesempatan nak tonton musical ni. Takde rezeki, huhu... Tapi takpe, malamnya ada hiburan dari hubby dan damia sempena hari jadiku yang ke 29 tahun. Syukur... walaupun raikan dalam suasana santai tetap meriah bila diceriakan oleh anak daraku sendiri. Thanks my laling!

Tuesday, December 20, 2011

Bz moody

Ai... takde moodnya nak menulis. Banyak benda nak karang. Banyak entry nak buat. Banyak citer pasal hadiah je. Hal-hal peribadi maleh aku nak menulis. Buat menyampah je orang nak baca hahah... Harini xde mood. Aku superb BZ. Buka laman hrms asyik tak tercapai loadingnya. Maka berhajat sambung mengarang di rumah. Sementara waktu, sambung kerja bz-bz. Sorry banyak mesej, email tak terlayan. Terutama sekali request mintak design dan redesign. Terpaksa tolak dan tangguh. Sorry sesangat. Bagi masa aku jadi pekerja dedikasi pula ya :D

Monday, December 19, 2011

Happy Birthday Wansteddy!


Alhamdulillah... hari ini berginjak angka sebenar usiaku. Sebelum ni selalu aku war-warkan usia aku 29 tahun. Hakikatnya aku masih berusia 28 tahun sehinggalah jam 11.59 malam semalam! Dengan rasminya kini aku beralih ke angka sahih. Hahah... selamat hari lahir Wan Hairulshifah Wan Zahari. Jam 4.30 lebih karang waktu kelahiran.

Semoga angka ni menyedarkan diriku betapa aku perlu belajar bersolek lebih baik. Demi melindungi kedutan yang kian berselirat di muka. Dan belajar serta rajin-rajinkan diri memasak lebih kerap. Kerana selama ni aku jadikan kerja memasak sebagai hobi. Bukan tugasan harian hahah... Seterusnya aku nak lebih gigih dalam usaha kerja. Patuh pada matlamat. Tak terkejar-kejar deadline hingga menghuru-harakan hari-hariku. Lebih rajin buat kerja design, lebih  rajin join contest dengan teratur. Lebih bersosial dan kurangkan mulut muncung! hahahah...

Dah tua gini takde lagi sambutan hari lahir macam kecik-kecik dulu. Imbas kenangan kanak-kanak aku. Famili aku jenis menitik beratkan soal hari lahir. Hatta buat jamuan kecil untuk seisi rumah pun dah memadai. Untung ruginya aku yang lahir di hujung tahun. Kadang-kadang mak abah aku lupa hari lahir aku. Tak macam hari lahir adik beradik yang lain sebab dekat-dekat. Hari jadi aku yang di hujung tahun selalu dilupakan. Secara tak sengajanya kot. Untungnya hari jadi aku jatuh pada bulan bonus gaji! Maka dapatlah hadiah yang besh-besh sikit haahhaa... 

Sekarang ni... nak harapkan sape. Kawan opis? no komen... Mungkin sebab aku ni bukan jenis mulut banyak maka tak rapat dengan kawan-kawan sepejabat. Maka no birthday party untukku. Bahkan masuk saja kerja, bos tak pernah wish besday aku. Selalu keciciran namaku di dalam kad berhias bos yang tulis sendiri. Sedangkan nama staf lain ada pula. Itu zaman boz pertama aku bekerja dulu. Dato' Syed namanya. Ganti bos kedua, Haji Nik... jenis takde nak wish-wish besday dah. So papan kenyataan tidak lagi diisi dengan kertas berbunga wish besday untuk staf BKVS hahha... Bos ganti yang kini jadi ketua cawangan aku Pak Rashid jenis bz manjang. So soal wish-wish ni memang takde la hahha... Dan masuk bos paling terkini. Langsung takde! Mimpilah kalau dia nak tampal kertas birthday untuk semua staf secara bulanan okey...  Disebabkan itu... Jangan mimpi kawan-kawan opis aku nak raikan birthday kengkawan. Kalau ucap kat dalam facebook tu kira terlebih bagus sangat dah tu. hahah... Makan dalam tak.. Makan dalam tak...  hahahaa.... Kesimpulannya opis aku jenis tak boleh diharap bab-bab keraian. Nak raikan apa-apa sendiri-sendiri je la :P

Harini, hubby kena pergi ke Port Dickson. Ada program Hari Penerangan dan Inovasi di sana. Setiap pegawai 41 kena hadiri taklimat selama 4 hari kat sana bermula hari ni. Kecewanya aku... Rancangnya aku nak tonton teater Aladdin the musical di Sunway Lagoon malam ni. Malam ni! Aku dah happy berjoget sakan jumaat lepas dapat panggilan dari Hot Magazine, katakan aku menangi 2 pas masuk teater ni. Tentulah aku suka. Benda free! Kena pulak jatuh pada hari jadi sendiri. Macam hadiah la ni. Sayangnya.... tak dapat pergi. Sedih sangat-sangat. Nampaknya burn gitu sajalah tiket tu. Sayangkan...

Ucapan untuk diri sendiri: Happy Besday Wansteddy! Bersyukurlah masih bernafas hingga ke hari ini... Moga happy-happy selalu. Murah rezeki dan dikurniakan kesihatan baik berpanjangan. Yang penting semoga keluargaku aman bahagia, selamanya... Amin...

Thursday, December 15, 2011

Won Blackmores our best moments Contest!

Menang contest vote. Pernah beberapa kali menang kecil dengan voting base. Sebenarnya tak menaruh harapan pun nak menang sebab kalau base vote ni memang ada pemenang yang dah boleh dijangka.  Mujurlah contest anjuran Blackmores ni tak memandang tinggi soal voting. Dan kerana itulah aku menang tempat saguhati sempena sertai Blackmores our best moments Contest.
Alhamdulillah... dapat hamper Blacmores bernilai RM80.Antara kandungan hadiah yang diberi ialah Kids Fruity Fishies, keychain, totebag dan 2 pas wayang GSC. Terima kasih Blackmores!

RevitaLens FOR SALE

Berminat nak beli jenama produk RevitaLens? Wan jual dengan harga murah-murah saja. Jangan risau! Wan belum buka lagi pakaging produk ni. Maka semuanya dijamin baik dan baru! Harga di pasaran untuk kotak besar 300ml  nilainya RM28.90. Untuk kotak kecil kandungan 120ml berharga RM14.90.

Harga jualan Wan: 
Kotak besar 300ml termasuk kotak lens, RM15 sahaja. 
Kotak kecil 120ml termasuk kotak lens RM5. 

Kalau nak beli kena order melalui email: washifalo@yahoo.com atau sms ke henset Wan: 0193063558.  Untuk penghantaran dengan pos laju akan dikenakan bayaran tambahan RM3. Untuk yang benar-benar berminat. Sebarang pembelian tidak akan dipulangkan semula.Terima kasih :)

Sedikit info berkenaan produk:

RevitaLens OcuTec® Multi-Purpose Disinfecting Solution
Membersih, mencuci, membasmi kuman, menghilangkan Protein kanta sentuh lembut (hydrophilic), termasuk kanta hidrogel silikon - Semua Langkah Satu botol.

Wednesday, December 14, 2011

Won 1st prize Euky Bear CONTEST!

Alhamdulillah menang tempat pertama pertandingan mewarna Euky Bear. Contest ditaja oleh Euky Bear kerjasama dengan Anakku. Hadiah yang diberikan untuk pemenang tempat pertama ialah voucher Anakku bernilai RM500! Syukur alhamdulillah... 

Bersama En. Jason yang menguruskan tentang penyediaan hadiah. Itu pemenangnya... di dalam pelukan mamanya: Haikal, tengah moody. Anak saudaraku yang berbakat dalam bidang seni. Mama dia kakak aku. So jangan confuse kata aku yang ada dalam gambar ni. Aku tukang ambil gambarnya ya haha... Kebetulan kakak dan keluarga datang ke rumah hujung minggu tu sebab aku buat doa selamat kat rumah baru (Putrajaya). Alang-alang bolehlah ambil hadiahnya sekali. Cumanya waktu ni anak-anak semua dah penat. Baru balik berenang kat Presint 9. Along dah takde mood. So masam je sepanjang sesi bergambar. Mujurlah masih beri kerjasama nak bergambar. Yang over excitednya anak-anak yang lain. Tak tahupun nak bergambar tu sebab Along menang hadiah. Tapi bab bergambar beria bagi kerjasama hehe...

Dah namanya pun perempuan... belum apa-apa (sebelum sesi bergambar) dah nak shopping. Pilih itu ini dengan penuh riang ria haha... Kesimpulannya memang besh haritu. Walaupun agak kepenatan berlarian dari Putrajaya ke Anakku cawangan Selayang. Tapi kemeriahan tu tetap terasa sebab datang dalam kumpulan yang besar. Lebih ramai lebih ceria!

Krim ni macam vicks vaporub. Selesa sangat dan tidak melekit. Sapuan nipis je dah cukup melegakan pernafasan yang tersekat disebabkan kahak dan batuk. Paling berkesan disapu waktu tidur. Kalau kembung perut pun elok gunakan krim ni. Cepat je hilang sebu dan kembung tu. Cubalah sendiri! Terima kasih Euky Bear! Produk berkualiti dan memang besh sangat.


Tuesday, December 13, 2011

Swivel Antique GLOBE for sale

Nak beli table globe untuk kegunaan sendiri? Jom order dengan Wan. Globe berukuran 10" (ukuran tidak termasuk kaki globe) ni dibeli di MPH. Masih dalam kondisi terbaik sebab belum pernah guna. Elok terletak dalam kotaknya.

Harga asal table globe ni ialah RM198.00. Harga yang ditawarkan untuk jualan RM150.00 sahaja. Sekiranya berminat boleh hubungi Wan melalui email: washifalo@yahoo.com. Telifon: 0193063558.

Friday, December 9, 2011

Won Etude House worth RM200!

Dah lama tak bercerita dalam blog kan. Bulan disember ni tiba-tiba aku diberikan banyaaaak tugasan. Dan kelam kabut jadinya bila semua benda aku kena siapkan segera. Ok, nak share kisah hadiah yang dah dituntut. Sebenarnya hadiah ni aku tuntut sekali dengan hadiah hamper Himalaya dulu. Tapi lebih baik asingkan story sebab lain hadiah lain ceritanya :)

Alhamdulillah selamat terima hadiah sempena sertai contest Majalah InTrend promosi bulan Mei 2011. Hamper Etude House bernilai RM200. Macam-macam ada. Aku agak kagum dan rasa besh sangatlah tengok hadiah dari Etude House ni. Selama ni asyik pandang-pandang je dari luar butik Etude House dari jauh. Suka dengan layout kedai yang ala-ala vintage dan comel sangat. Tapi dek kerana rasa 'tak mampu membeli barang bukan keperluan', tak pernahlah kunjung masuk. Jom tengok barang-barang dalam paperbag ni secara close up.

Romantic pink combine kuning keemasan. Logo putih. Superb design. i likeee...!

Etude House BB Cream. Baca testimoni pengguna, rata-rata gemarkan BB cream ni. Tak payah pakai bedak kompak pun takpe sebab BB cream ni dah meresap lembut ke kulit. Macam besh je... Tergedix nak mencuba gak ni hehe...

Antara produk menarik yang dihadiahkan. Kalau nak manja-manjakan diri ala di sauna, bolehlah cuba Dry Sauna Special Kit ni.

Yang ini pun sangat menarik. Selama ni selalu tengok detox patch kat kaki je. Tapi Etude House siap design untuk tangan sekali. Menarik kan Hand Bouquet ni.

Yang ini pasti disukai ramai. Long Lash Mascara. Sekali calit bulu mata melentik dengan semulajadi. Memang besh!

Etude House nailcare. Cute kan... Selama ni tak pernah terfikir nak beli sebab tak tau guna. Tapi tengok pakaging ni, nak buka pun sayang sebab cute-cute sangat!

Yang ini tak pasti apa dia. Sebab lupa nak ambil gambar penerangan kat belakang pakagingnya. Rasanya mask kot. Ada dua perisa, pomegranate dan green tea. 

 Tisu muka Etude House

Tuesday, December 6, 2011

Won Himalaya product worth RM250!

Hadiah ini sempena sertai contest Majalah InTrend promosi bulan Mei 2011. Menang hadiah Haruman Himalaya bernilai RM250! Syukur... Sebenarnya dah lama ambil hadiah ni. Tapi baru harini ada kesempatan nak share cerita ni. Apa pun rasa berbaloi sangat. Alhamdulillah...

Produk terdiri dari beberapa Himalaya Protein Syampoo, beberapa Himalaya Protein Conditioner, Himalaya Gentle Face Wash Gel, Himalaya soap, Balm dan lain-lain lagi. Dah cuba syampu dan conditionern Himalaya ni, memang besh. Rasa selesa je kat kulit kepala. Produk Himalaya ni memang terkenal dan terbukti keberkesanannya. Rasa bertuah terpilih sebagai pemenang. Terima kasih InTrend!

Hamper yang memenuhi ruang paperbag! Macam-macam ada... Memang besh!


Friday, December 2, 2011

Won Hemaviton Contest 2x

Alhamdulillah menang tempat ketiga contest Hemaviton kerjasama dengan 7 Eleven. Menariknya menang dengan dua nama. Nama sendiri dan hubby yang naik. Syukur...  hadiah yang diberikan untuk pemenang ketiga, sebuah MP3 player. Hadiah utama tak berapa ingat pula apa hadiahnya. Rasanya percutian ke luar negara. Pastu ada hadiah jersey edisi terhad dan lain-lain.

Hadiah ni hubby yang tolong redeem. Hubby kata layanan staf Hemaviton memang baik. Siap boleh pilih warna MP3 kegemaran lagi. Jadi satu warna merah dan silver sudah dimiliki. Terima kasih Hemaviton!

Thursday, December 1, 2011

Won Hong Kong Ghost Stories Contest!

Hadiah sempena sertai contest Hong Kong Ghost Stories Contest anjuran Hot Magazine. Ini hadiah pertama yang dimenangi bawah anjuran penaja ini. Contest perlu menjawab soalan dan slogan. Ingatkan dapat hadiah simple-simple je. Tapi bila buka hadiah... Sebuah slingbag berjenama diberi! Memang cukup mengujakan.

Antara hadiah yang diberi: Sebuah Beverly Hills Polo Club Slingbag yang superb besh! Sayang punya pasal, bungkus masuk dalam pakagingnya balik dan simpan. Kekeke... Dan sebuah note book edisi terhad Hong Kong Ghost Stories. Terima kasih Hot Potato!